Friday, November 13, 2015

Hati-hati di Bukit Cerakah, Shah Alam.

Assalamualaikum~

Ahad lepas pergi Bukit Cerakah lepas singgah Karangkraf. Sebelum tu breakfast kat PKNS Shah Alam dulu~



Bhaiya teh tarik satu! :p

Tak leh tahan tengok Adam. Tak nak duk baby seat tu. Boleh dia panjat sendiri kerusi tu. Berani tak berani dia? Tak padan dengan kecik!

Kalau ada dia, memang tak leh makan dengan tenang. Lari ke sana ke sini. Fuhhh, sabar je la.

Pastu baru gerak pergi Bukit Cerakah tu. Ada nama baru, bukit seri cahaya alam ke? Tak pasti lah. Ingat nak pergi rumah 4 musim, tutup pulak. Winter memang dia tak bukak ye?

Kitorang gerak dalam tu naik shuttle bus je. Panas, lagipun ada Adam. Singgah pun kat taman haiwan aje.

Sampai-sampai je dengar budak nangis. Tengok jari dia berdarah. Masa tu tak tahu kenapa. Jalan depan sikit nampak sangkar burung kakak tua.

Rupa-rupanya jari dia kena patuk dengan burung kakak tua. Aduii, kesiannya budak tu tadi. Mesti sakit sangat, dahla budak lagi. Dalam 2 tahun kot. Terus jaga-jaga pastu. Takut.




Untuk ibu bapa luar sana. Harap tengok-tengok anak. Jangan bagi dia hulur jari dalam sangkar.

Overall, memang seronok dapat jalan-jalan satu family :)

5 comments:

  1. Assalamualaikum...kasihan budak tu...kena patuk...Insya Allah akan berhati-hati...

    ReplyDelete
  2. Plan nak pergi rumah empat musim lapan belas tahun lepas tp sampai skrng tak pergi pergi. hiks :p

    ReplyDelete
  3. seronok pegi tempat mcm ni..sebab anak2 suka...tapi sbg ibu bapa kita kena pantau jg mrk..tak mau lah terjadi benda2 tak di ingini kan...

    ReplyDelete
  4. isyy bahayanya.. tengok je comel..

    ReplyDelete
  5. lama da dulu aida gi bkt cerakah, yana.
    lom pernah bwk anak2.
    kat mana pun kita, kena tgk kan anak2.
    burung tu pe tahu :)
    dia patuk ajer la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA