Thursday, April 3, 2014

Week 22~


Assalamualaikum~

Semalam baru lepas check up bulanan. Dahlah berat naik 5 kg, hb darah pun rendah. Semalam nurse letak satu alat untuk dengar degupan jantung baby. Memang jelas sangat jantung baby. Tak sabar nak jumpa baby ni..hehe~ :)


Semalam dengan hari ni google lah kesan-kesan kalau hb rendah. Saya copy paste kat sini ye. Saya amik kat blog ni.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

Risau je baca bila dia ada tulis jantung baby boleh berhenti berfungsi kalau hb terlalu rendah. Ini sekaligus boleh menyebabkan baby meninggal dalam kandungan. Nauzubillah, mintak jauh benda-benda macam tu. Saya ada terbaca blog sorang akak ni tadi, baby meninggal 9 bulan dalam kandungan. Sedihnya baca, dah kandung 9 bulan, sifat semua dah cukup. Tapi mungkin bukan rezeki..

Saya tak suka makan ubat-ubatan ni. Jadi saya nak cari makanan ape ang boleh naikkan hb. Nak kata banyak tu, takdelah banyak sangat. Bayam, kerang, jambu batu, daging, delima pun mungkin dapat jugak membantu naikkan hb darah.

Memang sejak akhir-akhir ni saya memang selalu jugak rasa pening-pening kalau diri lama sangat. Lagi-lagi bila ada site visit. Rasa memang macam nak pitam je rase. Memang simptom-simptom anemia rupanye. Tapi, hb darah saya takdelah rendah sangat-sangat. 10.7, ok lagi kot.

Disebabkan hb rendah, saya kena pergi klinik lagi 2 minggu ni. Patutnya kalau ok, sebulan sekali je. Adoi..seksa gak macam ni. Asyik nak kena keluar ofis je nanti macam ni.

Bila google pasal hb rendah, banyak betul blog-blog yang promote shaklee. Tapi, saya tak suka la nak makan ubat banyak-banyak ni. Kalau betul-betul tak leh nak naik lagi lepas dah usaha ni, baru saya akan fikirkan kot..huhu~

Lagipun, saya mungkin salah makan kot obimin amik susu dalam masa 2 jam lepas makan. Patutnya kan tak boleh. Harap urusan mengandung dan bersalin ni dipermudahkan. Harap semuanya dalam keadaan baik-baik aje. Insya'Allah~







17 comments:

  1. tahniah..lama x singgah sini...
    moga dipermudahkan urusan pregnant n kelahiran nanti

    ReplyDelete
  2. jga dri n kndungan baik 2 tau yana..inshaallah tak da pa2 tu..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. jaga kesihatan baik2 tau. jangan selalu berjemur bawah matahari. nanti cepat pening2 kang.. singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  4. lupa nak beritahu, sy masukkan blog awak dalam bloglist ibu mengandung 2014 saya. hehehe

    ReplyDelete
  5. Awak, hehe sheila dah 33weeks minggu ni. kat tepi sidebar tu ada semua entri berkenaan dengan pregnancy sheila. kalau awak nak cari info, boleh klik direct link situ. senang sket. hehee ~~~

    ReplyDelete
  6. HB rendah mmg bahaya dik..jaga diri baik2 ye..

    ReplyDelete
  7. Saya pun masa hamil anak kedua HB rendah..anak pertama ok je..faktor umur kot..muahahah...sampai dalam pantang pun hb rendah.runsing..sekarang ni pun kalau silap sikit je mula la hb rendah..

    jaga diri baik2 ye..

    ReplyDelete
  8. sama la kite..hb rendah...mula2 pregnant ok je...lepas alah teruk tu hb terus drop xnaik2... asyik duduk 9-10 je...makan dah macam2 tapi hb x naik2..skang try makan iberet folic + delima gulsan ngan vit c... baru jugak try ni..harap hb boleh naik minggu ni

    ReplyDelete
  9. yana kalo hb low, b4 g klinik yana makan sayur bayam..katakan yana lg 2minggu nk kena check up, smgu sblum yana g cek up makan byk² bayam, then lagi satu elakkan minum kafein dan minum teh..sblum cek la tp lepas cek nk minum xpa..

    ReplyDelete
  10. yana ,nanti email akak ye kalau nak jadi penaja..

    diana.rashid36@gmail.com

    ReplyDelete
  11. itulah kan akak. apa2 pun, akak jagalah kandungan tu. jgn bg hb rendah tau.

    ReplyDelete
  12. sabar dgn dugaan pregnant.... akk pun selalu kurang darah walaupun tak pegnen...rasa nak pitam je...kalau ada petua bule share

    ReplyDelete
  13. nanti tunjuklah gambar peyut tu.. nak jugak tgk comel mana..

    ReplyDelete
  14. Moga ok hb ye lpas ni..mmg rmai ad mslah hb time mgandung...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA