Thursday, October 22, 2015

Sesuai ke perempuan jadi engineer?


Assalamualaikum~

Hari ni rasa nak mengarang panjang-panjanglah. Mood tu dah datang..hehe..Dah lama hilang mood tu. Pagi-pagi masa jalan ke ofis, saya terfikir pasal kerja saya ni. Sesuai ke untuk orang perempuan sebenarnya?

Sesuai ke perempuan jadi engineer??

Nama macam gah kan? Tapi gaji biasa-biasa je sebenarnya. Belajar empat tahun untuk dapatkan ijazah ni. Alhamdulillah setakat ni tak pernah menganggur. Lepas habis belajar terus kerja walaupun tak dapat sijil lagi. Tak sempat nak enjoy sangatlah..huhu. Hidup budak skema :p

Tahun ni dah lima tahun dah saya dalam bidang engineering. Empat company dah pernah kerja, tapi yang pertama tu 3 bulan je. Entry 2010 dulu saya pernah citer kenapa berhenti. Banyak title saya dah rasa. Site engineer, design & investigation engineer, facilities engineer, project engineer. 

Berdasarkan pengalaman, perempaun bujang ok lagilah nak buat kerja-kerja ni. Kalau dah kawin, asyik fikir anak. Kesian kat anak dapat spend masa sikit je dengan saya. Sebab tu sehabis boleh saya akan balik tepat setiap hari. Biarlah orang nak cakap apa. Tapi kerja pun jangan endah tak endah lah. Buat betul-betul.

Kalau kerja site, kita kena kerja bawah panas dan dikelilingi mat-mat indon dan bangla. Perempuan boleh kira dengan sebelah tangan je. Yang tak bestnye masa tunang dengan kawin dulu, saya kena jaga site. Muka hitam. :( Sekali seumur hidup kot tu. Yang kerja site hati-hatilah dengan pekerja-pekerja tu, Jangan terlalu rapat. Bahaya. Takut dibawak lari :p

Sanggup ke panjat bangunan tinggi? Sanggup ke masuk bangunan terbengkalai? Sanggup ke bermandi peluh? Sanggup ke ke hulu ke hilir untuk ke site? Sanggup kotorkan kerete yang baru beli?

Bagi saya semua yang saya dah buat tu memang satu pengalaman yang cukup berharga. Tapi untuk ulang balik semua tu tak mungkin. Sekarang family first. Alhandulillah kerja sekarang ni kat kilang, takde keluar sangat. Masa ofis hour ok. Cumanya kadang-kadang kena OT weekend sebab ada projek. :(

Dua tahun kerja sebagai Design & Investigation Engineer. Masa tu adalah masa yang sangat menarik untuk saya. Saya belajar banyak sangat benda baru. Periksa kenapa bangunan tu retak, kenapa bangunan tu runtuh, boleh guna lagi ke bangunan tu lepas terbakar, kuat ke struktur bangunan tu. Seronok sangat! Berjalan dari JB ke Perak drive sendiri dengan bawak workers bangla indon tau. Setiap hari ulang-alik JB-Kluang  sebab projek. Panjat siling rumah orang sebab rumah dia dah mendap sebelah. Pernah jatuh tangga kat bangunan pernah terbakar, kaki terseliuh. Drive dari Ulu Tiram ke Skudai dalam keadaan kaki bengkak-bengkak tu. Ada ofis sendiri, bebas. Best sangat. Masa tu pun bujang lagi. Seronok!

Sekarang pulak dah tiga tahun tempat sekarang. Projek area kilang sajalah. Tak ke mana. Agak strict sebab kilang. Tapi benefit ok. Balik on time. Kalau BF, ada nursing room. Ada masa. Relaks lagi. Cuma akan rasa bosan sebab dulu sangat aktif..hehe~

Kerja engineering nak boleh tunjuk lemah ok! Baru orang bawah akan respect.

So, kalau ada mana-mana adik perempuan yang nak jadi engineer tu fikir betul-betul ye. Kalau betul-betul minat oklah. Kalau tempat kerja ok pun ok lah. Semua depends pada masing-masing. Kalau minat semua sanggup :)


5 comments:

  1. nice entry, nasihat yang baik untuk sesiapa yg nk jadi engineer especially pada wanita.

    ReplyDelete
  2. betul.. tak kiralah kerja apa pun.. lain bidang kerja lain cabarannya.. ;) fikir positif dan jangan malas.. ;)

    ReplyDelete
  3. apa jua kerja ada je cabarannya kan, tapi itulah pengalaman, semoga terus succes dengan kerja sekarang

    ReplyDelete
  4. Assalam tuan/puan.sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy.menyambung rumah,pasang tile,silingkapur,wayaring,plumbing,table top,KC,porch keta,vinyl floor,wallpaper,landskap,kolam hiasan,grill,owning,dan keje civil lain nya. Terbuaka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,cheras,nilai,sepang,bndr sri putra,puchong,ampang ,dan kl. Hubungi sy amir d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298.terimakasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA