Sunday, September 17, 2017

BF Journey: Bengkak Susu?


Assalamualaikum~

Semalam genap 60 hari berlalu sejak saya bersalinkan Aisya Zaara. Dah 60 hari jugaklah usia baby tu.Esok dah kena masuk kerja T_T. Takpe, esok saya nak apply half day sebab Aisya ada appointment injection 2 bulan. 

Esok bermulalah BF journey saya. Bila fikir malas je rasa. Kena bangun awal, balik kerja kena basuh dulu barang-barang pam. Tu semua rutin saya 2 tahun lepas masa menyusukan Adam. Alhamdulillah, Adam Zahin hampir 2 tahun jugak. Start ajar botol masa saya gugur tahun lepas, dan fully stop masa saya pregnant Aisya. Sebab rasa sakit masa menyusu, kesian Adam asyik kena marah. Lama-lama akhirnya dia faham yang ibu dia sakit & berjaya berhenti. :)

Masa menyusukan Adam saya pernah sekali je kot bengkak susu yang memang perit sangat. Masa tu kat ofis. Cucuk jarum pin rasanya kat tempat tersumbat tu. Memang lega sangat lepas tu. Semalam pagi terasa balik macam yang haritu. Perit dia memang sampai nak tunduk pun rasa sakit sangat.

Tips yang saya buat semalam:
1. Tuam dengan air panas  (yang ni tak jalan T_T)
2. Pam pun tak jalan
3. Pagi tu lepas subuh mandi air panas lama-lama. 
4. Nampak macam ada tersumbat, ambil jarum dan cuba korek slow-slow.

Lepas dah guna jarum tu, ada susu yang keluar slow. Maknanya sumbat tu tak fully terbuka lagi. Sambung susukan Aisya. Dan akhirnya berjaya terbuka!Macam mana nak tahu dah terbuka? Susu memancut keluar dan yang bengkak tu rasa makin surut. Lega sangat rasa lepas tu :) 

Siapa yang alami tu, jom cuba cara ni dulu~ :)



P/S: Teringat dulu masa Adam, pernah pam susu + darah. Tak perasan, dah penuh botol tengok botol baru perasan..huhu~

5 comments:

  1. bestnyeee dapat bf baby lame.. e'in abes pantang je susu pun takde terus.. huhu

    ReplyDelete
  2. Saya dulu kalau bengkak susu tuam dengan air suam pakai tuala... lepas tu gosok je nipple dengan tuala tu.. alhamdulillah terbuka yang tersumbat tu.

    ReplyDelete
  3. Salam singgah! Anda dijemput join GA saya! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  4. Fuhh lega sangat kan bila dah hilang bengkak. Saya kelmarin mmg mndi air suam2 + telan Lecithin Shaklee tu mmg lega. Risau kne demam je, mjur ok.

    Selamat berkerja kembali mommy ��

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA