Friday, November 20, 2015

Anak Syurga~


Assalamualaikum~

First time jadi ibu memang banyak benda yang kita kena belajar. Macam saya ni. Anak baru satu, umur setahun 3 bulan lebih. Yang satu ni pun saya masih terkial-kial nak jaga, tapi ada hati nak tambah lagi ni..hehe. Alhamdulillah husband banyak membantu dalam menguruskan rumah tangga ni.

Bila dah jadi parents ni hidup kita akan berubah 360 darjah. Diri kita dah kurang keutamaannya berbanding sebelum ada anak ni. Tapi takde rasa terpaksa pun buat semua tu kan? The power of mother~ :p





Seronok layan anak walaupun selalu buat kita tension. Tu je lah penawar hati jantung kita :)




Tapi tengok berita masih ada yang membuang, mendera anak-anak kecil yang masih tak tahu apa-apa. Memang kadang-kadang anak kecil ni akan sangat menguji kesabaran kita. Antara tips yang boleh dibuat bila tengah marah dengan anak:

1. Duduk diam & tarik nafas.
2. Bagi anak kat pasangan dan pergi tempat lain untuk tenangkan perasaan marah.
3. Fikir balik kenapa dia macam tu. Anak kecil tu masih belum boleh berfikir secara rasional. Kitalah yang kena sabar dalam mendidik dia.
4. Jangan asyik marah anak, sebab tu akan menyebabkan dia ada perasaan rendah diri. Kadang-kadang saya marah gak sebab tak tahan..huhu..Kena baiki tang ni~

Cara-cara tu mungkin boleh elakkan dari kes penderaan budak. Boleh elakkan kita hilang sabar dengan anak. Siapa tak sayang anak kan ? Lagi-lagi anak dalam proses membesar ni, lagi banyak akal dia.

Ada anak kecik ni rumah kena kemas setiap 10 minit. Pastu Adam sekarang dah pandai bukak pampers sendiri, terkencing merata pulak. Mengamuk tak nak pakai pampers lagi. Memang menguji kesabaran betullah. Dahlah seharian kerja, balik pun tak leh rehat...huhu...sabar je lah yeeee. Camne pun ibu sayang sangattttt  Adammmmm ~~~




Nak tahu macam mana nak dapatkan petrol free November ni? Klik sini

4 comments:

  1. Dalam mendidik anak ni kadang kita perlu muhasabah diri.. kan?
    sama2 belajar mendidik anak dengan lebih baik..suami rajin membantu tu dah satu bonus..Alhamdulillah...
    *sy pun baru sorang hero, pujaan hati sy tu..:):)

    ReplyDelete
  2. betul tu
    eh.eh.anak kita sebaya la, kan
    setahun 3 bulan.. rania 10/8/2014

    alang alang adam dok buka pampers terus aje pottu train kan adam.smnyara dia x mo pakai pampers kan..
    saya pon tgh nk ajar rania juga..

    ReplyDelete
  3. Kita yang corakkan anak mengikut acuan kita.. ;)

    ReplyDelete
  4. borak dgn anak, terbaik!
    terutama dgn ijat skang ni. dia pelat.
    aduhai... susah nak faham. but interesting,yana.
    cute.
    tu la... kena byk bersabar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA