Wednesday, February 24, 2016

Pagi-pagi dah exercise~


Assalamualaikum~

Husband kena pergi kerja luar sampai hari esok. Malam tadi dia dah gerak dengan bos dia ke utara. Malam tadi sebelum dia keluar saje cek hp dia. 

'Takut abang kahwin kat Thailand ke? '

Gurau camtu lak dia. Saya tak terfikir pun. Yelah kan, utara tu kan dekat dah dengan Thailand. Daripada tak fikir apa, jadi terfikir lak. Takpelah, saya caya dia. Huhu~~

Selalunya pagi-pagi nak pergi kerja husband memang tolong angkutkan Adam ke kereta. Maklumlah rumah bertingkat-tingkat. Dengan beg susu, beg Adam & beg pack letak pamnya. Memang banyak gak lah nak kena berangkut tu kan..

Jadinya, husband takde untuk tolong pagi ni, terpaksalah saya angkut semua. Adam tengah tidur, kena berdukunglah jugak. Pagi-pagi dah berpeluh-peluh dibuatnya. Susah takde husband untuk tolong...huhu~

Dulu masa PJJ, memang selalu angkut semua sendiri je. Lagi susah dulu sebab Adam baby lagi, badan memang kena dukung betul kan. Pastu masa tu sewa kondo, parking kat luar sebab parking dalam kakak dah amik. Masa tu menyewa dengan kakak. Kakak kerja malam, bahaya pulak nak suruh dia parking luar. Memang gigihlah masa tu angkut baby dengan barang-barang. Kalau hujan lagi stress. Kadang-kadang balik nangis gak, call husband suruh duduk dekat. T_T

Adam nak dekat setahun dia berhenti kerja Johor (sebab tak nak sambung kontrak) untuk duduk dekat ngan anak bini dia. Susah gak nak cari kerja, tapi takpelah slow-slow kan. Insya'Allah ada rezeki. Sekarang dah dapat kerja, tapi masih mencari kerja yang lebih stabil dan OK. 

Bila dah duduk dekat dengan husband, semua nak harap kat dia. Mestilah kan :p Masa mula-mula kahwin, mengandung ngan jaga Adam masa baby semua saya buat sorang kebanyakan masanya. Pergi cek up sorang, dahlah anak first. Huhu~

Walaupun mungkin gaji tak sebanyak masa dia kerja Johor, at least dapat duduk dekat ni kira ok lah kan? Rezeki insya'Allah boleh cari. Kalau dia duk Johor susah nak jumpa sebab Johor kerja Ahad-Isnin, saya lak Isnin- Jumaat. Nampak tak kesusahan kat situ? 

Syukurlah dengan apa yang ada sekarang ni kan. Semua ada hikmahnya~ :)


[QUIZ] Are You A City OR Kampung Kid?


3 comments:

  1. sedih gak kisah hidup ko ni dik...akak sejak kawen belom penah lagi kene tinggal lelama...setakat 4-5 hari tu ada la kat kalau somi ada keje luar...takpe la rezeki Allah ni luas...akak doa moga bertambah murah rezeki ko dan keluarga lepas ni...bior la gaji tak setinggi dulu tapi yg penting hari2 dapat jumpe kan... :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. dulu dah puas berjauhan dari en. suami. Rumah dengan sekolah dan tempat kerja jauh masa tu.. Pagi2 exercise menguruskan anak2. Bila lift rosak panjat tangga ke tingkat 10. Tu tanpa en. suami.. Bila en. suami ada, mak aiii. manja kemain.. kihkihkih.. kalau boleh nak bergantung je walhal boleh je buat sendiri..
    Semua tu pengalaman buat kita jadi lebih kuat dan bersedia..

    ReplyDelete
  3. kak mv hari2 excersice....nak ngomel ker apa..kena buat juga kan..bertabah jer lah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA