Assalamualaikum~
Dah bulan Mac sekarang ni. Kadang-kadang rasa cepat masa berlalu, kadang-kadang rasa lambat pulak masa berlalu..
Rasa macam tak percaya je lagi 5 bulan nak menamatkan zaman bujang ni..huhu..tak tahu nak cakap suka ke tak. Tapi selagi tak setel, tak tenang rasa.
Bila tengok kawan-kawan bloggers yang nak kahwin lebih kurang sama bulan dengan saya semua cakap pasal preparations, saya rasa macam saya ni tak ada buat apa-apa preparations la pulak..huhu~
Apa je yang saya dah buat?
1. Ambil borang nikah.
2. Kursus pra-perkahwinan.
3. Baju nikah.
4. Door gift - in progress.
5. Wedding Planner - dah booked.
6. Photographer - dah booked.
7. Booking dewan - rasanya setel dah ni.
Hari tu ada akak saya kata, buat apa nak fotografer? Kata nak jimat. Tapi, bagi saya, yang paling penting dalam majlis ni adalah fotografer. Saya nak setiap moment dalam majlis saya tu nanti dirakam untuk kenangan kami nanti.
Masa tunang hari tu nasib baik mak cik ada bawak dslr. Cantik sikit gambarnya. Tapi, tak banyaklah. Sebab tu saya fikir, majlis besar saya nanti saya nak fotografer! Kalau tak saya akan menyesal nanti. Fotografer tu pun saya ambil yang sangat-sangat budget, tapi puas hati~ :)
Kalau tengok senarai tu macam sikit je preparations saya kan? Rasanya dengan adanya wedding planner, saya dah tak perlu nak fikir pasal pelamin, baju dan katering dah. Dia akan sediakan semua tu.
Jadi apa yang saya kena setelkan sendiri ye?
1. Isi borang nikah - kena suruh ayah jumpa imam kampung.
- nak nikah kat mana? masjid atau dewan?
2. HIV test - bagi negeri saya, hanya boleh buat di negeri nak bernikah tu...huhu..bila ntah nak buat ni~
3. Kasut dan selendang nikah.
4. Kad kahwin.
Warna tema untuk majlis resepsi pun saya tak tahu nak warna apa sebab sebelum ni ingat nak buat kenduri makan kecil-kecilan je, tak nak pelamin bagai. Last-last, ada gak pelamin semua.
Betul ke ni aje yang saya kena buat? Rasa macam sikitlah pulak? Tengok B2B semua macam kelam-kabut aje? huhu~
Harap majlis saya dan leonerz berjalan lancar. Kadang-kadang rasa risau sebab apa pun boleh jadi. Minta dijauhkanlah perkara-perkara yang tak diingini. Saya yakin dia untuk saya, insya'Allah~ :)
google~
Leonerz tengah berekspedisi sekarang ni. Moga selamat kembali dari sana ye! Nak fitting baju kahwin nanti baru kita jumpa okay. Sila pastikan saiz badan turun selepas berekspedisi tu! Huhu~~~
Minta tolong doakan semuanya berjalan lancar ye~ :)
wahhh, 5 bulan lagi? tahniah :D
ReplyDeleteTak lamaaaa lagi tu! ;) Semoga berjalan dengan lancar ^_^
ReplyDeleteooo kenduri bulan 8 la ye. dah kena buat checklist la camtu. huhu..
ReplyDeleteMoga dipermudahkan segala urusan..
ReplyDeleteBila baca, Nur pula yg rasa debar2..hihi
wahh akak nak kawin dh ke ni. tahniah ye. cepat2 siapkan persiapan kak. dah dekat je ni
ReplyDeleteakak, kite pulak yg berdebar nih... hehe gud luck! :)
ReplyDeletebakal pengantin ni katanye berdarah manis.. jadi extra careful okeh.. jgn pk negative sgt.. nak mendirikan masjid mmg byk dugaanyer... sabar dan doa... Insyaa Allah.. Allah sentiasa bersama kite.. hihihi
ReplyDeletemoga dipermudahkan smua urusan... smua kngn nk diabadikan?? tp sygnya kami x dpt nk tgk gmbo kawen yana.. huhu..
ReplyDeletesemoga semua dipermudahkan..
ReplyDeletesemoga berjalan lancar. :)
ReplyDeletesemoga semuanya dipermudahkan ye Yana& Leo :)
ReplyDeletewah2..nk kawen dh..moga dipermudahkan :)
ReplyDelete5 bulan lagi? waaahh x lama dh 2.. buat psiapan sbg isteri yea.. hee..
ReplyDeletehttp://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/jom-main-kelik2-nak-u-kelik-i-i-kelik-u.html?showComment=1363659132255#c3098913475124919176
ok la tu dik,buatla majlis seperti mana yg dianjurkan islam jangan sampai berlaku pembaziran. :) yg penting majlis tu diredai Allah..
ReplyDeletekak doakan moga dipermudahkan segalanya buat kamu dik .amin
amin....CiM sentiasa doakan yg terbaik utk yana.
ReplyDeleteAugust laaaa yep. wedding di melaka ke jb?
cuti sekolah tak masa tu... nanti jgn lupa kongsikan ceritanya kat blog.. doa yg baik² aja.. insyaallahh...
ReplyDeletesebab yana dh booked wedding planner tu nampak sikit jer preparation yana nk buat
ReplyDeleteThanks yang mendoakan~ :)
ReplyDeletekak Niena, buat kat melaka la..kampung kat melaka~~
lya doakan moga semua dipermudahkan ya.
ReplyDeletenanti nk tgk pic kawin yana & leo ye ;-)
nak dekat dah tuh.. kena tulis apa yang patot taw
ReplyDeleteperghhhh, yana ade wed planner? huhu. bape kos ehhh. :)
ReplyDeleteYana, insyaAllah klau tkde aral melintang CiM dtg. klau gi majlis Leo pown ok kannn...
ReplyDeleteCiM gi F1 siang td. klau tau yana dh dekat, CiM dh ajak yana tengok konsert gun & roses.
Kak Jaa, wedding planner tu mak andam la..hehe..dia setelkan semua~
ReplyDeleteKak Niena, tak ckp awal2 kak..dekat giler kot Sepang ngan dengkil..kalau sunway tu mmg sy susah sikitlah nak g..huhu~
dah x lama eh yana..harap sumanya berjalan lancar seperti yg dirancang.amin
ReplyDeleteerkk..jgn lupa jemput tau.ngeee :)
moga urusan baik baik jeee
ReplyDeletesikitsikit tak apa asal semuanya berjalan lancar :)..betul fotografer tu sngt penting..
ReplyDeletesemoga semuanya berjalan dgn lancar ye
ReplyDeletehaha. igtkan wed planner pro tu. tak lame dh kan yana. ;)
ReplyDelete