Monday, February 22, 2016

Coretan panjang Feb 2016~


Assalamualaikum~

Lama rasa tak buat coretan panjang-panjang. Teringin gak sebenarnya nak mengarang karangan panjang-panjang. Rindu. Sekarang ni sekejap je masa dah berlalu. Tahun ni tahun yang agak busy bagi saya. Dapat satu task tambahan yang permanent kalau nak compare dengan tahun lepas. Tapi takpe, saya minat. Cumanya akan sibuk sikitlah sekarang ni. 

Nak cerita pasal apa pun tak pasti. Blog ni masuk tahun ni dah 4 tahun dah. Lama gak kan? Hehe. Sejak dari belum kahwin, dah tunang dan dah ada sorang anak dah sekarang ni. Tak payah baca baliklah. Malu je. :p

Syukur dapat Adam. Sorang anak yang cerdik. Baru ada sorang, harap ada rezeki untuk tambah lagilah akan datang. Adam sekarang memang faham apa yang kita cakap, cuma kadang-kadang dia tak tahu apa benda tu. 

Adam rajin. Minta tolong suruh amikkan barang, dia tolong. Suruh kemas balik mainan dia pun dia boleh buat. Ikut mood gak T_T. Kalau dia tumpahkan nasi ke air, dia akan tunjuk suruh kita lap. Pandai amikkan kain lap kat dapur. 

Selalu gak kena marah Adam ni. Kadang-kadang kesian gak tengok dia kena marah dengan ayah dia. Sebabnya suara laki kan kasar sikit. Bila kenamarah tengok muka dia monyok je. Faham dia tengah kena marah. Tapi jarang nangis kalau kena marah. Tak sampai hati. Tapi nak dia belajar, faham apa yang boleh dengan tak boleh.

Sekarang dia dah setahun tujuh bulan. Fully BF. Tapi minum je milo kalau bagi. Tak tahu camne nak wean off nanti. Takde planning pun nak wean off lagi. Selagi nak amik je la nak~~

Walaupun fully BF, Adam kerap gak sakit. Sekarang ni dia tengah selsema batuk. Tengok kat FB , orang kata sebab fenomena full moon? Tak tahu la plak. Kena research lagi kot pasal ni. Dah 2 minggu adam selsema batuk. Saya pun dah berjangkit ni. Tak bagi lagi Adam makan ubat doktor, bagi dia minum air lemon madu, mandi lemon. Tapi setakat ni tak baik lagi lah..

Penutup untuk coretan panjang ni?

Takde penutup..hehe..nanti saya try google pasal full moon tu la & update ye. Kalau sempatlah..huhu~

3 comments:

  1. insyaallah di permudahkan tu untuk BF adam..sian kan kalau marah dorang..syamimi siap menjeling kalo kena marah..buat muka sedih

    ReplyDelete
  2. semoga adam cepat sembuh.. aamiin

    pengalaman saya yg bru setahun jggung ni

    selsema cuba sapu kunyit hidup kt hidung, dr ubun ubun sampai ke batang hidung. in shaa Allah. itu yg saya buat dkt rania selain buat teknik percussion tu.

    batuk saya pernah buat dkt rania msa umur 9 bulan dia alah dgn anggur.mybe sejuk kot. skli bg rasa terus batuk btuk. sy just sapu minyak bwg putih didada. (bawang putih cucuk dkt garfu, bakar. pastu gaul dgn minyak ) sapu di dada n tapak kaki.. in shaa Allah.

    masa sy amalkan qaseh gold junior sampai bln 12. so far alhamdulillah kesihatan rania. di samping bg minyak dan habbatus sauda.

    skrg saya tukar bg caliph sbb stok qaseh junior susah nk dpt la. huhuhu.padahal rania dah rasi dengan qaseh junior.

    ReplyDelete
  3. Get well soon budak cerdik adam.!
    Takpe sis selagi blh fully bf bg je.. Rezeki tu. Heheh ada kawan aina, anak bru setahun susu da kurang. Insyaallah ada rezeki adam dpt adik lagi. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA