Friday, June 7, 2013

Pee Mak~


Assalamualaikum~

Lama tak post kat blog. Semalam tengok wayang cerita Pee Mak. Sebenarnya dari last 2 week kot dah nampak poster dia kalau lalu kat tempat wayang. Tengok poster macam menarik je walaupun tak tahu pun cerita dia pasal apa masa tu.


Tengok poster dia macam seorang manusia bercinta dengan hantu. Saya kalau benda pelik-pelik ni suka sangat. Werewolf ke vampire ke, asalkan tak seram..huhu~

Watak perempuan yang jadi 'Nak' memang cantik. Yang laki pun boleh tahan comellah. Tapi disebabkan cerita ni cerita lawak seram, nampak tak comel sangat sebab dia warnakan gigi depan tu warna hitam. Mungkin nak menunjukkan yang zaman dulu-dulu memang gigi diorang hitam kot~

Cerita ni sebenarnye mengisahkan pasal seorang perempuan yang sarat bersalin yang akhirnya gugur, lalu mati jadi hantu. Suami dia masa tu tengah berperang, jadi suami dia tak tahu apa-apa. Balik-balik perang je isteri dia sambut kepulangan dia dengan gembira.

Cerita dia lebih kurang macam Nang Nak, tapi lebih best sebab happy ending. Saya pun dah tak ingat sangat cerita tu. Tapi cerita Pee Mak ni memang tak rugi tengok. Kalau tension-tension tengok, best. Asyik ketawa je. Kejap-kejap ketawa. Part seram tu ada jugaklah, tapi tak banyak. 

Saya suka cerita ni sebab hantu dia tak seram. Ada satu ayat yang 'Mak' cakap pada 'Nak' di akhir-akhir cerita tu;

'Walaupun saya sangat takut dengan hantu, tapi saya lagi takut kehilangan awak!'

Sweet je cerita ni. Walaupun semalam main terjah je tengok sebab cerita lain banyak dah habis  tiket, tapi memang tak rugi!




13 comments:

  1. beraninya Yana tgkkk..
    Kalau Nur mmg tak beranilah...

    tp dari yana review ni mcm best je...
    saja tau yana buat nur teringin nak tgk..hehehe

    ReplyDelete
  2. tgok trailer pun dh tau klaka.. tp Tedi x tengok wayang :) Master xnak bawak sebab nanti semua pakat tengok Tedi.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. cite siam ek..nmpk best la..diorg plak cntek2 + nsem2..hehe

    ReplyDelete
  4. baru tgk iklan astro first. huhu.. mcm seram gak. kelakar pun ada eh.. ;)

    ReplyDelete
  5. Cik Nur, beranilah sbb tak seram..hehe..sy mane suka tgk citer seram2 ni~ :p

    DQ, cantik gak yg jadi Nak tu~ :)

    Chic Na, kelakar je banyak..hehe~

    kak izan, best..release tension tgk~ :)

    ReplyDelete
  6. semlm nk tgk wayang tp x jadi sbb kena kencing kotor.. uwaaaa.. movie ni mcm best jek..

    ReplyDelete
  7. aha lah lbh krg nang nak..tgk cover aritu pn mcm dh tau tu yg tukar cita len.hehe..

    ReplyDelete
  8. haaa xleh tgk cite hantu.scary,nanti teringat ingat...cite thai ni lagila scary.

    ReplyDelete
  9. lama tak singgah sini jenguk yana=)tak beranilah tgk citer seram2..huhu

    ReplyDelete
  10. cerita hantu thai memang syok...

    ReplyDelete
  11. kalau hantu thai ni mmg tak berani nk tgk. tapi kalau komedi, boleh tahan jugak dorg buat kan. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA