Saturday, February 25, 2012

Cerita Dongeng~


Kisah antara Lin dan Lan.

Saya memang suka main game kat facebook. Petang tadi saya mengadaplah facebook sambil berbual dengan dia.

'Eh, dah ada dah gambar masa kenduri sedara awak lah kat facebook ni,' ujar saya sambil membelek satu persatu gambar di dalam album itu.

'Ye ke..tak tengok lagi..'jawab dia.

Tiba-tiba sedang saya perhatikan gambar yang terakhir tu, saya ternampak kelibat seseorang di belakang.

'Ada orang jauh datang umah awk ke?'tanya saya.

'Jauh? Siapa?'tanya dia.

'Jangan tipu. Orang tu ada datang kan??' tanya saya lagi. Dia masih berlagak seperti tak tau. Akhirnya saya sebutkan nama orang itu.

Dan dia mengaku.

'Ye, dia ada datang. Saya tak tau pun dia nak datang. Malam tadi pun saya tido rumah nenek untuk elak dari dia,' dia memberikan penjelasan.

'Saya tak suka,' kata saya.

Ada ke orang yang suka bila ex bf dia datang umah bf dia?

'Nape dia datang?' tanya saya lagi.

'Mak cik saya jemput dia datang kenduri ni,' jawab dia.

'Saya, mak cik awak tak jemput pun. Nanti semua orang ingat awak nak tunang  dengan dia, bukan dengan saya. Nanti masa kenduri jangan ada yang terkejut tengok bukan dia kat pelamin sudahlah,' kata saya.

'Mak cik-mak cik awak semua tau tak awak dah lama putus dengan dia?' sambung saya lagi.

'Taulah kot. Awak pun jarang nak datang jumpa sedara-mara saya,' jawab dia.

'Takkan nak saya tidur rumah awak?? Kita pun bukan ada apa-apa ikatan. Mak saya pun tak bagi. Tak manis kot...' jawab saya tak puas hati.

'Yela..I just want you to trust me okay?' dia memujuk.

'Ntahlah...suka ati lah. Awak buat apa kat sana pun saya tak tau...'






P/S: Saya adalah Lin dan dia adalah Lan. Ni semua kisah dongeng, tiada kena mengena dengan hidup atau pun yang telah meninggal dunia~ :)


14 comments:

  1. lin dgn lan??
    igt lin dan td huhu men bdminton=P

    ReplyDelete
  2. ohooo..ada bibit2 cemburu di situ....

    ReplyDelete
  3. errah: yase la tu cemburu tande syg =)

    ReplyDelete
  4. kisah ni macam pernah berlaku jer.. ex-boyfriend atau pon ex-girlfriend datang melawat kekasih dia yang lama berkahwin sambil hati tersimpan sedikit rasa keciwa...

    ReplyDelete
  5. yes, betul kan..tak mungkin ex dia tak rasa pape kan walaupun dah lama putus ~~

    kalau tak nape sanggup dtg dari jauh dengan menggunakan alasan dia dah jadi anak angkat family tu??

    ReplyDelete
  6. huhu menyakitkann , tapi kan yana , trust tk boleh bg 100% tauu. nia ada kawan yg kes mcmni. ExGF aasyikk bkepit dgn BF dia dgn alasan konon2 nak belajar agama =='

    ReplyDelete
  7. aik, boleh eh bagi alasan camtu..nampak sangat tu hanyalah alasan aje kan~~

    ReplyDelete
  8. wajib jeles kalau mcmni hikhik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA