Sunday, June 23, 2013

Mari merehatkan mata~


Assalamualaikum~

Hari minggu camni barulah ada masa nak bermalas-malasan kat rumah tercinta ni. Tapi, malangnya disebabkan keadaan jerebu yang semakin teruk dan cuaca sekarang ni agak mustahil untuk duduk dengan selesa dalam rumah.

Daripada pembacaan saya tadi, khabarnya Muar dah jejak bacaan 700 API dan dah diisythiharkan darurat dengarnya. Moga hujan turun dan bawa semua particle-particle jerebu ni pergi jauh~~

Dalam cuaca macam ni diharap agar semua mengurangkan aktiviti luar rumah. Terutamanya si leonerz tu. Tahulah nak kurus, tapi tak yahlah nak jogging sekarang ni okay~

Oleh kerana waktu-waktu camni tak leh nak menikmati pemandangan di luar, jadi hari ni jom kite tengok gambar je..hehe~



Tengoklah air terjun yang nyaman~


Kehijauan tumbuhan~

Sebenarnya bukan apa, saja nak tunjuk yang saya dah pernah sampai kat Japanese Garden kat Bukit Tinggi tu..hehe. Memang penuh dengan kehijauan. Saya pergi akhir bulan lepas. Gerak pagi dari rumah, sampai dekat-dekat nak tengah hari.

Ingatkan Bukit Tinggi tu sejuk macam Genting Highland, tapi tak rupa-rupanya. Suhu di sana adalah normal okay. Kat sana yang cantiknya adalah kolam dan rumah jepun yang comel. Tak banyak gambar ambil sebab segan ambil gambar guna handphone Corby II aje. Orang sekeliling semua guna DSLR..huhu~

Saya sempat gak singgah Colmar Tropical Hotel kat sana. Asyik tengok gambar aje. Nak jugak rasa. Sampai sana lagi panas cuaca. Lupa nak bagitau, naik Bukit Tinggi tu kena bayar RM12 seorang ye jika anda bukan pelanggan hotel tu.

Sebelum balik, pastikan korang tengok angsa putih dan angsa hitam kat sana. Best bagi makan kat angsa-angsa tu. Tapi kitorang tak lama kat sana disebab cuaca yang sangat terik.

Lepas dah jalan-jalan kat sana, singgah Masjid Bukit Tinggi, solat Zohor. Memang air dia rasa sangat-sangat nyaman lepas dah berpanas kat sana. Rasa macam nak mandi pun ada. Oleh disebabkan tak puas hati sebab ingatkan dapat rasa udara sejuk, tapi hampa. Dalam perjalanan balik, kami singgah di Genting Highland semata-mata untuk rasa cuaca sejuk. Sampai-sampai je terus hujan lebat kat sana. Tak kisahlah, janji dapat keluarkan asap kat mulut kan? hehe~

Saya dah lama sangat tak menulis, keras tangan ni rasa. Minggu depan leonerz ada interview di Shah Alam. Mintak tolong doakan dia ok. Doakan jugak majlis kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah ~ :)



16 comments:

  1. sentiasa doakan yana.. :)
    Nur pun rindu nak jumpa yana n borak2.. :)

    nanti Nur nak pegilah bukit tinggi tu. Nur mcm2 plan tau, tapi disebabkan kebizian, byk yg tertangguh....sedeyy..huhu

    ReplyDelete
  2. lama menyepi ...

    doakan moga leonerz dapa kerja terbaik, nak pg interview eh .. mana tahu ada rezeki ..

    ReplyDelete
  3. cantik jugak kat sana.. nyaman nmpknya tu.. yela incek leo.. jgn berjogging skng.. bahaya.. huhu...

    ReplyDelete
  4. nyue doakan semoga semua urusan yana dipermudahkan.. :)

    nyue xpernah smpai kat bukit tinggi tu ag..

    lama nyue xsinggah sini..huhu..

    ReplyDelete
  5. indahnya rasa bila tgk sungai tu =)

    ReplyDelete
  6. sejuk mata memandang tengok pemandangan tau!

    ReplyDelete
  7. wahh mcm best ja..nyaman ja tgk..

    ReplyDelete
  8. sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua kawan :)
    biler la majlis tu....lama dah terkincit ni...hehe

    ReplyDelete
  9. amin~ akk doakan yg baik2 untuk kamu dik :)

    mana air terjun? tak nampak pun...hahaha.

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkan interview leonerz, mane tau rezeki bakal pengantin kan.

    ReplyDelete
  11. memang nampak merehatkan mata la....wah...yana dah nak kawin yek....nak g la majlis yana..boleh tak???kih kih...

    ReplyDelete
  12. ai dah lama kot p bukit tggi tu..dah 2 tahun lepas kot,mesti dah byk perubahan kan :)

    x sabar nk tgk Yana naik pelamin wehhh.hehehe

    ReplyDelete
  13. Wah indah nah rumah korang...

    ReplyDelete
  14. Best kan kat sana.. panas tp mcm kat obersea je viewnya :)

    ReplyDelete
  15. bukit tinggi mmg dh tak sejuk yana. huhu. cameron pun tgk pade cuaca. :)

    ReplyDelete
  16. tak pernah sampai.. tengok pict je.. mcm kat oversea kan.. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA