Thursday, October 8, 2015

Isu Jerebu~~

Assalamualaikum~

Masalah jerebu macam tak pernah selesai kat Malaysia ni. Tahun lepas pun ada jugak isu ni. Tahun ni pun ada jugak. Tapi nampaknya macam tahun ni lagi teruk jerebu. Biasalah, bila ada anak ni benda yang kecik mana pun jadi besar pada saya..huhu~

Sekolah pun dah banyak kali dah tutup sebab isu ni. Bila nak habis pun tak tahulah. Kesian budak-budak yang ambil periksa tahun ni. Satu paper exam untuk sekolah agama kena tunda sampai Isnin depan, kalau tak minggu ni dah merdeka dah diorang. Sabarlah ye adik-adik semua.

Ada jugak orang yang pertikaikan kenapa sekolah aje yang tutup. Kenapa ofis kena kerja. Kalau betul orang tu bijak pandai, dia takkan pertikaikan benda tu...huhu. Sebabnya;
  1. Budak-budak antibodi lemah.
  2. Sekolah ni manalah ada aircond. Persekitaran sangat terdedah pada bahaya jerebu.
  3. Ofis? Ada aircond, kita duk jelah diam-diam dalam bangunan aircond tu ye tak?
  4. Orang kerja site? Haruslah pakai mask. Kena kerja jugak. Kalau tak kerja, duit tak jalan. Biasalah, nama pun cari rezeki. Sabarlah..
Image result for jerebu
Tempat jauh pun tak nampak dah sekarang ni. :(


Ada hikmahnya semua ni. Sabar tu separuh daripada iman. Orang kata kalau tak nampak matahari tu tanda-tanda besar dah. Takut dengar. Bila ada tanda besar, pintu taubat dah tertutup. Betul ke ni? Kena research lagi bab ni. Tak arif sangat. Marilah kita sama-sama muhasabah diri ~ :)

4 comments:

  1. Betul! Jerebu tahun ini paling teruk. Risau bawa anak anak keluar. Dalam rumah walaupun tak buka tingkap tetap macam dah berjerebu. Geram rasa..

    ReplyDelete
  2. Kesian pada anak2.. kita dok dalam bilik aircond takpe.. tak hadap pun jerebu tu.. anak2 punya bilik darjah bukannya aircond macam kita.. sangat tak sesuai untuk dorang meneruskan persekolahan waktu jerebu..
    eemm.. orang macam tu dari bising2, amik cuti dok dendiam dekat rumah..

    ReplyDelete
  3. senang je jawab kat orang2 yang pertikai sekolah tutup sebab jerebu... dengan budak2 pun nak jeles ke? hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA