Sunday, July 16, 2017

3rd Pregnancy: 40 weeks sudah~


Assalamualaikum~


Semalam, 15 Julai 2017 sepatutnya due date baby ni. Tapi baby masih tak nak keluar nampaknya. Best sangat kot duduk dalam perut ni. Scan Khamis baru ni berat dah 3.3kg. Debar pulak rasa. Adam dulu masa keluar 2.65 kg je, tu pun caeser. Baby kali ni macam mana agaknya dia nak keluar. Ikut macam abang dia atau normal ye agaknya. Perut makin besar dah rasa ni. 

Tarikh last adalah 24 Julai 2017. Kalau baby ni masih tak nak keluar, saya kena serah diri sendirilah kat hospital. Tak tahu nak cakap apa perasaan ni. Harap dimudahkan dan semua selamat je lah. Sekarang stand by kat rumah je. Cuti 60 hari bermula 17 Julai 2017 ni..huhu~

Nak pergi ofis pun dah tak larat rasa nak bawak perut ni. Dengan kawasan kerja yang luar, dari parking ke ofis pun dah mengah rasa. Kaki bengkak sebab jalan jauh kot. Hari tu cuti satu hari, surut pulak bengkak sikit. Maknanya memang banyak jalan akan menyebabkan kaki bengkaklah agak nye kot.

Dah kena start google resepi pantang ni, nak mintak husband tolong stand by buatkan nanti..hehe~ :p

5 comments:

  1. Moga dipermudahkan semua urusan melahirkan...

    ReplyDelete
  2. Ehh.. Dh 3rd pregnancy??

    Alhamdulillah.. Tahniah yana.. Lya doakan moga dipermudahkan sgalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3rd pregnancy, tp 2nd gugur..huhu..kira anak 2nd baru :)

      Delete
  3. Moga dipermudah urusan juga kak. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..semoga dipermudahkan ye yanggg;))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA