Monday, April 14, 2014

Scan 4D @ 23 weeks~


Assalamualaikum~

Orang kata masa 20 minggu ke atas ni dah sesuai sangat dah nak buat scan 4D. Lagi clear nampak sebab baby still dapat pusing-pusing dan bergerak bebas dalam perut ni. Tapi masa saya pergi 3 minggu lepas, doktor tu suruh buat masa 28 weeks aje. Rasa down pulak masa tu..huhu~

Bila baca-baca blog orang lain, diorang tulis sesuai aje masa sekarang ni. Ada jugak doktor yang bagitau 20 minggu masa terbaik untuk tengok 4D baby ni. Kiranya lepas dah buat survey, satu klinik ni aje yang tak suggest buat 4D scan masa 20 minggu. 

Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi untuk tahu macam mana rupa baby kami, selepas survey bermacam-macam tempat, akhirnya kami pergi klinik An-Nur di Durian Tunggal, Melaka. Caj yang dikenakan adalah RM90 termasuk gambar dan CD. Dalam CD ada banyak gambar dan video baby semasa tengah scan~

Klinik tu tak perlu buat tempahan. Hanya perlu datang dan daftar aje. Memang senang. Tunggu pun tak lama. Doktor perempuan melayu. Memang sesuai sangat. Sebelum tu ada gak survey tempat lain area Melaka, tapi hampa je sebab satu ni takde doktor, satu lagi klinik doktor cina lelaki.

Seronok dapat tengok muka baby dan pergerakan dia. Tapi, yang tak bestnye tak nampak muka dari depan. Dia malu la nak tunjuk muka. Last-last dia tutup muka dengan dua-dua tangan..huhu. Takpelah, next time kita cuba tengok lagi ok baby~

Masa mula-mula tengok tu, kaki dia macam buat gimnastik. Dua-dua lurus ke kepala. Risau lak saya tengok sebab fleksible sangat dia ni. Doktor kata semuanya ok. Perkembangan memang ikut weeks. Minggu 23 ni lemak masih kurang lagi pada baby, jadi muka dia nampak cengkung sikitlah. 



Baby dah cukup semua sifat, cuma masih kecik lagi aje sekarang ni. Harap semuanya berjalan lancar dan baby sentiasa dalam keadaan sihat~ :)

14 comments:

  1. masa pregnant ni bg akk image 4d ni mmg wajib la..bkn senang nk dapat imager dr dlm perut kan..kenangan tu..hehee

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. sheila scan gender baby masa 24weeks. sampai skrg dah 10weeks tak pergi scan baby. hehe rasanya baby mesti gemuk, dah banyak lemak2. hihiiii singgah menabung ford sini. jaga diri baik2 tau mommy ~~~

    ReplyDelete
  3. waaaahhh.. mmg clear sgt... semoga urusan bjalan lancar.. amin =D

    ReplyDelete
  4. Alolo..sukanya dah nampak bentuk baby dah.. =D

    ReplyDelete
  5. mmg clear btl gambar dia 4d ni yer... alololoh.. baby boy ke girl ni..

    takda tips apa pun.. cuma blog tu kalau ramai cr resepi mmg tinggi sikit uv hihihihi

    ReplyDelete
  6. alahai comelnya, dah nampak muka dia
    moga dimudahkan segalanya,insha Allah
    take care :)

    ReplyDelete
  7. Clear sangat.. Comelnyaaaaa ;D

    ReplyDelete
  8. hehehe seronok sgt kan.. mesti teruja !

    ReplyDelete
  9. Wahhh....bestnye nmpk baby clear je kan

    ReplyDelete
  10. kat sabah mahal nak buat ni...so kak MV mmg tak buat..hihi. tp baby comel lah..semoga semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  11. seronoknya dpt tgk baby kat dalam perut..

    ReplyDelete
  12. alahai cmelnya bby dlm prut..msti xsbr tgu klr kan,.

    ReplyDelete
  13. subhanallah.. nmpk jelas muka dia.. ni yg best guna scan ni..

    ReplyDelete
  14. test test. dh bertahun tak buh komen kat sini. hehehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA