Tuesday, October 8, 2013

Ponteng kerja~


Assalamualaikum~

Sejak dah kahwin ni mood untuk berblog agak kurang. Biasanya weekend lah masa nak bukak blog lama-lama. Sekarang ni disebabkan saya ni weekend wife, jadi masa tu telah diperuntukkan sepenuhnya untuk suami tersayang :p Mohon maaf banyak-banyak bagi kawan-kawan yang selalu komen sini. Saya akan pergi jugak, jangan risau tapi sikit-sikit lah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit jugak kan? hehe :)

Minggu lepas saya cuti dari Khamis sampai Isnin jumpa leonerz. Rindu sangat, padahal tak sampai dua minggu je pun tak jumpa. Mungkin sebab last week, hari Selasa besday saya yang pertama sebagai seorang isteri. Jadi haruslah saya nak suami ada di sisi kan. Masa besday, datang ofis macam biasa je kerja, takde rasa special. Normallah kan nak rasa dihargai dan disayangi masa hari jadi kita kan? Tak gedik pun kan? huhu~

Sehari lepas besday saya, saya buat keputusan untuk cuti dan pergi ke berjumpa dengan leonerz. Masa tu dah tak peduli dah, company nak pecat ke nak bagi apa ke. Kalau pecat, saya jadi suri rumah tangga je lah. (sila jangan tiru perbuatan ini) ~ :p

Leonerz tanya saya Sabtu tu nak buat apa? Saya tak kisah, duk rumah dengan dia aje pun okay aje. Tapi dia bosan, nak keluar. Selepas beberapa lama berbincang, kami buat keputusan untuk ke Mersing. Pukul 5 Jumaat tu, saya ambil dia kat ofis dan kami terus bergerak ke sana.

Leonerz ikut jalan Kluang untuk ke Mersing. Ingatkan dekat, lagi jauh kot ikut Skudai-Kluang-Mersing. Baik ikut Kota Tinggi je camtu..huhu.Pukul 9 lebih jugaklah baru sampai di Mersing. Pusing-pusing cari hotel pun dah berapa jam. Ingat nak stay kat budget hotel je maklumlah sebab ni kira percutian last minute, last-last duk hotel Havanita. Harga lebih kurang je dengan hotel budget.

Sebenarnya mula-mula nak duduk Timotel Hotel, tapi datang balik nak book bilik, habis pulak. Kami tak prefer sangat Havanita sebab ada pub bawah hotel tu. Pekerja hotel pun agak seksi, tu kata-kata dari leonerz la. Kalau Timotel hotel semua sopan pakai tudung.

macam ni lah rupa bilik kitorang~

Rasanya ni first time kot lepas kahwin pusing-pusing cari hotel untuk bermalam. Kebanyakan orang yang jaga budget hotel tu macam pandang serong je. Mungkin diorang ingat kami ni belum kahwin lagi kot. Tak pun saya ni terlalu sensitif? Tapi leonerz pun rasa camtu gak. Dahlah masa tu sijil nikah tak dapat lagi. Sijil sementara pun takde, kalau kena tangkap mesti kecoh gak kan..huhu~

Esoknya kami jalan-jalan ke Pantai Air Papan. Tak best sangatlah sebab tak berapa nak cantik. Leonerz mula-mula nak ajak pergi Tioman, tapi bila fikir panjang, budget bulan ni untuk enjoy lebih-lebih takde. Lagipun sekarang ni musim hujan. Macam rugi je la pulak kan. Sabar jelah~

Gambar kat Pantai Air Papan semua kat handphone leonerz. Tak leh nak uploadlah kat sini. Tapi dulu saya pernah pergi gak Air Papan ni. Gambar-gambar leh tengok kat entri bawah ni:

1. Aktiviti Hari Ahad
2. Air Papan
3. Guest House tengah sawah

Masa belum ada anaklah nak pergi berjalan puas-puas orang kata kan? Lepas ni next destination; Langkawi boleh? huhu~~~






p/s: harap maaf sebab kelajuan saya untuk bw sangat slow mengalahkan siput.




11 comments:

  1. Lamanya menyepi... Takpa utamakan suami dihujung minggu barulah cpt dpt baby kikikikiki

    ReplyDelete
  2. setuju, sebelum ada anak ni, nak pegi mana2 pegilah...tak ada siapa kacau.. :)

    heheheh...

    langkawi...bestt..!

    ReplyDelete
  3. mcm akk ar.. smpai sekrg honeymoon lagi..hikhik... tp x penah menolak pun kalo ada rezeki.. mmg nak pun..ramai gak yg sangka akk n hubby bkn psgn suami isteri.. bila kami dok rpt2, pegang2, pelok2 dorg pndg semcm.. hurm... mentanglah daku kecik! kahkah

    ReplyDelete
  4. jauhnye ikut skudai.. yana selalu g mersing ikut kota tinggi je.. dalam 2 jam da sampai... hehe.. knp tak dapat lg sijil kawin? bukan masa akad nikah tu lepas tu kadi akan bg surat nikah sementara ke? pejabat agama johor buat kad kawin lambat giler kot.. kene selalu follow up tau

    ReplyDelete
  5. time tak ada anak lgi lah bercuti puas2..hehe..

    ReplyDelete
  6. xdpt sijil kawen lgni yg susah kang org ingat kita ni pasangan yg xsah lg kan

    ReplyDelete
  7. aha kan..nti ada anak kena spend time cara ada ank plak..time ni kira honeymon lg lah kan :)

    ReplyDelete
  8. beznya dah kahwin..jln mna pn xyh isau kn yana..dh jadi yg halal..

    ReplyDelete
  9. saya selalu stay budget hotel..tp budget hotel yang awak pilih ni mcm ok jee

    ReplyDelete
  10. bestnya dah kawen kan.. nak gi mana2 pun senang.. takyah tinggal asing2 dah. huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA