Tuesday, June 13, 2017

3rd Pregnancy: 35 Weeks & barang berpantang~


Assalamualaikum~

Dah week 35 dah, kali ni rasa macam dekat je dah nak bersalin. Tak tahu kenapa. Dulu masa Adam selagi tak raya, rasa macam lambat je lagi walaupun due second week raya. Kali ni, walaupun due date minggu ke-3 raya, tapi rasa macam tak jauh je rasa. Tak tahulah kenapa. Tapi, walaupun rasa camtu, baju baby still prepara lambat gak :p Baru je basuh weekend baru ni. Tak packing lagi beg nak pergi hospital. Kali ni bawa beg roda macam nak pergi holiday kot. Senang nak seret..huhu..pelik tak kalau bawak beg tu check in hospital??

Bulan ni Alhamdulillah, ada rezeki lebih. Beli barang-barang untuk berpantang dan barang baby sikit. Beli online je sebab bila walk in kedai macam harga lagi mahal je dan penat nak pusing. Online senang je, duduk depan laptop dan surveylah harga. Cari yang fee delivery la..hehe. Setel barang berpantang. Yes! Mula-mula risau jugak mana nak cekau duit, dengan breast pump pun tak beli haritu lagi kan. Tapi bulan ni nekad bagi lebih sikit mak mak sebab nak raya, Alhamdulillah rezeki datang berganda. Hampir complete dah barang nak bersalin ni. Lain kali jangan berkira sangat dengan family ye..huhu~

Saya beli minyak herbanika NR, akar uncang NR, uncang mandian tanamera, sabun mandi tanamera untuk preparation berpantang. Macam sikit kan? Tapi tu pun dah cecah hampir RM 200 jugak tau. Nasib baik minyak pilis Anugerah masa bersalin Adam tu ada lagi, Boleh guna. :)

Untuk urut lepas bersalin pun dah book dengan sorang akak ni. Dia akan datang rumah dan buat treatment macam spa kat rumah. Best jugaklah ada orang sediakan air mandian, scrub badan, sauna, urut, buat rawatan muka dan rambut. Maklumlah badan penat lagikan lepas bersalin. Saya amik pakej 3 hari RM 400. Akak tu area Melaka. Kalau luar ada transport charges. Tapi saya kena jimat, so kalau urut kena balik Melaka lah. Tak tahulah mana baby ni nak keluar...

Image result for tanamera mandian Image result for tanamera sabun
Image result for nr minyak herbanika Image result for akar herbanika


First time nak cuba dua produk ni. Sebelum ni guna set pantang Anugerah. Nak try produk yang lain pulak. NR ramai yang komen best, sebab tu nak try. Kita tengoklah camne nanti ye~

6 comments:

  1. mungkin bersalin awal sikit yang kedua ni, apapun semoga dipermudahkan semuanya.

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah banyak produk untuk berpantang kan.. Kena cari yang okay dan sesuai je..

    ReplyDelete
  3. semoga nnti dipermudahkan semuanya.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..wahh taniah2. Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti ;)

    ReplyDelete
  5. sy pun dulu masa berpantang produk NR ni, paling suka minyak herbanika, sedap sgt bdn, lps mandi terus sapu minyak herbanika, keluar sgla angin2 dlm badan

    ReplyDelete
  6. sekarang x susah dah nak cari brg berpantang.
    pelbagai jenis.
    sediakan duit nyer aje :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA