Friday, May 12, 2017

3rd Pregnancy: Detail Scan & 4D at 30 weeks~


Assalamualaikum~

Disclaimer: Ni 3rd pregnancy, tapi anak nombor 2 tau. Sebab 2nd pregnancy miscarriage :)


Baru-baru ni pergi buat detail scan di Klinik Nur Qaseh, Salak Tinggi. Itu antara tempat yang murahlah untuk buat detail scan + 4D. RM 170. Kebanyakan tempat lain RM200 standard rate. An-Nur di Bangi lagi mahal ooo..huhu..

Sebenarnya 30 minggu baru nak buat detail scan agak lambat. Ada klinik yang takkan accept sebab susah dah nak buat detail scan kalau dah 30 minggu kandungan. Kitorang mulanya pun memang tak nak buat sebak takde bajet. Biasalah, ekonomi sekarang ni kena berjimat -cermat kan? Tapi sebab risau berat naik banyak, air ketuban pun doktor KK scan cakap macam banyak. Saya kena refer ke Hospital untuk check air ketuban banyak ni dan check parut dah keadaan czer sebelum ni macam mana. Doktor nak advise boleh normal atau kena czer jugak. Tapi appointment tu lagi 2 minggu. Lama lagi. Sebab tu decide untuk buat detail scan dulu. Nak tahu keadaan baby ok ke tak.

Tak lama sangat pun rasa buat detail scan tu. Doktor scan dan bagitau keadaan otak, jantung, tulang, leher, tangan , kaki normal ke tak. Lepas tu ada graf. Alhamdulillah, baby saya semua normal. Tumbesaran pun normal. Kalau GDM, baby besar. So, kemungkinan doktor kata saya ni yang banyak makan. Kena kawal sikit pemakanan. Jangan makan nasi lemak, kek, fast food, air milo,buah-buahan manis, etc T_T.

Saya mengandung ni memang banyak makan. Lagi-lagi kek, cream puff..huhu. Sekarang saya cuba kurangkan portion nasi. Breakfast light. Tapi rasa macam tak puas je makan. Adoiii...nape ye...

Satu lagi, baby saya kali ni rasa macam pemalu yang amat. Dari dulu scan kat KK, baby asyik nyorok je tau. Jantina pun banyak kali scan asyik tak nampak. Baru ni detail scan 30 minggu baru nampak jelas jantina tu. Alhamdulillah. Kalau tak asyik berteka-teki je. Masa buat detail scan, baby tak nak tnjuk muka.Dia mengadap ke dalam. Doktor suruh datang hari lain untuk buat 4D tu. 

Semalam datang balik untuk buat 4D tu, still baby tak nak tunjuk muka. Tutup muka dengan tangan dan kaki. Siap bagi kaki kat kitorang..huhu. Doktor bagi keluar dulu, jalan-jalan , minum air sejuk, dalam 5 minit dia panggil balik. Lepas 5 minit masuk balik, sama je camtu. Doktor kata kalau dia dah selesa macam tu memang susah nak suruh dia gerak. Doktor try gerakkan perut, akhirnya nampaklah sebelah muka dia. Alhamdulillah, takde sumbing. 

Tak nampak jelas sangat pun , nampak separuh je muka dia. Sekejap je , pastu dia tutup balik. Tunggu baby lahir je lah nampaknya. Malas pulak nak datang klinik banyak kali. Sebab memang dari dulu baby memang suka nyorok muka T_T Nampak muncung dia la sama macam abang Adam masa dalam perut. Kemain panjang muncung tu. Hidung tak nampak sangat. Memang tak tahu nak tengok camne lagi.

Gambar 4D pun tak amik lagi kat klinik sebab tertinggal CD haritu. Diorang tak pesan pun suruh bawak, mana saya tahu..huhu. Takpelah, asal dah tahu keadaan baby semua ok, Alhamdulillah la, Banyak jugak tak dapat nak tengok sebab baby dah besar. Tapi, overall ok lah doktor cakap. Lega sikit. Cuma sekarang ni kena jaga makan. Dua bulan lagi ni. Caiyok2!

Gambar nanti dah dapat baru boleh update dalam ni.. :)

Doakan urusan kami dipermudahkan dan semuanya selamat ye. Saya tak nak target bersalin normal ke czer, Tak kisahlah mana-mana, asal dipermudahkan dan baby dan saya selamat :)

7 comments:

  1. inshaAllah semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... yang penting keadaan baby ok kan... saya doakan agar semuanya dipermudahkan Allah... take care yea..😍

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..semoga semuanya selamat

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum awakk..semoga dipermudahkan ye. Bestnya dapat scan details

    ReplyDelete
  5. 2 bulan aje lagi... semoga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA