Tuesday, January 29, 2013

Baju~


Assalamualaikum~

Sekarang ni mood untuk update memang dah lama lari. Jauh pulak tu. Sekarang ni pun masih tak terkejar lagi. Tapi, tak sanggup jugak biarkan blog ni bersawang macam ni kan..huhu~ 

Weekend baru-baru ni saya dah mula survey kedai menjahit baju nikah. Susah jugak nak cari sebab tak tahu kedai tukang jahit ni. Ada satu kedai saya tanya, RM180 untuk tempahan menjahit baju nikah ni. Dah macam beli baju siap dah tu. Gulp~

Takpe, perlahan-perlahan. Masih mencari dan mencari lagi kalau-kalau ada tempat lain. Tapi, RM180 tu kira ok ke tak eh? Fesyen macam mana pun saya tak decide lagi sebenarnya. Saya nak buat simple je. Mana tau leh pakai untuk raya tahun depan pulak kan? Jimat dah kat situ..hehe~ :p



Baju-baju kat atas tu cantik sangat. Baju saya mungkin biasa-biasa aje kot. Biasalah, semua nak jimatkan..hehe..xpe2, yang penting nikah tu sendiri kan~ :)

Sebenarnya minggu lepas saya macam dah putus asa & bosan dengan urusan nak kahwin ni. Biasalah, benda ni kena libatkan banyak pihak. Bila dah banyak pihak, banyaklah pulak cadangannya kan. Tu yang kadang-kadang saya fikir, saya ke diorang yang nak kahwin?

Tapi, tu semua lumrah hidup dalam satu komuniti lah kan. Nak tak nak kena terimalah (nasihat untuk diri sendiri~). Cuma, harapan saya agar mereka memudahkan, bukan menyusahkan. Tu aje yang saya harap.

Banyak dugaan sebenarnya nak buat benda baik ni. Kadang-kadang tensen gak. Dahlah dah sebulan lebih tak jumpa leonerz. Kalau ikut plan, bulan 2 nanti nak jumpa sekali pastu terus tak jumpa-jumpa sampai nikah. Boleh ke? Lama tu~ :(

Tolong doakan urusan kami dipermudahkan ye~ :)




Jom tolong saya kumpul duit nak buat baju nikah ni..hehe~ :D

RM100 free postage tau! Contact kat SINI~


Wednesday, January 23, 2013

Penat & Malas~


Assalamualaikum~

Sekejap je masa berlalu rasanya. Esok dah hari Khamis dah. Selamat menyambut Maulidur Rasul ye pada hari esok~ :)

Tapi esok, saya kena datang ofis. Banyak giler kot kerja. Kerja meeting kerja meeting. Memang tak habis2 dari 2 minggu lepas..huhu~

Hari ni saya akhirnya dapat jugak baju GSF! Walaupun tak pergi gathering baju tetap ada ok~~ :p


Tengok~ Siap ada url blog saya lagi tau. Pasni jalan-jalan kalau nampak baju ni, tu lah saya kot? hehe :p

Thank you soo much pada sis deqla yang telah bersusah payah mengurus kan tempahan baju dan pengeposan baju ni! Juga terima kasih pada Kak Arina yang mendesign baju ni ~~~ :D

Jumaat lepas sebelum balik Melaka, saya ada singgah di pejabat pos untuk mengambil sesuatu. Saya dah agak dah mesti GSF jugak yang bagi sebab GSF je kawan-kawan yang tau alamat rumah saya ni. Almaklumlah, kan saya baru pindah rumah..hehe~


Tengok tu. Patutlah kena amik kat pejabat pos. kena denda sebab tak cukup 20 sen..huhu. Tak kisah pun. Orang dah bagi kan. Apalah sangat 50 sen tu. Terima kasih banyak2 pada Cik Nur sebab sudi bagi cenderamata ni~~~ :D

Tak larat rasa nak menaip lagi. Penat rasa badan ni...huhu~





IKLAN!

Felinna PMCVC ni memang terbukti berkesan tau. Kakak saya yang baru makan sehari pun dah nampak kesan. Dia kata muka nama macam pakai blusher je tau. Kalau berminat contact fb saya kat sebelah tu atau sini ok~~~ :) 

Friday, January 18, 2013

Lari~


Assalamulaikum~

Hari ni hari Jumaat, dan sepatutnya saya kerja, tapi awal-awal minggu hari tu saya dah minta cuti. Bukan ada apa-apa pun. Saja je. Mintak cuti balik kampung untuk tenangkan jiwa yang serabut dengan kerja kat ofis.

Ada macam melarikan diri dari masalah ke? huhu~

Awal minggu hari tu bos baru masuk, dengan projek yang nak cepat walaupun dia tak faham apa-apa, buat saya jadi lagi serabut sebab tak faham apa yang bos baru tu nak. Hari tu, semua saya buat salah. Tegur depan-depan ofismate sy pulak tu. Tension lak rasa. 

Rasa jadi malas, sebab tu saya terus apply cuti hari ni. Walapupun semalam mood saya untuk bekerja dah agak ok. Tapi takpelah, dah lama saya tak balik kampung. Rindu keluarga dengan kucing kat rumah~

BW pun saya banyak hutang. Harap dimaafkan. Sabtu Ahad ni saya akan cuba sebaik mungkin di kampung ye..hehe.. :)






RM85 termasuk pos laju~ 

Sunday, January 13, 2013

Mari beli ~~~


Assalamualaikum~ :)

Sekarang ni agak susah nak mengupdate blog selalu atas kekangan masa. Kat ofis memang tak bolehlah nak bukak blog atau fb ni. Semua kena block. Jadi masa cuti atau malam aje lah ada masa nak mengadap semua tu~ :)

Minggu baru-baru ni pun saya agak sibuk. Bosan dengan meeting. Pagi sampai ke petang asyik meeting aje. Ada satu hari tu saya ada meeting lagi masa nak balik tu, saya balik aje. Sesuka hati aje kan saya ni? :p

Tapi serius memang agak bosan. Nak ngadap bos yang ini, pastu kena mengadap bos yang itu. Sekarang ni pulak tengah dalam proses peralihan top management, sebab tu macam-macam meeting ada. Saya yang baru 2 bulan ni pun macam masih terkontang-kanting..huhu~

Semalam saya ada mengadu dengan kawan saya, bisnes tak berapa nak jalan sangat. Kawan saya tu nasihatkan supaya lebih aggresif dalam mempromotekan barang-barang jualan tu. Mungkin ada betul jugak kan? Memang akan ada orang yang bosan bila saya asyik post benda yang sama aje kan? Tapi harap bersabarlah ye? Demi nak kumpul duit kawin, sy terpaksa! hehe :)

Dan hari ni, saya telah deal dengan stokis untuk menambahkan lagi produk-produk jualan saya!

Jom tengok produk-produk baru saya~

Sangat mudah nak guna. Tak perlu toner dan krim2 lain. Gunakan dua benda ni aje dah cukup~ :)


Dan yang ini jugak~ :)


Kedua-dua produk atas tu adalah 100% buatan Malaysia dan Muslim ok! Jadi kalau nak beli pun tak perlu nak ragu-ragu sangat~ :)

Yang bawah ni promosi...hehe~

Sabun beras + VCO Softgel + Collagen
Hanya RM100 sahaja!


p/s:kalau ada apa-apa pertanyaan boleh contact FB ni ok :)

Wednesday, January 9, 2013

Happy Birthday buat kak M!


Assalamualaikum~

Hari ni, bertarikh 9 January 2013 adalah ulangtahun kelahiran kak M! Tengok muka macam tak percaya pulak kak M dah masuk 30-an..huhu~ 

Tak caya? Nah tengok orangnya!

My Photo

Kan kan? hehe..bodek-bodek ni leh dapat hadiah tak kak? :p

Moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki~ :)

*mai nak cerita*
klik header ni untuk wish besday kat kak M!


p/s:sampai sekarang asyik entri pergi gathering je..huhu!





Ada sesapa nak beli set promosi ni? RM85 FREE postage! Mari-mari~~ :)
~Sabun beras+VCO Softgel+VCO Liquid~

Sunday, January 6, 2013

Pertemuan~


Assalamualaikum~

Sebenarnya rasa sangat malas nak mengarang sebenarnya. Tapi macam dah lama sangat blog ni tak disapu sawang-sawangnya. Lama ke? 5 hari je kot? Takde lah lama sangat kan? huhu~

Minggu lepas ajak sis deqla jumpa kat Alamanda sebab nak mintak t-shirt GSF. Tapi masa hari kejadian semalam tetiba sis deqla tak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Dengar-dengar Ayu pun mula-mula plan nak datang, tapi last minute cancel.

Akhirnya, kami hanya bertemu 4 mata aje. Rasanya GSF  ramai kot dah tahu saya jumpa siapa kan? Masa sebelum pertemuan tu kami asyik mesej je. Kak jaa pulak tersangkut kat highway sebab jem. Dari gaya-gaya mesej tu, nampak kak jaa agak tegas...huhu..cikgu yang tegas. Takut sekejap saya~ :p

Masa nak keluar ke Alamanda tu pulak hujan turun selebat-lebatnya. Sebelum nak keluar tu tak nak lah pulak hujan~

perjalanan ke tempat pertemuan~

Memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Jalan pun hampir tak nampak. Air banyak bertakung di jalan. Nasib baik tak berlaku kejadian yang tak diingini. Masa tu dahlah tengah rushing nak jumpa Kak jaa. Takut lama pulak kak jaa tunggu..huhu~~

Saya yang tak arif sangat dengan Alamanda tu berusaha cari kak jaa. Nasib baik saya macam pernah perasan kedai Famous Amos ni. Sebabnya kalau lalu sana mesti akan bau biskut-biskut yang sedap sedang dimasak..huhu~

Sampai je depan kedai tu. Saya nampak satu pasangan ni tengah duduk mengadap Famous Amos. Saya yang rabun ni tengok lama gak lah untuk pastikan betul ke tak tu orangnya. Kalau salah tak ke malu kan? huhu~

Saya cuit bahu kak jaa masa tu. Nasib baik betul orangnya. Kak jaa ajak duduk sebelah dia. Saya duduk je terus kak jaa bagi aiskrim Famous Amos. Terperanjat saya. Serius saya segan sangat nak amik. Mahal kot~

Kitorang borak tak lama sebab kak jaa pun nak balik Tganu lagi. Jauh tu perjalanan. Mesti penat dengan kenduri dan perjalanan yang jem nak ke Alamanda tadi. 

Satu je saya nak cakap pasal kak jaa masa jumpa tu. Muka kak jaa nampak lagi kecik dari dalam gambar..lagi comel kot dari gambar..cik nur pun macam tu gak..nape eh? huhu~ 

Nak balik tu tetiba kak jaa hulur paper bag Famous Amos kat bawah ni.


Dahla kak jaa dah blanje aiskrim tu, ni bagi lg biskut. Bertambah segan rasa. Betul tak tipu! Dahlah masa makan aiskrim Famous Amos tu, saya ada terfikir dalam hati,'Sedapnya biskut ni'. Sebab dalam aiskrim tu ada biskut tu satu~

Nak balik dapat pulak. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Terima kasih banyak-banyak kak Fariza~~~ :D

Siap ada cawan lagi tu~ :)

Dalam malas-malas nak mengarang ni, panjang jugak saya menaip ye? huhu.. :p


Tentang Kita ♥
blog kak jaa..jom terjah~ :D






Iklan jap~ :p



Harga promosi RM150 termasuk postage. Pembeli terawal akan dapat free gift. Cepat-cepat~~ :)


Tuesday, January 1, 2013

Selamat datang 2013~


Assalamualaikum~

Hari ni dah 1 Januari 2013. Bila dikenang-kenangkan balik dari detik pertama saya kenal leonerz, dah masuk tahun yang ke 5 dah kot? Saya kenal dia pada bulan 8 tahun 2008 tak silaplah. Banyak halangan dari dulu sampailah sekarang. Masih halangan yang sama. Cuma mungkin tak seteruk dulu~ :)

Malam tadi kul 12 lebih leonerz mesej saya. Moga kita kahwin tahun ni. Insya'Allah. Banyak dugaan yang mesti ditempuhi ni. Asyik nak jumpa selalu je. Mana nak kumpul duit kalau camtu kan. Baru-baru ni pulak kereta kesayangan saya tu macam-macam dimintak tukarnya sempena tahun baru ni. Hai..nasib badanlah kan~ 

Kadang-kadang saya fikir, harta boleh ditunggu. Tapi masa yang berlalu tak boleh diulang semula. Saya nak kahwin cepat. Saya tak nak buang masa bercinta sebelum kahwin. Tapi, tu lah. Duit duit duit. Tu jelah masalahnya. Sabar je lah~

Minggu lepas saya dan leonerz dah selamat ambil langkah seterusnya. Kursus Pra-perkahwinan~ :)


Sijil baru ambil weekend baru-baru ni. Saya ambilkan untuk leonerz sekali sebab dia nun berada di selatan tu...huhu~

Lepas ni bila-bila masa dah boleh mohon borang nak nikah dah sebab sijil dah ada. :)

Tajuk-tajuk sepanjang kursus 2 hari tu~

Masa kursus saya duduk agak depan. Biasala rabun, buat cara rabunlah kan..huhu. Yang tak bestnya asyik kena tanya je oleh penceramah-penceramah. Berdebar-debar je setiap kali nak dengar ceramah. 

Dahlah tanya soklan pelik-pelik lak tu. Apa kelakuan unik yang pasangan saya selalu buat kalau saya betul faham pasangan saya?.Memang saya cakap tak tahu lah. Dah cakap saya sorang aje yang tahu kan? Buat apa nak kongsi satu dewan tu. Malulah leonerz nanti..huhu~ :p

Hari kedua kursus, malamnya tu saya berkesempatan untuk berjumpa dengan Cik Nur. Ingatkan memang tak sempat nak jumpa sebab leonerz ajak pergi makan kat Klang malam tu. Sampai hotel dah nak dekat pukul 12..huhu~

Hotel ni jadi saksi pertemuan kami..hehe~

Kecik je orangnnya. Lagi comel dari gambar..huhu. Kalau nak kenal jom terjah blog Cik Nur

Lama jugak kot borak masa tu. Leonerz sampai dah tidur dah dalam kereta tu tunggu kitorang habis borak. Bukan selalu dapat jumpa Cik Nur ni...huhu~

Tapi, dalam leonerz bad mood pun dia masih hantar saya sampai depan pintu rumah. Ni yang buat lagi sayang dia..huhu~~~ :p

Sayang tak sempat nak jumpa Kak Niena..huhu. Insya'Allah lain kali ye kak. Saya ni pun entah-entah akan selalu ke Johor kot. Ramai kawan-kawan kat sana, tunang pun kat sana..hehe~ :p








p/s: Bestnye GSF yang pergi melaka tu. Rugi tak dapat join..huhu~~~