Wednesday, October 7, 2015

Tips Pembelian Fashion Online Wanita~

Assalamualaikum~




Anda bersetuju atau tidak jika dikatakan kini segalanya boleh dibeli dihujung jari anda sahaja. Daripada koleksi pakaian, barangan rumah, barangan elektronik, makanan dan banyak lagi semuanya boleh dibeli secara online. 

Sebagai seorang wanita yang bekerja dan mempunyai anak. Online shopping ni adalah pilihan terbaiklah untuk bershopping. Selain itu keselamatan anak pun lebih terjamin!

Jika dahulu, trend pembelian online masih lagi belum boleh diterima sepenuhnya oleh majoriti rakyat Malaysia. Rata-rata lebih gemar membuat pembelian secara konvensional di kedai-kedai atau pusat-pusat membeli-belah berbanding membuat sebarang transaksi secara online. Kini tidak lagi, kebanyakkan pembeli khususnya masyarakat bandar bertukar kepada system pembelian secara online yang sememangnya mudah dan menjimatkan. Bagi golongan wanita, pastinya koleksi barangan fesyen lah yang menjadi sasaran setiap kali ingin membeli-belah secara online. 

Oleh yang demikian, berikut merupakan beberapa tips pembelian fashion online khas untuk para wanita;


Membeli-belah memang menyeronokkan! 

Lebih-lebih lagi kesemua barangan yang ingin anda miliki itu boleh dihantar terus di hadapan rumah tanpa perlu anda berpusu-pusu di pusat-pusat membeli-belah. Namun, anda harus menjadi pengguna yang bijak dan bandingkan harga di portal online dengan harga di kedai. Beli barangan dengan harga yang jauh lebih murah atau tunggu ketika jualan murah berlangsung.



Kenal pasti kemahuan dan keperluan anda. Tahu saiz yang bertepatan dengan tubuh badan anda dan ambil berat mengenai trend fesyen terkini. Jangan membeli-belah sesuka hati walaupun anda ditawarkan dengan perkhidmatan pemulangan semula secara percuma.


Dan yang paling penting, pastikan portal online tersebut menyediakan system pembayaran yang selamat atau secure payment. Buat pembelian di butik fashion online yang benar-benar boleh dipercayai untuk mengelakkan sebarang kes penipuan daripada menimpa anda. Selamat membeli-belah! :)

2 comments:

  1. Setuju....
    Skrg ni banyak sgt org menipu, seller online ni. Sila follow ig kbto, kamibencikakitipuonline01, ig ni banyak dedahkan seller online yg penipu.kadang2 risau sgt nk beli online ni kan.

    ReplyDelete
  2. Jarang beli barang through online.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA