Friday, October 18, 2013

Honeymoon pertama~


Assalamualaikum~

Hari tu ramai geng2 yang tanya honeymoon pergi mana kan? Jadi, entri kali ni saya nak tepekkan gambar-gambar kat sana..hehe~

Destinasi honeymoon pertama kami: Krabi, Thailand.
Penginapan: Ananta Burin di Ao Nang beach selama 4 hari 3 malam~

Entri kali ni banyak giler kot gambar..jadi harap maaf kalau loading entri ni cam siput sedut. Hari ni saya sambung cuti, jadi bolehlah nak update banyak-banyak sikit..hehe~

Ni kat balai perlepasan di LCCT. Lupa nak bawak kamera, jadi hp murah je la yang ada untuk ambil gambar-gambar honeymoon kami ni..

Sebelum berlepas: Kami naik kapal terbang yang ada iklan harimau malaya tau. Leonerz punyalah excited gile muka dia sebab first time naik. Cam budak-budak ~ :p

Sampai-sampai di bilik hotel terus leonerz melompat, tak sempat nak amik gambar katil tu dalam keadaan elok..huhu~

Kami sampai dalam jam 3 petang masa Thailand. Masa Thailand lewat sejam dari Malaysia. Petang tu sewa skuter & pusing-pusing pantai Ao Nang, tengok matahari terbenam sambil minum air kelapa~

Ni esoknya, jalan di sepanjang pantai Ao Nang.

Kemudahan dalam bilik kami. Botol air mineral dia sangat unik! Kami bawa balik 1 botol buat kenangan..hehe~

Ni masa nak ambil gambar kami naik skuter, tapi tak nampak pun kat cermin hitam tu. Last-last, ada pekerja hotel offer untuk tolong ambilkan gambar..hehe..segan je~

Pemandangan dari warung tepi jalan di sana. Masa tu saya makan nasi goreng tom yam. 50 baht harganya bersamaan dengan RM5. Boleh tahan mahal gak untuk standard warung tepi jalan, tapi sedap~ 


Pantai Ao Nang. Tak berapa nak cantik sangat sebenarnya..kena pergi pulau kalau nak tengok yang cantik-cantik~

Ni kat Pantai Nonghkrat beach kot? Tak ingat nama dia sbb pelik sangat, Tapi sebelah dengan Ao Nang aje. Petang tu jalan kaki pergi ke pulau tu sebab air tengah surut. Kalau air naik memang tak leh la nak pergi sana jalan kaki~

Ni masa join Phi Phi Island Tour. Ni gambar masa kat Bamboo Island. Biru air dia! Memamg cantik! Tapi hari tu ombak kuat, kami tak boleh nak pergi ke Maya Bay tempat popular yang pernah jadi set pengambaran untuk cerita The Beach lakonan Leonardo Di Caprio. Sayang sangat.. 

Ni Phi Phi Don Island. Cantik, tapi tak secantik pulau-pulau sebelum tu sebab kat area sini banyak kapal-kapal berlabuh.

Tak cantik pun, tapi air dia tetap warna biru~

Kalau nak pergi jalan-jalan okaylah Krabi ni. Tapi kalau nak pergi snorkeling saya rasa Tioman dan pulau-pulau di Terengganu lagi cantik~

Next destination:
1. Langkawi
2. Pulau Perhentian
3. Pulau Tioman

hehe~  :)

25 comments:

  1. bila lah kami dpt sampai sini pulak =)

    ReplyDelete
  2. oh hanimun kat Krabi ek..mmg biru kan air dia..cantik :)
    syg la g sana lupa bw kamera Yana..nasib ada henpon tu kan :)

    ReplyDelete
  3. wah bestnye honeymoon kat krabi

    ReplyDelete
  4. Sampai jugak ke Krabi.. mieza ni ntah bila la nak jejak kaki luar Malaysia.. Huhu..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  5. wahh..krabi..!
    bestnya....

    krabi skrang makin popularkan..

    ReplyDelete
  6. semoga dapat khabar gembira lain pulak selepas berhanimun tu yer hehe

    ReplyDelete
  7. slmt bercinta..hik..honeymoon jauh tuu..

    ReplyDelete
  8. tetap takmo up pic meka berdua yeapppp....

    btul kata yana, kalau nak scuba or snorkeling mmg pulau2 di Malaysia paling best, esp. tioman

    ReplyDelete
  9. syoknye citer honeymoon dia.. sis dulu honeymoon kat bulan je dik..haha.. ;p

    ReplyDelete
  10. wahh ni baru 1 honeymoon ada lg beznya..nak tawen jgk..hihi

    ReplyDelete
  11. Wah! Next destination bleh jumpa akak la yek honeymooners ^_^

    ReplyDelete
  12. wah memang honeymoon sakan ni yana...sonok la kan...

    ReplyDelete
  13. pewiit! pasangan hangat cinta cintun :-)

    yup! tioman lagi syok pi snorkelling...best!!!

    ReplyDelete
  14. syoknya honeymoon..lawalah tpmt tu.....blogwalking..jemput follow blog saya dan bertukar2 link ye..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. wah..seronoknye g honeymoon...mesti lepas ni nak g lagi kan.. siap listing lg tuh. hehehe

    ReplyDelete
  16. tumpang gembira tgk yana...cantik nya tmpt... ;)

    ReplyDelete
  17. Wah, ni mcm ada lagi je honeymoon nya. Siap ada senarai tempat yg nak gi lagi tu.hehe cantiknya pulau tu. biru dan tenang je airnya

    ReplyDelete
  18. syok nya pergi honeymoon di krabi... jaa pulak baru jer lepas pergi ke pattani tp bukan bercuti laa, blk kg tgk atuk... hihi...

    ReplyDelete
  19. waa..syoknyer...
    kenangan terindah kan....

    wah..lps ni samb honeymoon lagi ye..yela..ambil pluang utk mnikmati hdup bdua ...

    ReplyDelete
  20. waaaaaaaaaaah... ni baru hnymoon!! ada banyak destinasii

    ReplyDelete
  21. wah.. banyaknya destination ;)
    syoqnya ;)

    ReplyDelete
  22. wah ni baru honeymoon..MV tak pernah pegi honeymoon pun

    ReplyDelete
  23. bestnya... macam banyak je honeymoon yana ni.. syok la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA