Wednesday, October 21, 2015

Grolier : Terjebak sudah~

Assalamualaikum~

Sebelum ni kan saya ada cerita yang kitorang pergi baby expo kat Alamanda tu. Masa tu ada promoter Grolier tahan. Mula-mula cakap kat husband, kita dengar je la. Kalau mahal tak nak beli pun.

Tapiiiii, lepas dengar dan ditunjukkan semua buku-buku tu, akhirnya saya terjebak jugak! Kadang- kadang fikir betul ke ni. Harga total dalam RM 2k++ ok..huhu..saya tak mampu bayar full. Buat installment saja~

Saya dah set, saya tak nak menyesal! Jadinya kena setiap hari main buku tu dengan Adam! Saya dapat 9 set buku + 2 set masa ambil buku-buku tu. Rasanya berbaloi jugaklah dengan harga. Kalau beli satu2 memang lagi mahallah. Tapi kalau tak guna membazirlah jugak.

Nanti saya tunjuk set-set yang saya amik. Salah satu buku yang saya dapat adalah:








Yang ni buku dia kecik je. Buku panduan untuk parents. 99 ways to help for child self-esteem. Semalam dalam kereta masa tengah berhenti kat traffic light, saya dah habis baca dah. Banyak juga tips-tips dia. Boleh cuba apply nanti pada Adam.

Lagi satu, set Grolier ni boleh guna untuk Adam sampai dia sekolah tau. Long term benefits la kiranya. Yang penting mak pak nya kenalah rajin jugak. Kita pun boleh dapat ilmu baca buku-buku ni tau. :)

2 comments:

  1. guna biar sampai berbaloi beli hehe

    ReplyDelete
  2. wahhhh best ni! nanti share lg info pasal ni tau!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA