Sunday, June 10, 2012

Kenduri, Bohsia & Snow White~


Assalamualaikum~

Hari ni hari Ahad. Serius takde plan nak buat apa-apa. Bosan pulak rasa. Satu hari je pun cuti rasa bosan. Tapi kalau suruh keje, tak nak pulak..huhu~ :p

Semalam pergi kenduri kahwin ex-roommate saya selama 3 tahun di universiti. Dah lama tak jumpa. Last masa konvo dulu kot, tahun 2009. Saya pergi lepas habis kerja semalam. Datang-datang terus pergi jumpa pengantin sebab dia dah nak bersanding jap lagi. Kalau dah bersanding tu mesti lagi susah nak jumpa kan sebab busy ambil gambar.

Pergi je kat bilik dia, saya pun ketuk lah pintu sebab pintu berkunci. Ketuk punya ketuk takde orang bukak. Mak andam tak nak bukak pintu. Lama gak tunggu luar pintu tu. Geram pulak rasa. Mak andam dia nampak cam muda je lagi. Tapi, saya memang tak puas hati sebab dapat jumpa sekejap je. Sebabnya, dah dengar bunyi kompang baru mak andam tu nak bukak pintu. Geram gile!

Kawan saya suruh tunggu pas sanding, nak ambil gambar sama. Tapi masa tu saya bawa kawan ofis, takkan nak suruh dia tunggu lama-lama. Lepas makan, saya masuk balik nak jumpa dia. Dia tengah busy ambil gambar. Last-last, saya balik aje. Takpe lah..takde rezeki nak ambil gambar dengan dia.

Lepas aje kenduri kahwin tu, saya dengan kawan ofis tu pergi tengok wayang. Cerita Bohsia 2. Kawan saya ni yang beria nak tengok. Layankan aje lah~


Jalan cerita saya rasa okaylah. Tapi macam terlalu banyak kata-kata yang tak elok dan tak sedap didengar. Pakaian pun agak menjolok mata terutama Nabila Huda. 

Kalau mat rempit tengok cerita ni, harap-harap bolehlah insaf. Sebab filem kali ni banyak tekankan keagamaan. Cuma saya tak sarankan budak-budak untuk tengok, takut terpengaruh dengan ayat-ayat dalam citer ni.

Suka tengok Syamsul Yusof bila dia selamatkan kawan-kawan dia. Rasa cam gentleman je...huhu~

Overall, bagi saya saya bagi markah 3/5. Pengajaran ada, tapi saya memang tak sukalah kata-kata dan pemakaian dalam citer ni~~

Minggu lepas saya tengok cerita Snow White & The Huntsman.


Cerita ni menang best. Saya bagi 4.5/5.Walaupun duration dia lama, tapi rak rasa bosan langsung. Seronok tengok. 

Dalam cerita ni memang ada orang kerdil, memang ada epal beracun. Tapi banyak juga yang lain daripada buku cerita dia. Tak bosan tengok~  :)

Apa aktiviti yang  boleh dibuat lagi ye time cuti-cuti ni??






p/s: leonerz post lagu tentang rasa dari astrid kat fb. Motif??



31 comments:

  1. Yana akak wani tringin nk tgk yg snow white tu tp xbley tgk g..huhu...sedih2..

    ReplyDelete
  2. Wanieys, nape akak tak leh tgk lagi?? takde masa lagi ye? huhu~

    ReplyDelete
  3. hikhik, sye study, lusa dh final...

    ReplyDelete
  4. Ayuni, yeke..hehe..good luck ye..all the best~ :)

    ReplyDelete
  5. nak tengok citer snow white tu..banyak version kan..suke tengok.^__^..hujung minggu ni dok rumah je.^__^

    ReplyDelete
  6. xjadi lah nk tgk bohsia tu..hhahahahaha
    rejected!.. cuti2 ni berehat jela kat umh..huhu kalau da bosan,tdo..hohoho
    tp skg ni kite nak g kelas. .huhu babai kak yana ;)

    ReplyDelete
  7. Azhafizah, ooo..samalah kita ye..duk umah je la nampaknye..huhu~ :p

    deyb, nak tengok boleh je akak rasa..tak macam aku ada, kau ada?? ni ok lagi..hehe :)

    selamat belajar ye..hehe~

    ReplyDelete
  8. Yana,
    pengantin mmg bz..xpela, sekurangnya yana p jua majlis, sure dia sronok...

    Tu la yg akak x berkenan ngan filem skrg, kan x syok kalo budak2 tgk, myb lebih byk ngatif dr positif...kalo mcm kita bley fikir xpela kan, tp anak muda remaja skrg cane??

    ReplyDelete
  9. Aine Ainun, huhu..tulah kak..cerita tu mgkn ada pengajaran, tapi still boleh bagi pengaruh negatif pada budak2~~

    ReplyDelete
  10. Aine Ainun, huhu..tulah kak..cerita tu mgkn ada pengajaran, tapi still boleh bagi pengaruh negatif pada budak2~~

    ReplyDelete
  11. hmm..kesian yana smp mcm tu skali mak andam tu jg pengantin dia ya.. kalau kawan yg datang dari jauh mcm mn? ish ish ish

    ReplyDelete
  12. N. Aima K, tu la kak..kawan saya yang kawen sebelum ni ok aje..huhu~

    ReplyDelete
  13. tengok tajuk dah la..slalunya cter mcm tu budak2 suka ikut ngn ayat2 yang xsdap didengar..kalu snow white tu,trngin gak nak tngok..tak bksmpatan lagi.

    ReplyDelete
  14. kekadang mama rasa elok tgk cerita luar dari filem negara sendiri sbb camtulah...dah tak ada identiti sendiri...oppst..terlebih sudah...sorry pada pecinta filem malaysia...

    ReplyDelete
  15. tajuk pun bohsia kan. tak elok gak guna ayat2 yg xsedap didengar. mmg teringin nk tgk snow white tu. mesti real kan citer tu. huhu..

    jgn confuse yana. father's day thn ni declare jatuh pd 17 June tp biasanya bulan june mmg sinonim ngn fathers day. so xkisah bila nk celebrate. mcm mothers day gak. :)

    ReplyDelete
  16. mmg best kan snow white tu..ai pun adah tgk gak tp rs mcm malas lah nk lyn cita bohsia tu :)

    motipp???
    leonerz kasi tau dia pnya tentang rasa la tewww (^__^)

    ReplyDelete
  17. alaaaaaa cik eyla belom tgk movie bohsia tu..
    belom berkesempatan

    ReplyDelete
  18. tak sabar nk tengk cite bohsia 2 tu..tp x minat shamsuk yusof..hihi.

    ReplyDelete
  19. taknak komen pasal bohsia n snow white tu.. nak komen pasal pengantin skit, biasa lah raja sehari mmg sibuk.. tak terlayan kengkawan yang datang.. huhu

    p/s : rasa leornez tu.. harapannya mungkin.. kekal sehingga akhir nanti

    ReplyDelete
  20. yg tgk tu kalau insaf takpe, takut yg tgkk tu cube utk buat. huhu.

    ReplyDelete
  21. Kedua2 cerita tu saya belum tgk lagi. hee. Lagi2 Snow White tu, ada kristen Steward :D

    ReplyDelete
  22. Bohsia tu bagi M agak tak baguih la... Memang la Katanya ada unsur2 pengajaran. Tapi mungkin ramai remaja yg akan terikut-ikut perkara yg tak bermoral dalam cerita tu kan!
    Snow white? Memang teringin nak tgk la cerita tu...

    ReplyDelete
  23. hahahaha...wokeyh kak yana, nt kite tgk kat youtube je...untungla ade pengreview filem mcm k.yana ni..wehiii...terima kasih, kte akn belajar bersungguh2..;)

    ReplyDelete
  24. wahhh dh tgk cite tuh ek..sy lyn kt tenet jer nti..huhu

    ReplyDelete
  25. erk . bohsia tu dah tngok . snow white ?? best takkk ??

    entry baru jom terjah :: http://mucuxmellow.blogspot.com/2012/06/jadi-ibu-tapi-tak-kawen.html

    ReplyDelete
  26. ta sempat lg tgk Snow White & The Huntsman. ..

    ReplyDelete
  27. dah lama x tgk wayang ni..ingt nk tgk jalan kembali bohsia tu...lagu tentang rasa..eh2 lagu dlm blog sis deqla..hihi...

    ReplyDelete
  28. Planning nak tengok cte snow white tu jugak..best eh? thanks for the review..

    ReplyDelete
  29. Berapa rating awk bg utk bohsia?

    》snow white tu, ank2 CiM ajk p tengok, nasib baek ktorg tngok preview dulu...giler xstream, tk sesuai utk knk2. Hehe..

    ReplyDelete
  30. Mai pun tak selesa kalau cerita guna ayat2 kasar yg ekstrem.....

    ReplyDelete
  31. x sempat tgk movie snow white tu lagi..ramai ckp movie ni best

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA