Monday, December 5, 2016

Bleeding semasa first trimester.


Assalamualaikum~

Terpanggil untuk buat entri ni. Sebabnya saya rasa ramai sangat yang tak tahu kenapa dan apa nak buat kalau benda ni jadi kan? Walaupun anak first takde problem, ada je kemungkinan untuk yang seterusnya terjadi. Ada doktor pernah cakap pada saya yang ini sangat normal. Bleeding semasa trimester pertama.

Kalau sesiapa yang pernah baca entri sebelum ni, bulan 7 hari tu saya baru D&C. Sebab bleeding. Bila tanya doktor kebanyakan tak boleh nak cakap sebab apa. Banyak sangat kemungkinan. Saya pulak skop kerja memang agak lasak. Mungkin tu juga adalah salah satu sebab bleeding.

Okay. Kat sini saya nak share experience. Seeloknya kalau bleeding, teruslah pergi ke hospital atau klinik berdekatan. Kemungkinan takde apa, tapi better be safe than sorry. Macam kes saya, saya rasa kes saya seperti lightly treat. Pergi KK, cakap bleeding, muka sedih gila kot masa bagitau tu. Nurse relaks je. Saya dengan husband punyalah risau sangat. Jumpa doktor dan scan heartbeat masih ada. Masa tu happy la balik. Tapi bleeding still continously keluar. Esoknya saya terus pergi ke hospital, sebab dinasihatkan macam tu kalau masih ada bleeding.

Di wad EPAC, pun doktor oklah. Mungkin sebab dia dah jumpa banyak sangat kes ni, so bagi dia normal. Saya cuma kesal satu je, doktor lambat bagi ubat kuatkan rahim, duphaston. Saya pulak masa tu memang tak tahu kan. Jadi , ikut je lah apa yang doktor tu suruh. Kerap ulang-alik wad EPAC, scan asyik tak nampak walaupun scan dari bawah sebab mesin lama.

Last-last saya pergi swasta. scan perut terus nampak. Ada 2 kantung. T_T 
Selama ni tak tahu pun kembar bila scan banyak kali di KK dan EPAC. Masa scan kat swasta  tu dua-dua dah takde heartbeat. Sedih bila jadi macam ni. Mungkin sebab banyak tak tahu.

So, pesanan saya kalau bleeding doktor sepatutnya advise duphaston. Sebab kemungkinan rahim tak kuat. Kuatkan semangat. Kalau bleeding dan baby memang dah takde pun, jangan terlalu stress. Anggap saja dah takde rezeki. Mungkin baby tu sendiri tak transform dengan sempurna, mungkin akan ada problem sebab tu dia gugur. Fikir positif ye :)

Saya terpanggil untuk share sebab saya mengalami lagi sekali benda ni. Doakan yang terbaik untuk saya....

Tak sanggup nak masuk hospital untuk D&C lagi....

7 comments:

  1. Assalamualaikum awak.. Allahurabbi. Salam takziah awak.. dah 2 kali gugur ke lepas adam? Sedihnya baca. Ya, amik pil duphaston tu bila kita nampak bleeding even denyutan ada. Dulu masa mengandung adam husni, mkn pil tu. Masa gugur before dapat umar. Memang takdapat selamatkan. Scan dah pecah tak nampak solid baby :( dnc sakit tak? Sheila 2 kali gugur, keluar sendiri semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...baru sekali..yg ni still monitoring..harap2 dia kuat lah..
      haritu tak masuk operation room, doc manually bersihkan..xtau nak gmbrkan camne..masa sedar..pasrah je..serah diri bulat2 pada doktor..

      Delete
  2. Waalaikummussalam Liyana...salam takziah dan semoga bertabah ya dan setiap kehilangan tu ada keuntungannya..hanya Dia yg maha mengetahui..

    ReplyDelete
  3. Allah Hu Akhbar..
    jaga diri bebaik yana..
    in shaa Allah, doa banyak banyak Allah kan ada :)

    ReplyDelete
  4. Alahai kesiannya bila baca.. Takziah.. Kuatkan semangat & jgn give up ye..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  5. serius bru tahu ni Yana..
    takziah ye Yana...
    Mmg sedih..tp smua y berlaku ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  6. Sedihnya.... salam takziah.. moga selepas2 ni semuanya akan dipermudahkan Allah... 😢

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA