Friday, January 27, 2012

Rindunya kat Leo~


Assalamualaikum~

Disebabkan agak susah untuk saya membela kucing kat bilik sewa ni, jadi saya telah meletakkan Leo di bawah jagaan family saya di Melaka. Lagipun kat sana dia ada ramai kawan, kawasan untuk main pun lagi luas sebab kawasan kampung.


Leo berkenalan dengan kawan-kawan baru.


Leo dalam sangkar dia.

Oleh sebab Leo ni baru lagi, saya letakkan dia dalam rumah. Dia tak buang air merata-rata. Saya dah ajar dia buang air dalam toilet masa kat rumah sewa. Jadi kalau dia nak membuang, memang dia akan cari bilik air la.

Gemok.

 Dulu Gemok ni comel je macam Leo. Dulu masa kecik kuat  makan. Dah besar ni dah jadi tak berapa nak comel sangat laa.

Oki.

Oki ni pulak mak kepada Kitten. Sangat manja dan selalu cari peluang untuk masuk ke dalam rumah. Oki ni dibuang kat depan pagar rumah kitorang masa dia kecik je lagi. Tak tau la sape yang buang. Dia ada lagi sorang beradik, Kyo. Tapi tak tau mana Kyo membawa diri. 

Takde nama.

Kucing oren dua ekor ni takde nama sebab masa kecik dulu diorang sangat takut kat orang. Dah besar ni manja sangat-sangat la pulak.

Kitten.

Ni anak Oki. Patutnya ada tiga beradik. Tak taulah mana pergi lagi dua ekor.

Patutnya ada banyak lagi kucing. Tapi diorang semua suka bawa diri lepas dah besar. Kadang-kadang ada yang balik untuk makan aje.



p/s:wallpaper hp gambar Leo buat jadi rindu pulak~

5 comments:

  1. comelnya..zaza pun gila kucing..kt hp pun letak gambar dia..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. yang tu dua-dua kucing jantan tu..manja sangat~

      Delete
  3. igtkan leo si tunang tadi. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA