Tuesday, August 14, 2012

Masih relevan kah?


Assalamualaikum~

*Entri ni penuh dengan ayat-ayat skema. Harap maklum~ :P

Situasi 1


Sedang khusyuk Timah membaca novel cinta, tiba-tiba suaminya menegur.

'Eh, Timah..haram tau baca novel-novel cinta ni! Lagha je semua tu..' suaminya berkata.

Timah hanya senyap. Dia masih meneruskan bacaan novel yang tergendala tadi. Suaminya, Pak Mat hanya memandang, lalu membuat kerja-kerjanya yang masih belum siap. Sekejap lagi dia nak pergi ke kerja. Dia ambil baju kemejanya,, lalu memanggil anaknya, Nana.

'Nana, tolong gosokkan baju ayah ni. Ayah nak pergi keje jap lagi.' arah Pak Mat. Nana hanya menurut kata. Dia tak kisah membantu mak dan ayahnya kerana mereka telah banyak berkorban dalam membesarkannya.

Sebelum pergi kerja, Pak Mat sempat menjamah sarapan yang dimasak leh Timah awal pagi tadi. (Ni bukan time puasa ye~~ )


Situasi 2

Kring kring.

Telefon Timah berbunyi. Dia lalu menjawabnya setelah melihat bahawa pemanggil tersebut adalah suaminya, Pak Mat.

'Timah, macam mana nak masak burger special yang Timah buat hari tu? Abang nak masak ni.' kata Pak Mat.

Timah lantas menerangkan cara-cara memasak pada suaminya.

tak jumpalah gambar laki kemas rumah~



Situasi 1 - di rumah isteri pertama
Situasi 2 - semasa Pak Mat di rumah isteri kedua

Nampak tak perbezaan antara dua situasi tu? Di rumah isteri pertama, Pak Mat lah raja. Di rumah isteri kedua, dia lah hamba. Kenapa boleh jadi macam tu?

Di rumah isteri kedua, semua kerja dia buat sendiri. Iron baju, masak, uruskan anak-anak dengan isteri no. 2 tu. Isteri no. 2 pun tak pakai tudung, malah rambut siap berkaler bagai. Skirt dan gaun? Ok je nak keluar rumah pakai tu. Takde masalah bagi Pak Mat.

Sedangkan isteri No 1 Pak Mat baca novel cinta pun dah dikata haram. Macam mana pulak dengan isteri no. 1 dia yang begitu? Balik rumah isteri pertama sebulan sekali pun susah, dua bulan sekali pun susah. Macam mana dia boleh cakap pasal hukum haram semua tu?

Persoalan di kepala ni adalah,' Adakah Pak Mat telah ditundukkan oleh isteri No. 2 dia dengan sesuatu?'

Tapi, masih relevankah ilmu hitam tu di zaman ni? Kalau betul, bagaimanakah cara untuk memulihkan Pak Mat tanpa dia sedari bahawa dia sedang dipulihkan?

Ada sesiapa yang boleh bantu?








40 comments:

  1. relevan atau x?? hurmm, makin maju dunia ni, pemikiran manusia makin mundur.. amalan syirik mkin byk diamalkn.. atau mungkin kena queen control.. kena tgk dri pelbagai sudut.. kdg² bila terlalu sayang, sang suami snggup buat apa saja..

    andai benar di"kuasi" dgn "benda" tu..bwla jumpa yg lbh arif n mahir.. skang dh byk perubatan islam..

    ReplyDelete
  2. MizzTina, masalah di sini..kita nak merawat dia tanpa dia sedari..sebab kalau ckp mesti dia akan marah~

    ReplyDelete
  3. erm...berat jugak masalah ni ek...

    memang kena rujuk pada yg pakar ni yana...

    ReplyDelete
  4. rumit jugak ni.. sis deqla pun ulang2 baca situasinya..hihi..nk komen pun takde pengalaman.. haihh.. mintak simpang! betol kata lela, rujuk pakar. =)

    ReplyDelete
  5. situasi no 2 ni, macam kena queen control je..tapi bab yang ditundukkan dengan sesuatu tu tak berani nak cakap, sebab macam2 andaian boleh dibuat..relevan atau tak bukan persoalannya, tapi manusia skrg sanggup buat apa saja asalkan sanggup langgar hukum2 agama,,wallahhualam..
    ps: kalau dia marah nak bawak pi berubat, cuba tanya ustad/ pusat perubatan islam cara yg sepatutnya dibuat tanpa dia sedari.
    **kalau tak nak berubat, tetap macam tu je lah Pak Mat tu...hmmmm

    ReplyDelete
  6. assalamualaikumm...

    memang ade jer yg sanggup buat walaupun zaman dah moden, ni tak kire dah relevan ke idak dik... nauzubillah...

    lame yana menyepi .. harap² yana sihat jer.. dah ok.. selamat hari raya...

    ReplyDelete
  7. nthla dalam kes ni..tp dalam kes lain ayu percaya jgk masih ada diantara kita yg mengamalkan ilmu ni..

    ReplyDelete
  8. lelamaisara & deqla, emm..susah gak ye kak..huhu~

    deyb, complicated lah..doa je lah senang kan?

    Masya, bz sikit la kak..tadi pergi blog akak pub tgk2 je, tak komen..hehe :)

    ReplyDelete
  9. yezza...doa tu kan senjata orang mukmin =)

    ReplyDelete
  10. Nauzubillah...mintak simpang....tp mmg ada rasanya yg amalkan ilmu mcm tu....tak tau lah nk kata mcm mn tp minta jauh la dr kita...

    dh dpt kad raya yana thanks tau...xsempat nk buat entry lg

    ReplyDelete
  11. Wanieys, xbuat entri pun xpe..hehe~ nasib baik sampai :)

    ReplyDelete
  12. Sherwieyna, rumit gak lah kak..huhu~

    ReplyDelete
  13. queen control habis tu..bab ilmu hitam tu, walau sekarang ni dah moden, ramai lagi yang guna ilmu tu..tapi dalam kes ni, tak berani nak komen..

    ReplyDelete
  14. perlu ke ape pak mat tempe? tu pak mat tempe ke??

    ReplyDelete
  15. masih ada lagi yang amalkan benda2 syirik ni..kena jaga2 jer

    ReplyDelete
  16. mmg masih ada yg amalkan benda2 ni sume..rasanya cuba dptkn pndangan dari ustaz2 ataupun pada yg pakar..

    ReplyDelete
  17. bab2 ditundukkan ni complicated ckit..nk kata x relevan rsnya masih ada mcm tu..siap pernah lihat dpn mata lg,zmn skrg mcm2 org bleh buat jika nk..
    sebenarnya pokok pangkalnya dr hati kan..hati tu kena bersih :)

    ReplyDelete
  18. ish...xelok tau...bt camtu...minta dijauhkan

    ReplyDelete
  19. RUJUKLAH PADA PAKAR SBB PAKAR YANG TAHU KEADAAN PAK MAT2..MMG NAMPAK PELIK SBB SANGAT TAK ADIL..TAPI TULAH KADANG KERANA CINTA MANUSIA BUTA..HUHU

    ReplyDelete
  20. memang ada yg amalkan benda tak elok ni...

    cara berubat pula kena rujuk pakar2 perubatan islam...

    ReplyDelete
  21. p/s : masa jatuh tu memang kuat... sampai baldi besar pecah sbb terkena tangan masa jatuh...

    ReplyDelete
  22. so bagi ayat penawar tanpa dia sedari jugak lah k.yana.. benda mcm ni lambat nak baik melainkan dia turut sama berubat.. saolat sama.. ikhtiar sama.. guna cara lain jangan cakap dia kena buat ke tak..

    sampai bila2 pun benda masih relevan.. =)

    ReplyDelete
  23. Yana, jgn xtahu, duania mkin canggih skarang ni pun masih ada tau org guna ilmu2 ni..

    semuanya sbb org yg nak keja mudah.. guna ilmu sgala tnpa berusaha..

    apapun, cuba ikhtiar.. tak salahkan kita mencuba.. benar atau tidak hnya ALLAH saja yg tahu...

    ReplyDelete
  24. berubat lah .. tp jgn guna ilmu hitam . berubat dgn mane2 ustaz yg berilmukan al-quran . insyaallah elok la nanti .. tp konpom kee kne guna2?

    ReplyDelete
  25. complicated jugak ni yana. kita pun takde pengalaman kan. mintak bantuan pada yg lebih pakar. ;)

    ReplyDelete
  26. rumit memang rumit..tp betul pe akak kte..bile org yg dah terkene nih, die mang akan jd bran bile ditegur mngenai skap die yg berubh scra mndadak.. penah tejadi pd saudre tdekat diera..mujur tok diera pndai ugak bab2 nk selesaikan mslh nih..tok wat air tawar utk die..bg die mnom..alhamdulillah..die dah semkin pulih lepas tu..slen tu, tok ugak de cube beberapa perkra yg wat mangsa jaoh dr pemangsa utk bbrapa ketika. alhamdulillah. segala nya berhasil. yg penting doa yg istiqamah. bak kta ALLAH. KUN FA YA KUN. ^_^ eceh..da mcam ustazah da diera nih

    ReplyDelete
  27. tak mustahil Pak mat kena dengan isteri no 2 dia. Ntah la.. ck pun tak tau nak cakap macam mana. Lebih baik tanya pada yang pakar.. :)

    #tak tahu pape tapi gatal gak nak komen.# hik hik hik.. :p

    ReplyDelete
  28. susah nak cakap pada hal macam nie .. semua atas individu tu sendiri ...

    ReplyDelete
  29. anis, xpe lah kalau tak berani nak komen kan..huhu~

    mrs velentine, sedang berjaga2 lah ni kak~ :)

    Miss Banu, susah nak cr org pakar~~

    Cik Ai, betul tu~~~ :)

    izan mama mia, insya'Allah~ :)

    wan nurul hezrina, tak tau lah sebab cinta atau bukan~

    masz, emm..ramai suh cari pakar ni~~

    HaniAsyira, kalau balik rumah pun susah macam mana nak bg air penawar..huhu~

    Cik nur, tu lah..kita hanya boleh ikhtiar..

    meeSUPERGIRL, tak pastilah..tp pelik sangatlah~

    Chic na, chic na org ke 3 dalam jawapan komen ni suh cr yg pakar..huhu~ :P

    diera, macam tu mtk tolong poskan skitlah air penawar tu..hehe~ :)

    Ck, xpe..jawapan masih dalam skema tu..hehe :p

    ieda, betul~

    ReplyDelete
  30. kene byk amal ayat quran insha Allah. ;)

    ReplyDelete
  31. Pada zaman ni masih ramai lg yg amalkan perbuatan syirik dan kurafat tu...Nauzubillahiminzalik..semoga kta dilindungi.. Kl dah terkena.. Cuba dapat bantuan pusat2 perubatan Islam...

    ReplyDelete
  32. kalu yang tak ingat nak mati, nak ngadap tuhan dan bersoal jawab di dalam kubur, memang la akan guna ilmu hitam..bagi yang faham, setiap perbuatan ada balasannya yang kita tak dapat lari, memang la tak akan buat.guna ilmu hitam hukumnya syirik.

    ReplyDelete
  33. yana penah alami situasi mcm ni ke???

    ReplyDelete
  34. very complicated...xtahu lah masih relevan atau tidak...mungkin ye mcm yang kita tengok dalam drama tu....jumpa lah ahli2 ilmu agama minta nasihat :)

    ReplyDelete
  35. tu la situasi skrg dh pelik.mentang2 dia isteri kedua yg muda,sume suami wt.yela takut isteri muda lari

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA