Wednesday, February 15, 2012

Cerita disebalik Pantai Air Papan ~

Assalamualaikum....


Dah kenyang ni baru ada mood nak bercerita..hehe..semua dah makan?

Oklah, nak dijadikan citer, Ahad hari tu saya dengan kawan saya ni pergi Mersing. Pergi pagi, balik petang. Saja mengisi masa lapang..hehe~

Kitorang pergi beberapa pantai yang ada kat situ. Antaranya adalah Pantai Air Papan. Saya rasa pantai tu agak popular jugaklah kan? Jadi saya expect mestilah ramai yang mandi-manda kat sana.

Tapi, bila sampai je kat sana takde orang langsung yang mandi. Pantai Air Papan ni panjang tau pantai dia. Mula-mula belok ke arah pantai dia ni adalah beberapa buah kedai. Tandas awam ngan pondok pengawal pun ada. Tapi nampak lengang je. Mungkin sebab masa tu tengah hari kot.

Kawan saya ni pun drive la sampai hujung pantai tu. Sambil nak sampai hujung tu sempatlah cuci-cuci mata. Pantai belah kanan kitorang, belah kiri pulak ada banyak kawasan-kawasan semak dan pokok. Yang buatkan seram kat sepanjang belah kiri tu banyak bangunan chalet dan tandas awam yang buruk dan terbiar. Rasanya dah tak guna lagi dah sebab ada yang siap berpagar semua.

Sampai je kat hujung pantai tu, saya nampak ada satu banguan kecik atas satu bukit tak jauh dari tempat kitorang berhenti tu. Angin kuat, pastu saya nampak ada kain putih terbuai-buai dek angin pantai. Terkejut tengok!

Rupa-rupanya langsir dia warna putih. Buat suspen je..hehe~~

Pastu kitorang jalan-jalanlah kat tepi pantai. Konon nak berangan macam Ombak Rindu  la~ :p

Kitorang tinggalkan selipar kat bahagian atas sikit pantai tu.


Antara selipar saya dengan selipar kawan saya tu ada aliran air laut..macam longkang kecik~

Kitorang pun jalanlah main air kat tepi pantai tu. Pastu saya pandanglah belakang balik kat selipar kami tu. Tapi kedudukan selipar tu jadi macam gambar bawah ni pulak. Elok je tersusun kat sebelah selipar kawan saya ni~


'Kak, nape selipar saya boleh ada kat situ?' saya tanya kawan saya ni.
'Haa? Apa kau merepek ni?'
'Memang saya letak kat situlah kak,'

Pastu dia pandang saya, saya pandang dia. Pastu kitorang senyap je. Dahlah kawasan tu sunyi sepi je~

Tengah-tengah main air tu, tetiba ombak kuat. Air pantai pergi sampai kat longkang kecik tu. Selipar kami hampir dihanyutkan sekali.

Oooo, rupa-rupanya air pantai ni yang alihkan selipar saya tadi kot. Tapi pandai lak air tu susun selipar saya eh?

Fikir positif je la kan~~~~ :)

Saya ni memang penakut sikit..hehe...



14 comments:

  1. Yana L memang slalu lupe ltak kat mane brg die~~ dtmbah lg dgn jiwa pnakut jd la camtu huhu ngaku ajela yer~~~

    ReplyDelete
  2. leonerz:

    ape pulak! memang ingat letak kat situ la~~~~~!

    ReplyDelete
  3. elelelelehhhhhh pecelele haha
    rindu nk mkn pece lele la plak huhu

    ReplyDelete
  4. makan je ingat!

    patutlah perut buncit~~ :p

    ReplyDelete
  5. buncit tu 'ASET' kaum lelaki~~~ huhu

    ReplyDelete
  6. hantu berkenan kat selipar tu...selipar cinderella

    ReplyDelete
  7. selipar leonerz yg yana pakai masa tu~~~~ jadi selipar busuk siapakah itu??

    ReplyDelete
  8. Ske la tuduh2.. yana la yg pkai so bkas kaki yana la huhu

    ReplyDelete
  9. tolong sikit ye...kaki sape yg busuk giler sampai rasa nak muntah je aritu~~~ :P

    ReplyDelete
  10. hehe jeng3 adakah~

    nak share sikit, semalam masa makan malam, tengah nak masuk kereta, gades pandanglah bumbung kereta depan, nmpk macam kepala manusia, tengok lagi, badan tak ada pun, dah rasa takut tapi nak usha gak, memang confirm tak ada badan, sambil3 takut tuh, usha lagi rupanya kucing dok atas bumbung kereta. buat terkejut je

    ReplyDelete
  11. haha..wat suspen jela gades ni..:p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA