Friday, October 19, 2012

Sinister~


Assalamualaikum~

Disebabkan masa saya untuk berfoya-foya dengan leonerz semakin singkat, sekarang ni kami banyak habiskan masa dengan menonton wayang bersama. Lepas ni dah jarang-jarang je boleh jumpa..huhu :(

Semalam leonerz ajaklah saya tengok wayang. Kelmarin dia kata nak tengok cerita 'Aku Terima Nikahnya' sebab leonerz ni memang minat Nora Danish. Saya pun tak faham nape ntah dia minat sangat (jeles sebenarnya~).

Tapi semalam leonerz nak tengok cerita PE3 sebenarnya, tapi kitorang dah terlepas tayangan kul 8.15 pm semalam. Tengok punya tengok, ada cerita Sinister. Selama ni memang tengok iklan je. Leonerz memang hantu cerita seram.

Once you see him, nothing can save you.

Saya sebenarnya dah bertahun tak tengok cerita seram. Sebabnya, saya ni memang penakut, jadi tak naklah menakutkan diri sendiri kan? Nanti terbayang-bayang aje muka hantu tu. Leonerz macam nak sangat tengok Sinister, jadi saya pun ok je lah.

Saya keluar wayang semalam dengan perasaan menyesal. Menyesal setuju tengok cerita tu :(

Menakutkan. Rakaman pembunuhan 4 keluarga yang dirakam oleh pembunuh tu dari tahun 1966 hingga 2011. Muka bughuul tu lagi. Leonerz kata tak seram. Tapi tengah-tengah tengok cerita tu, saya tengok ada sekumpulan perempuan yang keluar. Memang seram lah kot?

Cerita ni sebenarnya pasal penulis yang berpindah ke rumah yang pernah berlaku pembunuhan. Dia nak tulis pasal pembunuhan tu. Jadi untuk mendapatkan feel, dia sanggup duduk kat rumah yang dah lama ditinggalkan tu.

Masa tengah mengemas loteng, dia terjumpa satu kotak yang penuh dengan pita video pembunuhan. Salah satu tu video pembunuhan yang dia tengah nak tulis tu. Berkali-kali dia tengok video tu. Dalam setiap kes tu, seorang budak akan didapati hilang, manakala yang lain mati dibunuh.

Saya nak cerita balik pun tak sangguplah. Seram~

Dia ternampak sesuatu dalam video-video tu~

Masa tengok cerita tu leonerz asyik terperanjatkan saya je. Terus jadi bad mood. Dah memang saya penakut nak buat camne :(

Lagi suku nak habis cerita tu, saya memang dah tak tahan. Lagi-lagi tengok makin ramai lak yang keluar wayang. Saya tutup mata dengan tangan dah masa tu. Tak sanggup nak tengok. Cuma main cak-cak sikit-sikit je.

Habis je cerita tu, kitorang terus keluar. Saya tak berani nak tengok skrin masa tengah jalan keluar tu sebab pintu keluar sebelah skrin. Takut tetiba keluar imej yang digeruni je..huhu~

Sakit tengkuk dengan mata lepas tengok cerita tu sebab asyik tundukkan kepala, mata pulak bukak kecik je masa tengok cerita tu. Berkerut-kerut dahi masa tengok.

Balik aje saya terus masuk bilik cepat-cepat. Nasib baik leonerz hantar dan terserempak dengan housemate yang baru balik jugak. Kalau tak??

Kalau suka tengok cerita seram, memang sesuailah tengok. 






Untuk leonerz: Jangan ajak yana tengok citer seram lagi!!!



31 comments:

  1. seram sgt ke?nk tgk lh mcm ni..hihi

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. dya, leh tahan seram gaklah untuk org penakut cam saya ni..hehe~

    ReplyDelete
  4. Bestnye..kene ajk raja tgok movie ni.Linda memang obses dgn cite seram n action :)

    ReplyDelete
  5. errr..nur kuaselah nak tgk citer seram malam2 mcm tu.. takutt..!

    ReplyDelete
  6. Linda, tengoklah..huhu~

    Cik Nur, saya pun takut cik nur...menyesal! :p

    ReplyDelete
  7. dah lama dh tak masuk panggung..MV pernah pegi 2 kali je itupun dgn hubby masih couple

    ReplyDelete
  8. tak berapa suka tengok seram..buruk semua keadaan, menakutkan..bukan penakut tapi memang kurang minat. hehehe...apapun ada jg tengok drama hantu ...semalam pun ada. Dendam sarakit.

    ReplyDelete
  9. suka tengok tp tak tahan time takut tu lah. hehe.. dah lepas ni jgn setuju lagi kalau leonerz ajak tgk citer seram k. hehe..

    ReplyDelete
  10. Sama la kita..kak M pun penakut..tapi still nak tk gak cerita seram ni..hi hi..

    ReplyDelete
  11. nak tengoookkkkkkk... msti best neee..

    ReplyDelete
  12. Lama dah tak tengok wayang....last horror movie yg CiM tengok....kalau tak silap citer thai tak inat tajuk, last year. tapi, kalau tengok citer seram kat wayang....serious memang btul2 seram lah. tp bila tengok smula kat rumah....tak seram mana pownn

    ReplyDelete
  13. nak tgk! nak tgk! tapi tgah tgu silent hill ni. :))

    ReplyDelete
  14. eii..kak fieda mmg tak akan tgk cite2 seram ni..nanti terbawa bawa ke tido..

    ReplyDelete
  15. kita geng la yana..nyue pon penakut so xakan tgk cite seram..hoho....xpsai2 mjerit kat dlm panggung..ahahahah

    ReplyDelete
  16. Wahh byk tgk wyg...hihi...sis deqla kena tgu hubby blk dulu br leh p tgk wyg lg..hihi..leo bole lyn aku terima nikahnya tu?? kalo hubby deqla jgn hrp...deqla pun xkan tgk citer sedeh cam tu kat panggung..bg deqla nk tgk wyg mesti hepi so tgk citer lawak ke..aksi ke..x suke la sedeh2 ni..haha

    ReplyDelete
  17. wah...seram ea..nak tgok la...akak penakurt jugak..tapi suke nak tgok...hehehe

    ReplyDelete
  18. mrs velentine, dah kawin tgk kat rumah lagi best kot~~ :)

    cikgu etuza, saya tak berani nak tgk citer seram lagi dlm masa terdekat ni..hehe..

    izan mama mia, samalah kita~ :p

    Chic na, baek~~~ hehe :p

    dayana, nasib baik tak mimpi kak..hehe~

    M, hehe..saya tak suka sangat tengok :p

    Cik Sweety, tengoklah kalau berani~ hehe :p

    CiM, mmg pun kak sebab kat wayang sound system tu yg buat takut~

    zera, tengoklah~~~ :p

    fieda, kalau tak berani baik tak yah tengoklah kan..hehe~

    Nyue, saya tak menyerit..tp pegang benda kuat2..hehe~ :p

    deqla, si leo tu nak tengok nora danish je sis~ :p

    lelamaisara, hehe..tgklah kak :p

    ReplyDelete
  19. nak tgk!!! tp mcm taknak tgk kat wayang sebab wayang punya effect lain macam kan..

    ReplyDelete
  20. saya x berani tgk citer antu...hehhee

    ReplyDelete
  21. mcm best je yana. hehe. kne p tgok ni ^^

    ReplyDelete
  22. cr gan hubby tak suka sangat tengok cerita seram...

    ReplyDelete
  23. haish,
    ai mmg x tgk lah cite seram..bygkan hantu kak limah tu pun ai x tgk,bkn apa nti mlm ms nk tido selalu tbayang2.asal pejam je trs nmpk muka hantu tu..haish xmo lah..biar lah org kata peanakut pun jji mlm ai boleh tdo.haha

    ReplyDelete
  24. samelah sya pun x minat cerita seram huhuhu .. penakut juga yg sebenarnya...

    ReplyDelete
  25. citer2 seram ni macam tkt la nk layan kang duduk sorang2 lain plak jadinya kihkihkih

    ReplyDelete
  26. nurul suka layan citer hantu..lagi seram lagi besh tapiiii kalau nampak real2 sumpah!!daku benti dah tgk citer hantu.hohoho

    ReplyDelete
  27. hoho. ni sbbnye jiwe kacau ehhhh. hehe. tak dpt tgk nora danish ye. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA