Wednesday, July 25, 2012

Maaf~~~


Assalamualaikum~

Rasenya dah dekat seminggu blog ni tak berupdate. Busy je memanjang. Minggu lepas balik Melaka pas kerja. Kalau dah balik kampung tu, laptop ni memang tak berusiklah~

Kebetulan, minggu lepas leonerz ada kerja kat Melaka. Dia pergi sana hari Selasa malam. Hari Khamis tengah hari sepatutnya gerak balik ke Tganu semula. Saya pulak Khamis malam barulah sampai Melaka..huhu..agak-agak korang kitorang ni sempat ke jumpa??? :p

Saya mintak leonerz stay lagi satu malam kat Melaka tu. Nasib baik Tganu cuti hari Jumaat tu..hehe. Petang Khamis tu lepas habis kerja, terus saya pecut balik Melaka sebab dah tak sabar nak jumpa leonerz. Dua jam lebih je perjalanan..huhu~

Tapi, bila dah nak dekat dengan tol, saya call leonerz. Dia kata dia baru lepas kuar tol Pagoh! Kononnya nak follow saya dari belakang. Ingat nak suprise kan saya, sekali dia yang terperanjat sebab dah salah jalan!

Geram saya! Orang punyalah excited bawak laju-laju nak jumpa dia kat Melaka, rupa-rupanya dia ada jauh kat belakang kita! Kena tinggal kat belakang. Grrr...

Sampai aje Melaka saya terus balik rumah, mandi dan solat. Dalam pukul 8.30 pm, saya call leonerz;

Yana: katne dah tu??
leonerz: on the way lagi ni..dah lepas tol tapi tak ingat jalan nak pergi rumah yana lah~
Yana: Haaa?? (dah mula rasa geram dah)
leonerz: Yana, cuba tengok bulan kat luar ni. Warna dia pelik lah. Macam warna oren2 sikit lah~
Yana: malaslah yana. Dalam bilik ni, takde tingkap. (padahal malas nak g selak langsir tingkap...huhu~)
leonerz: laa, keluarlah tengok, Cantiklah..cepatlah tengok~
Yana: Malas la..
leonerz: Keluarlah, I'm outside your house~~

Laaa, cakap terus dah sampai rumah kan senang? Siap nak suruh tengok bulan lah, ape lah :p

Walaupun tak lama dapat jumpa, tapi suka lah jugak sebab dah lama gak tak jumpa..hehe~ 

Sebenarnya banyak lagi nak cerita, tapi next time lah ye. Tak tau bila akan ada masa free ni. Sekarang ni nak bw pun tak sempat. Nak update banner GSF lagi lah xde kesempatan lagi. Harap maaf ye GSF semua~~

Next week ada banyak giler kerja kat Muar. Jadi sekarang ni macam-macam nak kena prepare untuk pergi sana. Mungkin akan ada kat sana beberapa hari. Sorang-sorang aje. Tak suka!  :(

Ada sesapa  yang tengah cari kerja??

meja yang berserabut dengan macam2 buku ngan kertas~

Friday, July 13, 2012

Apa pendapat korang?


Assalamualaikum~

Hari ni saya terfikir tentang sesuatu. Dulu saya tak nak sambung belajar sebab saya nak simpan duit untuk kahwin. Tapi lepas dah dua tahun kerja, masih takde khabar-khabar dari leonerz, walaupun suku daripada barang persiapan dah ada. Masa yang sesuai takde lagi katanya~

Minggu lepas dapat email daripada bos. Semua orang kat ofis dapat. Dia marah sebab ada seorang kerani ni buat salah. Sebab sorang tu semua budak ofis kena marah. Dalam email tu memang dia letak banyak tanda seru dan persoalkan kitorang yang suka demand gaji setiap tahun, tapi kerja tak bagus..huhu~

Pagi tadi saya dapat email lagi daripada bos. Sebab semalam saya ada silap email pada klien. Memang satu tu saya terlepas pandang. Saya pun tak tahu lah kenapa sejak 2 minggu ni saya asyik buat silap je. Nak kata berblog waktu ofis, saya memang dah tak buat dah sebab kerja memang tengah banyak.

Agaknya saya ni banyak berangan kot. Benda senang tu pun boleh silap dan terlepas pandang. Lepas dapat email dari bos tu, saya terfikir. Sampai bila saya nak duduk kat ofis tu?

Nak mintak naik gaji setiap tahun pun mengungkit. Dia hanya nampak salah orang aje. Kalau yang bagus-bagus tu buat tak nampak aje. Tapi, bila orang buat silap sikit, terus mengungkit macam-macam..huhu~

Akhirnya, hari ni saya buat keputusan untuk sambung belajar!

Saya nak cuba mintak biasiswa. UiTM pun ada buka 'Skim Tenaga Pengajar Muda' kan? Saya nak cuba apply lah. Doakan saya dapat biasiswa tu ye~

Ada lagi satu biasiswa ni, MyBrain. Kalau tak dapat tu, saya nak try apply biasiswa ni pulak. Kawan saya senang je leh dapat biasiswa tu. Insya'Allah saya boleh dapat jugak. Kena confidentlah kan~ :)

Tapi, saya tak tahu nak belajar part time atau full time. Kalau dapat biasiswa UiTM tu bolehlah kot nak full time. Tapi kalau tak dapat, saya nak buat part time je lah~

Ada kawan saya tanya,'Aik, bistu bila nak kawin?'

Entahlah ye. Insya'Allah, kalau ada jodoh kahwinlah kami kan. Mungkin saya ni banyak sangat masa lapang, tu yang asyik fikir benda yang bukan-bukan aje. Kalau sambung belajar, confirm busy dah nak fikir benda bukan-bukan.

Doakan saya dapat biasiswa UiTM tu ye. Saya nak suruh leonerz try jugaklah....huhu~

Doakan yang terbaik untuk kami ye~ :)

xdelah sampai jadi camni okay~~~

Eh, lupa nak tanya. Jadi, apa kata anda? Patut atau tak sambung belajar? Kenapa?





p/s:Terima kasih atas sokongan korang semua! Korang memang banyak bagi semangat! Love you all~~ hehe :D

Wednesday, July 11, 2012

Takde apa-apa...


Assalamualaikum~



Kesedihan kau adalah kesedihanku


Tetiba ada ayat sesat kat atas tu eh? Jiwa kacau, macam tu lah jadinya..hehe~ :p

Baru lepas tengok cerita spiderman tadi. Best gak. Kelakar. Saje teman sorang kawan ni. Jiwa dia pun tengah kacau agaknya~

Nape jiwa saya kacau ni?Asyik jiwa kacau je kan? 


Emm..saya tak tahu kenapa bila leonerz mengalami sesuatu kesedihan, saya pulak yang macam lebih-lebih. Tapi, serius saya tak buat-buat. Memang rasa sedih sangat.


Macam jatuh ditimpa tangga


Macam-macam jadi pada leonerz. Rasa macam nak pergi Terengganu je. Saya tak tahu nak buat apa bila duduk berjauhan macam ni. Nak cakap face to face, tengok facial expression dia pun tak leh.

Sekarang ni, dari petang tadi dia tak nak jawab call saya. Rasa sedih pulak dia buat macam tu pada saya. Mungkin dia perlukan masa untuk bersendirian. Tapi...


Kekurangan dia adalah kelebihan dia


Bila dia buat macam tu. Saya rasa apa guna hubungan ni kalau saya tak boleh tolong dia apa-apa. Semuanya dia tanggung sendiri. Dia selalu bagi kekuatan masa saya dalam kesusahan. Tapi, bila tiba masa dia, saya tak boleh tolong dia apa-apa.


Allah SWT tahu yang terbaik untuk hamba-Nya. 


Malam ni, rasa sentimental agak kuat. Sorry, sebab sejak 2 minggu ni entri agak jiwang & sentimental. Hanyalah luahan hati yang tak tahu nak diluahkan pada siapa lagi selain-Nya dan blog ni..




Monday, July 9, 2012

Happy working~


Assalamualaikum~


Apa yang jauh dari kita?
Masa lalu~

Apa yang dekat dengan kita?
Maut~

Baru tau jawapan teka-teki hari tu..huhu..kat dalam citer '8 jam' lakonan Shaheizy Sam ngan Yana Samsudin ada sebut. Bagi saya citer ni ok lagi lah dari citer 'Aku Ada, Kau Ada??' dulu tu..hehe~

Tapi, seriau tengok citer tu. Bab aksi tu memang tak sangggup nak tengok. Dengan pisau, parang, macam-macamlah!

Semalam masuk wayang citer dah start. Tak tau berapa minit terlepas. Rugi je..huhu~

Sebenarnya saya bukan nak buat review pun sebab Ayu dah buat. Sejak dua menjak ni rasa lain macam aje lah. Apa yang lainnya? Ntah ye. Macam-macam benda muncul dalam fikiran ni. Biasalah, hormon tengah tak stabil skang ni..huhu~ :p

Saya terfikir. Macam mana kalau saya dengan leonerz takde jodoh? Buat macam mana pun, ada je masalah. Macam mana kalau yang kitorang ni memang tak ditakdirkan untuk bersama? Saya tak leh fikir kalau tu berlaku.

Sebab, saya sayang giler kat dia..hehe..teringat satu dialog dalam citer '8 jam'.

Kau ni memang gila lah.

Memang aku gila. Aku gilakan kau.

Rasa nak tergelak je dengar dialog tu. Serius! Lawaklah..mungkin ada sweet gak dialog tu. Tapi, memang kelakar masa tengok babak tu~


Oooh, sebenarnya takde isi penting pun dalam entri ni. Cuma, 2,3 hari ni asyik cari pasal je dengan leonerz. Ada orang kata, kalau seseorang tu boleh sabar, kiranya baguslah kan? Kalau tak leh sabar tu, angkat kaki lah awal-awal sebab belum kahwin lagi. 

Kiranya, kalau dia dapat terima kita walaupun dengan perangai buruk kita ni, dia boleh dikira lulus sebagai calon suami la kan? huhu~

Lelaki memang takkan dapat faham wanita~

Wanita pun memang tak dapat nak terangkan dengan jelas apa yang dia nak pada lelaki. (Kadang-kadang dah terangkan pun dia tak faham-faham! Tension!) ~

google~






p/s: Saya pernah terbaca, perempuan boleh bermesej sambil tengok tv, tapi laki tak boleh. Sebabnya laki hanya boleh concentrate pada satu-satu kerja tu aje~ betul tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA