Thursday, February 16, 2017

Pengalaman first time live~


Assalamualaikum~

Selesai jugak hari semalam. Rasa macam lama je semalam tu. Memang pengalaman berharga dapat masuk tv secara live walaupun 10 min++ je pun. Nak bergambar dengan Irma pun tak sempat sebab dia kena cepat-cepat pindah ke set lain pulak lepas tu. Rancangan tu kan berakhir pukul 10 pagi. Nak tunggu macam tak boleh sebab lepas tu terus nak rushing pergi ofis. Maklumlah minta cuti half day je pun dengan bos. 

Sebelum pergi kerja kena bersihkan make up & tukar baju. Nanti orang kata buang tebiat pulak pakai baju kurung dengan shawl pergi kerja...huhu :p

Semalam seawal pukul 3 pagi dah terbangun, sakit perut punya pasal. Pastu tido balik.Pukul 5 pagi bangun sebab alarm dah berbunyi, tapi Adam pulak nak melekat.Sampai pukul 5.15 pagi gak duk layan Adam ni. Last-last kejut husband suruh tolong tengokkan Adam. Nasib Adam ok. Baju semua dah prepare malam semalam. So, mandi, pakai foundation colorblock Secretleaf sikit , siap lilit shawl terus gerak hantar Adam ke pengasuh. Pukul 6 pagi dah gerak. Paling awal dalam sejarah. Takut jem punya pasallah ni~
Lepas hantar Adam jumpa husband kat Petronas, sebab nak dia teman. Tinggal kereta kat situ supaya tak payah nak patah balik rumah untuk pergi kerja balik. Solat subuh kat situ je. Kat rumah banyak kali pesan jangan sentuh, tak nak bukak shawl balik, bedak semua dah pakai...hehe :p

Pergi sana lalu MEX, dah dekat nak sampai KL kereta banyak dan dah start slow. Pukul 6 lebih dah jem. Nasib tak kerja KL..huhu. Sepanjang jalan nak ke area Masjid Negara tu memang kereta slow je jalan. Perut dah start sakit dah masa tu. Rasa memang tak leh nak tahan. Mane ada toilet kat higway kan. Bila dah sampai, dah park kereta hilang pulak rasa sakit. Pergi tengok bangunan Al-Hijrah. Ok, senang je dah jumpa. Masa tu awal lagi baru pukul 7.30 pagi. Pergilah breakfast dulu kat kafe sana.

Pagi tu relaks lagi la, cuma nak makan tu takut sakit perut je. Dah makan terus masuk set Assalamualaikum tu. Simple je tengok set dia. Sempoi je~

Gambar dalam hp plak, takde usb nak transfer. Sampai-sampai bagitau kehadiran kat orang yang manage time table kot. Dah dekat pukul 9 pergi make up, pastu cari toilet...huhu :p

Main redah je masa tu rasa, tak tau nak pandang mana, nak tengk kamera mana dan nak cakap macam mana...huhu~

Overall memang penrgalaman yang berharga. Rasa jugak keluar tv :p



3 comments:

  1. tahniah...!! Alhamdulillah.. hehehe.. nnt share2 gmbq na..

    ReplyDelete
  2. mmg pengalaman yg sgt berharga tu...bukan semua org dpt merasa mcm tu...
    tahniah my dear...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA