Tuesday, June 7, 2016

Gugur pun boleh kena bentan?


Assalamualaikum~

Hari pertama puasa dah pun berlalu. Alhamdulillah dapat dihabiskan dengan jayanya. Tapi semalam sepanjang hari dekat ofis satu badan rasa sakit-sakit. Lenguh. Pastu rasa sejuk sangat. Dah dekat nak balik tu memang rasa tak larat sangat. Jalan pun rasa macam tak jejak tanah. Terhuyung-hayang je rasa. 

Driving pun nak kena sandar je. Memang tak larat sangat rasa. Nak jalan pun tak larat je. Badan rasa macam demam. Rasa badan bahang je. Nak mandi pun gigil-gigil. Guna water heater pun ngingil gak. Seram sejuk rasa. Saya terfikir gak, saya kena bentan ke? Saya dah 2 minggu lebih dah proses cuci tu. Memang tak expect boleh bentan. Pagi ni google simptom bentan.

Sumber: Majalah Pa&Ma
Tanda dan sebab bentan:
*Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.
Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.
Jenis bentan:
1. Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.
2. Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.
3. Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.
Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.
4. Banyakkan berehat
Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.
5. Elak jangkitan kuman
Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.
6. Jaga pemakanan
Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang.
Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Memang saya rasa sejuk & nak pitam. Bentan ke tu?? Tak larat rasa..dahlah husband jauhh :(

8 comments:

  1. Alahai LZ xde pengalaman / pengetahuan ttg bentan ni.. Yana kena buat sesuatu tau, cuba tanya org yg lebih arif. Jaga diri tau dear..

    ReplyDelete
  2. Tq share kak.. Take care. Gugur pn kena pantang mcm beranak.. org la kata.
    Tak boleh sejuk.. pakai baju tebal tebal kak.. hehe =) Salam ramadhan!

    ReplyDelete
  3. maybe la tu yana. pantang makan seeloknya.. mmg kene jga.

    refer yg lebih bpglman lah senang

    p/s: yana, blh erk buat mcm tu dlu.
    ikutkan sy mmg nak beli btry tu tp budak tu ckp skrin mmg x blh nmpak ape. it yg dh x blh buat ape.

    kot mna pon mmg kene ganti lcd die dlu, bru blh..

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum yana
    Kata org gugur lebih teruk pantangnya dari beranak tau!! Wallahuaklam lah kaknoor pun dngr org ckp jugak

    ReplyDelete
  5. salam yana jaga diri tau kak MV pernah rasa bentan ni masa pantang anak ke4..memang menyakitkan dan menakutkan

    ReplyDelete
  6. Bagus info Ni...gugur biasanya di samakan dengan kelahiran jugak...so mmg akan bentan Dan memang kena berpantang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA