Friday, May 5, 2017

Berkhemah di Janda Baik~


Assalamualaikum~

Cuti weekend panjang baru ni (cuti Labour Day), husband ajak pergi camping kat Sungai Kuali, Janda Baik. Sebenarnya macam malas, sebab saya nak kena pergi ofis Sabtu tu. Tapi bila fikir balik lepas ni tak tahu lagi bila boleh pergi camping, saya tukarlah fikiran. Perut dah besar, lepas ni dah puasa. Pastu kalau baby dah keluar nak camping camne pulak kan?

Jadinya, memikirkan tu semua, saya decide untuk tidak pergi kerja. Harap bos memahami! Huhu~

Pagi tu kemas-kemas barang, buat air panas letak dalam termos. Keluar pergi Mydin beli barang nak camping (arang, ayam marinate, hot dog, portable stove, biskut dan roti). Adam biasalah mesti minta jugak bahagian dia. Lepas tu kitorang terus gerak ke Janda Baik ikut waze. Jalan agak jem lah jugak, maklumlah cuti panjang sikit. 

Sampai dalam tengah hari di Kem Sungai Kuali, janda Baik tu. Kawasna tu ada chalet, tapak khemah dan kolam memancing. Air sungai memang cantiklah, tapi agak deras jugak. Mungkin sebab banyak batu-batu tengah sungai tu. Kawasan sekitar kem tu macam kawasan kampung. Ada beberapa rumah orang kat area tu. Kiranya takdelah sunyi sepi kalau kita sorang je pun yang camping. InsyaAllah selamat. 

Kitorang sewa tapak khemah untuk semalam dan cakap nak buat BBQ sekali. Owner tu charge RM30. Khemah bawak sendiri je. Mungkin owner ada sewakan jugak kot khemah. Pelampung pun ada untuk disewa kalau nak main arus sungai tu. Nampak cam seronok je bebudak main.

Sementara husband pasang khemah, saya ngan Adam tunggu dalam kereta je. Bahaya kalau Adam lepas. Tak larat nak kejar...huuhuu.

Duduk-duduk depan khemah amik feel sebelum turun sungai yang sejuk tu~

Lena Adam tidur dalam khemah malam tu~

Malam tu masa nak tidur hujan renyai-renyai. Nasib baik husband ada beli canvas extra dan memang dah pasang dah buat cover atas khemas kitorang tu. Jadi takdelah tempias hujan masuk. Sakit gaklah badan tidur dengan perut besar ni T_T. Tapi overall ok je. Ok sangat lah daripada camping kat PD hari tu. Camping di PD sangat tak recommended bagi saya. Camping kat sungai nyaman lagilah. Dengan ditemani bunyi sungai mengalir~

Kadang-kadang owner tu datang jugak tanya keadaan. Sebelah kitorang pun ada 2 khemah gak. Memang tak sunyi lah kat sana. Khemah depan chalet orang pulak tu..huhu..nak tepi sungai punya pasal. Satu benda je yang kitorang lupa, ubat nyamuk! Serius banyak nyamuk pulak tu maghrib. Husband buat asap depan khemah untuk halau nyamuk.  Kesian Adam kena gigit nyamuk..

Masak sardin pulak untuk breakfast~

Pagi-pagi breakfast roti cicah sardin. Ayam ngan hot dog malam tadi pun banyak lagi, panaskan balik je. Lepas tu terjah sungai! Sejuk sangat air. Macam air batu. Tapi sebab fikir bila lagi nak datang, masuk jelah~ Adam nak melekat je. Last-last tak nak dah dia mandi sungai. Bosan kot tak leh bawak mainan sebab arus deras area kitorang mandi tu.

Ahad tu husband buat kerja gila. Pergi balik Terengganu pulak! Konon laratlah. On the way tu singgah beli lemang & rendang daging kat hentian lori tu. Sedap oo! Sampai kampung dia buat suprise kat family dia. Nasib baik bukan kitorang yang kena suprise :p Petang Ahad tu pergi mandi pantai pulak~

Macam budak besar pulak tengok Adam dalam gambar ni~


Balik Isnin tu dah macam apa dah sebab jem teruk gila. Sampai rumah maghrib gak walaupun tolak sebelum tengah hari dari kampung dia. Esok tu demam. Hmm...nak tunjuk kuat sangat ye :p




4 comments:

  1. Bestnya berkhemah. Haven't done that since university. Itu pon among kawan-kawan and rasa tak privacy sangat.

    ReplyDelete
  2. lama tak berkhemah,
    sekrang ni, kalu anak2 nmpk org camping tepi pantai, dia suka cakp 'org tu xde rumah ke mama'
    haha

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. lama sangat dah tinggal khemah-khemah ni...

    ReplyDelete
  4. bestnya berkhemah..akak tak pernah berkhemah macam tu.lepas tu balik terengganu pula tak penat ke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA