Wednesday, June 7, 2017

3rd Pregnancy Week 34: Alhamdulillah, setel breast pump~~


Assalamualaikum~

Dah masuk minggu ke-2 berpuasa di bulan Ramadhan ni kan. Sekejap je masa berlalu. Banyak tak amal ibadat yang dah dibuat tu? Saya banyak tertinggal dah..badan rasa letih sangat malam. Sampai nak layan Adam pun dah tak larat. Baby dalam perut pun bila gerak kadang-kadang rasa senak. Kadang-kadang dia dia berlaga dengan tulang pinggul ni. Geli pun ada..huhu..dulu masa Adam tak ingatlah pulak. Rasa Adam dulu kuat menendang je kot. Sampai terpelanting telefon kat perut...huhu~

Weekend baru ni saya pergi baby fair kat Presint 3 Putrajaya. Ingatkan bolehlah borong barang baby bagi habis semua, tapi harga agak mahal jugaklah kat sana T_T. Dahlah dengan orang beratur panjang nak bayar sebab kaunter satu je, tempat pulak sesak. Memang mood terus hilanglah. Kat sana saya tengok ada breast pump jenama Treenie Kompakto, brand yang saya tengah target nak beli sebab tu double breast pump yang paling murah setakat ni. Harga pam tu RM 139. Emm..macam mahal jugaklah bagi saya. Tak berbaloi nak beratur panjang.

Saya masuk sorang je, pusing-pusing pastu keluar balik. Cakap kat husband tak berbaloilah. Pastu kitorang pergi tengok The Store warehouse sale kat bangunan sebelah tu. Harga pun biasa je kot bagi saya, lebih kurang macam kat kedai dia je. Tak macam warehouse sale pun. Tapi belilah jugak sikit barang sebab tak panjang pun orang nak beratur bayar. Area pun luas lagi dari baby fair tadi.

Pastu husband ajak balik sebab cuaca pun panas. Tapi saya ajak husband singgah Pump on the Go kat Ayer 8 jap. Tak puas hati sebab tak dapat breast pump. Bajet dah ada, takut terguna kat tempat lain. Sampai-sampai saya naik sorang je. Ada Treenie Kompakto dan pakej dia lagi berbaloi dari baby fair tadi! Memang saya amiklah. Pakej RM 149 dapat breast pump, cooler bag, ice brick, 4 botol susu. Berbaloilah saya rasa. Alang-alang kat sana amik satu botol susu pigeon untuk baby baru. Adam dulu susah nak menyusu botol. Tomme tippe,MAM, dan beberapa botol lain saya dah try tapi tak jalan. Sampai nak dekat 2 tahun kesian dia kurang menyusu. Tapi kat rumah asyik nak melekat T_T.

Harapannya, baby kali ni dimudahkanlah. Harap ok lah hantar pengasuh nanti. Adam dulu pengasuh sampai nak give up jaga sebab tak nak menyusu. Sampai kena pakai sudu / syringe untuk bagi susu, Gigih tak gigih pengasuh saya ni. Sebab tu suka sangat dengan pengasuh ni. Sampai sekarang hantar kat dia je. :)


Image result for treenie kompakto
Lebih kurang macam ni lah pakej saya, Tapi ice brick, bukan ice pack.

Lega rasa dah dapat breast pump. Hari ni kita cari item untuk berpantang pulak! Saya macam nak cuba NR lah, tapi bukan setlah. Tak mampulah, mahal. Saya target minyak herbanika, akar herba untuk minum. uncang mandian herba tanamera, sabun tanamera. Ok tak tu je ?? Tu pun dah dekat RM 200...huhu..shopping kat lazada. Ada tambahan apa-apa lagi ke ye? Dulu saya beli set Anugerah, ok je tapi kali ni nak cuba NR pulak. Minta bagi pandangan ye :)

5 comments:

  1. alhamdulillah berjumpa dengan apa yang dicari lebih berbaloi pulak tu untuk dibeli. akak tak tahu nak bagi cadangan apa untuk set berpantang sebab akak dulu guna minyak dan herba yang mak bidan bagi je

    ReplyDelete
  2. nieyl dtg membalas kunjungan dan komen..:)
    Alhamdulillah...rezeki...

    ReplyDelete
  3. mase time ecad sebelum nie, e'in dapat bf ecad sampai abes pantang je.. naik keje kering terus.. sedih taw.. :(

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah juga apa yang dicari..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. woww double breast pump... kita stick dengan single pump je... tapi harga ni memang murah berbanding kita beli single pump hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA