Thursday, November 12, 2015

Pengalaman urut + bekam ~

Assalamualaikum~

Isnin hari tu wassap akak yang urut saya masa pantang dulu. Minta akak tu buat pakej urut + bekam. Harga, saya rasa berbaloilah sebab dia datang dari Melaka kot. Jauh tu. Tu pun dia dah bagi diskaun, patutnya mahal lagi sikit..huhu. Time kasih ye kak Sal~

Sebelum ni last saya buat bekam time belajar dulu. Tahun 2008~2009 ke? Tak ingat sangat. Buat tu sebab kaki naik lebam lepas training Palapes. Sebulan pun ungu je lagi kaki tu. Masa tu nak urut refleksologi kaki tu je. Pastu akak urut tu offer buat bekam sebab saya cakap ada lebam kat kaki. Macam orang mengantuk disorongkan bantal, saya ikut je lah. Buat 3 cup je kot masa tu. Satu kat kaki lebam, 2 kat bahu. Maklumlah masa tu Palapes training selalu kena lari angkut beg pasir 10kg, Berat ok! Huhu~

Masa tu seram je tengok akak tu hiris kulit guna pisau cukur tu. Tahan aje lah. Tapi lepas sehari dua tu memang lebam tu hilang. Bayangkan sebulan tak hilang-hilang, lepas bekam terus hilang. Masa tu fikir bagusnya bekam ni, Bekam ni kan sunnah. 

google~

Pengalaman bekam tahun 2015 pulak. Lepas 6~7 tahun saya buat semula. Tapi kali ni saya buat satu badan belakang. Sekarang tak pakai pisau dah. Dia pakai jarum. Tapi pedih gak lak, macam kena gigit semut tu. 

Sebelum bekam, urut satu badan dulu. Last saya urut masa pantang dulu. Adam baru umur seminggu lebih. Lambat urut sebab saya kena duk hospital 5 hari sebab caeser. Adam pun kena tahan 3 hari dalam nursery untuk masuk antibiotik. Dulu takde lah sengkak bagai ni sebab operate. Patutnya lepas 44 hari kena urut lagi tapi saya tak buat. Takde bajet..huhu~

Masa dia tolak rahim ke atas boleh dengar ruang-ruang kosong dalam perut. Bergerak-gerak nak bagi ruang untuk rahim tu ke atas. Kagum jap saya. Maklumlah first time. Akak tu urut tak sakit pun. Selesa je, macam spa je rasa. Sedap je rasa.

Yang tak sedap tu bila start bekam. Berdebar-debar rasa. Mula-mula bekam tarik angin, lepas tu dia cucuk-cucuk pin. Pedih rasa. Masa tarik angin tu pun dah rasa sakit sikit. Macam kena cubit kulit belakang tu..huhu. Dari leher sampai ke kaki buat. Badanlah yang paling baanyak toksik. Pekat. Kaki ok je. Leher pun macam kurang. Biasanya leher banyak kalau ada darah tinggi. Kaki pulak selalunya orang tua la banyak.

Hari ni 3 hari lepas bekam. Lebam-lebam lagi badan ni. Sakit pun terasa-rasa lagi. Malam lepas bekam tu lagi teruk. Nak sandar sakit! Kena cari tempat lembut-lembut je nak sandar. Macam alien je berbonggol-bonggol belakang. Huhu~

Harap-harap cepatlah hilang parut jarum-jarum ni..huhu~

Jangan takut untuk bekam. Saya rasa contraction berkali ganda sakit dari bekam ni...huhu~ :p

Untuk kesihatan sendiri jugak. Lepas saya siap, saya minta akak tu urut Adam sekali sebab dia tak berapa sihat dan asyik meragam je. Banyak angin, kaki pun berbunyi-bunyi kena urut. Bagus la kot~

Bila nak bekam lagi? Tunggu dulu lah kot...hehe~~

4 comments:

  1. pernah jugak nak mencuba..tapi takutttttt

    ReplyDelete
  2. teringin nak berbekam juga sbb banyak kebaikannya kan...
    cuma tulah sini susah nak carik yg pandai..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum yana...hari tu masa anak berurut berpantang hubby mama pun mencuba berbekam ni...mmg takut juga la bila tengok byk darah kotor yg kuar...tapi lepas tu mmg terasa lega katanya...:)

    ReplyDelete
  4. aida x pernah bekam.
    takut :) hu hu hu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA