Thursday, March 3, 2016

Adam & Grolier~

Assalamualaikum~

Adam lama dah ada set Grolier, tapi ibu ayah dia ni pemalas nak ngajar. Jadinya Adam amik buku tu study sendiri..huhu~


Sampai meniarap tu belajar nombor..hehe. Abaikan buku terbalik tu. Dia suka dengar bunyi yang keluar dari pen tu. Yang ada gambar anjing tu ada lagu bingo.

Bagus Adam ni, tak payah disuruh. Nak harap saya ni, sibuk ngadap drama Korea je balik keje. Aktiviti balik rumah, makan tgk tv tdo~


Goreng keropok, sambil study boleh makan. Tapi bila nampak orang amik gambar sibuk nak menyibuk, nak tengok muka sendiri pulak~

Malam semalam awal pulak Adam tidur. Pas maghrib mintak susu, tak lama pastu tidur. Tak sempat sambut ayah balik. Penat sangat study agaknya ;p

Rumah bersepah dengan buku Adam je. Kadang tu dah kemas, tak lama sepah dah mini ensiklopedia dia. Adam suka tengok gambar-gambar haiwan.

Takpela Adam.. Gunakanlah semua buku Adam tu. Baru ibu rasa berbaloi bayar..huhu~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA