Wednesday, July 13, 2016

Selamat Hari Raya~


Assalamualaikum~



Walaupun macam dah terlambat nak wish, saya di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua kawan-kawan yang membaca blog ni~ :)

Cuti seminggu, walaupun cuti tak banyak. Sampai kena ambil unpaid leave..huhu..bertabahlah ye, kalau tak dapat KPI bagus tahun depan redhaaaaa je laaaa. T_T

Raya tahun ni kitorang sambut sederhana saja. Tahun ni Adam dengan ayah dia recycle baju tahun lepas aje. Setahun sekali je pakai pun kan. Saya pulak Alhamdulillah ada baju baru, tu pun sebab mak saya bagi semua anak-anak perempuan dia baju..hehe. Kalau tak saya pun recycle saja. Sayang jugak nak beli mahal-mahal. Pakai sekali-sekala je. Pergi kerja pun pakai jeans dengan t shirt je. 

Mak bagi dua pasang baju kurung. Sehari sebelum raya ayah pulak bagi sepasang lagi. Sehari sebelum nak raya, husband bagi lagi satu jubah. Dah cakap tak yah beli, simpan je duit sebab raya memang banyak nak guna duit. Tapi dia beli jugak, setahun sekali katanya. Moga dimurahkan rezeki semuanya. Amin~

Adam walaupun takde baju melayu baru, tapi ada beli jugak baju jalan lain untuk dia. Husband banyak beli baju pakai siang dia. Berapa pasang jersi euro 2016 la T_T. Saya pulak dapat je gaji terus beli sepasang baju jalan Adam; seluar jeans dengan t-shirt polo. Mahal jugak baju budak ni kan..huhu. Biarlah, Adam tak banyak pun baju jalan. Kesian dia. Nak raya ni kan. Kat Jusco jumpa lak 3 t-shirt RM30. Amiklah lagi..hehe. Balik kampung mak saya ada bagi lagi sepasang, jenis macam coverall. Comel sangat! Alhamdulillah~

Oh, husband dapat gak satu t-shirt raya. T-shirt Man U, beli kat warehouse sale The Store. Dari RM88++ jadi RM20++. Oklah, nampak smart gak dia pakai. Hensem :p

Raya tahun ni berlalu dengan tenang kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Tahun lepas beraya kat hospital. Semua lari plan. Tahun ni, saya rasa adil la. Dua-dua belah rumah sama lama habiskan masa. Mula-mula gaduh gak pasal balik kampung. Last-last saya amik cuti awal, jadinya puas la hati sikit walaupun gaji kena tolak T_T

Mula-mula takde idea nak tulis apa. Tapi bila dah tulis ni, rasa macam nak mengarang je lagi. Tak puas rasa :p

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya YL! Maaf zahir batin.. =)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Yana.. ;)
    Alhamdulillah raya tahun ni lebih baik dari tahun lepas kan.
    Moga makin murah rezeki mereka semua.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Yana dan keluarga :)
    Alhamdullilah. Raya tahun nie lebih baik daripada tahun sebelumnya. Betul juga tu kan, baju melayu pakai sekali je setahun..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya Maaf Zahir Batin :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA