Wednesday, November 4, 2015

Resepi bubur cha cha paling simple!

Assalamualaikum~

Minggu lepas ada officemate bagi bubur cha cha. Masa makan tu pelik sebab tepung tu macam besar-besar. Rupa-rupanya dia buat sendiri. Barulah saya tahu rupanya senang je nak buat. Makan suka, buat tak tau..he he

Saya google-google resepi. Bubur cha cha gandum home made. Senang sangat!

Cara buat tepung tu:
1. Campurkan tepung gandum dengan air suam.
2. Gaul sampai sebati dan jadi macam doh.
3. Buat bulat-bulat doh tu.
4. Pastu jadikan doh tu macam tali. Ikutlah korang nak besar mana.
5. Siap!

Untuk buat bubur tu:
1. Masukkan santan dengan air. Masak atas dapur gas. Daun pandan nak letak boleh, tak letak pun boleh.
2. Campurkan gula melaka. Gula pasir sekali. Ikut selera memasing.
3. Saya masukkan sagu sekali. Tak letak pun takpe.
4. Masukkan lobak & tepung yang dah siap tadi.
5. Biarkan masak. Agak-agak je.
6. Siap!





Boleh makan sejuk atau panas. Dua-dua sedap! Boleh bawak ke ofis untuk makan time lapar sebelum atau selepas lunch time. Masa memasak dan prepare dalam setengah jam je. Senang kan? :)

5 comments:

  1. sedapnyaaa....pos ciked..tak sempat nak buat :D

    ReplyDelete
  2. senang je ghupenya (tapi sebab malas nak google tu yang rasa susah..) hehehe..

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak pekena bubur chacha. Rindu nak rasa keenakannya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA