Monday, February 6, 2012

Pengalaman yang menyakitkan hati~

Assalamualaikum....

Pagi semalam, saya dan leonerz pergi ke Jusco untuk breakfast bersama. Jam waktu itu menunjukkan pukul 10.40 pagi. Sedang kami berdua makan, tiba-tiba kami ternampak seorang manusia. Kami tak dapat nak pastikan sama ada dia adalah perempuan atau lelaki.

Muka penuh tepekan make-up. Tapi bila tengok badannya, macam bukan perempuan.

Dia pergi ke stor restoran, lalu mengambil pengelap cermin berwarna pink untuk membersihkan pintu dan dinding kaca restoran tersebut. Sedang khusyuk kami memerhatikan dia, datang lagi seorang kawannya. Perwatakan sebijik seperti dia. Cuma yang ini menggunakan make-up yang natural. Tapi masih menggunakan make-up yang tebal.

Dia terus pergi ke cermin basuh tangan untuk touch up lagi make-up dia sambil menjerit-jerit berbual dengan kawannya itu dengan suara kasar. Senang kata, suara lelaki akil baligh?

Tak lama lepas tu, datang lagi seorang pekerja restoran tersebut. Kali ini dengan rambutnya yang panjang mengurai. Memang lawa mengalahkan rambut perempuan. Bila dilihat badannya, sah dia lelaki. Tapi dagu ke atas memang sebijik perempuan.

‘Ni restoran bapok ke ape ni?’ tanya leonerz pada saya. Saya hanya mampu mengangkat bahu.

Lepas perut dah penuh, pastilah isi-isi di dalamnya mintak dikeluarkan semula kan? Sebelum bergerak keluar dari Jusco, saya singgah sebentar di tandas untuk melegakan perut ni.

Tapi, masuk-masuk aje, saya dengar suara lelaki sedang berbual. Saya jadi pelik. Saya pandang semula ke papan tanda di luar tandas tu. Memang tandas perempuan!

Saya masuk dalam lagi. Saya lihat dua orang bapok tadi sedang bermake-up di satu ruang yang sememangnya disediakan untuk bermake-up. Saya terkaku pandang mereka berdua hinggakan ada orang lain yang memotong line saya untuk memasuki tandas.

Lepas tu saya abaikan saja mereka. Saya meneruskan hajat. Tapi, rasa sangat terganggu dengan suara perbualan mereka. Sangat tak selesa. Rasa macam bukan berada di tandas wanita. Aurat kita tetap tak sama bukan??

Dah tu, last-last saya keluar dari tandas tu dengan hajat yang tergendala. Agak geram saya rasakan pada masa tu.

Saya tak fahamlah kenapa ada orang macam tu. Rasa macam nak tegur je yang ni tandas perempuan, bukannya tandas lelaki!

gambar dari google



p/s:Nak citer pasal tak puas hati kat tandas tu je sebenarnya,,hehe,,kalau korang boleh ke gunakan tandas tu dengan selesa???

25 comments:

  1. haisshh...baca pun dah geram..yana yg ade dlm tandas tu, lagilah geram..lepas ni shoping mall kena buat tandas untuk bapuk..xmganggu kaum wanita...

    ReplyDelete
  2. hihih..ape la kaum nabi lut ni..menyusahkan org..kalo dorg guna Tndas laki pn kitorg sbg laki ni pn akan rasa x selesa...huhu..tu la dh oke Tuhan buat,nk ubah2 la..kan dh susah..

    ReplyDelete
  3. hahahhahhaha..konfius jantina tu..mmg kena remind kan kt dorang...

    ReplyDelete
  4. pakcik tumpang laluFebruary 7, 2012 at 10:01 AM

    kebanyakannya, tahap kesopanan dan kesusilaan mereka mengalahkan kaum hawa??? btul ke x??

    ReplyDelete
  5. pakcik:

    Yang tu saya tak pastilah. Tak pernah berkawan rapat.

    Tapi, kalau betul sopan pun,haram tetap haram kan? Kalau sopan tapi menyusahkan orang watpe..

    ReplyDelete
  6. ni da kira menceroboh tndas pompuan sejati..hehe

    ReplyDelete
  7. hye...
    kite prmpuan mmg la x kan selesa ngn diorg,,walaupon dyorg berpakaian mcm 2..diorg ttp lelaki kan..

    ReplyDelete
  8. hahaha.. gelak guling-guling baca entri ni.... no offense.. panggil jer guard.. bapok, bapok jugak.. undang-undang tetap ada.. bapok kena lar masuk tandas laki.. senang nak kena sepak..

    ReplyDelete
  9. M Fizan:

    Mak cik cleaner dalam tu pun wat tak tau je..selamba je~~

    ReplyDelete
  10. Pakcik tumpang laluFebruary 7, 2012 at 2:15 PM

    Dunia akhir zaman~~

    ReplyDelete
  11. teruk betul lah,, tapi ape salah nye teruskan hajat dalam bilek dorang tak nampak pon, kan..??

    ReplyDelete
  12. dunia sudh smpai ke pnghjungnya dngn khdiran merka....ni semua tnda2 yg nyata n da disbt dlm Al-Quran..doakn la yg terbek...[-o< moga mereka diberi ptunjuk n hidayahNYA..Amin..

    ReplyDelete
  13. akuamir:
    tak selesa la..suara kuat sangat..macam tgh diri kat luar pintu tu je~

    saya ni pemalu tau~~ :P

    unperfect person:
    ye~
    moga mereka diberikan hidayah ~ :)

    ReplyDelete
  14. sabo2...dia tak pernah belajar menghargai lettew..:)

    p/s :: xpandai makan siput sedut??huhu..

    ReplyDelete
  15. Zaza:
    Moga kita semua dijauhkan la ye~~

    Miss Nadya:
    Memang tak pandai pun..hehe~

    ReplyDelete
  16. wow....ramainya komen...huh3
    isy..geli sgt aih tgk bapok...tgk bulu kaki panjg..kih3

    ReplyDelete
  17. wow....ramainya komen...huh3
    isy..geli sgt aih tgk bapok...tgk bulu kaki panjg..kih3

    ReplyDelete
  18. pulsowanie:

    takde ramai mana pun..awk komen 2 kali tu yang nampak banyak kot~ hehe :p

    bapok ramailah yang cukur bulu kaki die~~~ kan kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA