Thursday, April 11, 2013

Stress~


Assalamualaikum~

Lama tak ada peluang nak tengok blog lama-lama. Hari ni saya cuti, jadi bolehlah nak update sekejap. Tapi tak leh nak lama-lama sangat, ada hal yang perlu diuruskan jap lagi.

Minggu ni adalah minggu yang sangat stress bagi saya. Tak tahu lah kenapa. Tapi, asyik tekanan perasaan je disebabkan bos yang tak logik. Bos yang suka marah tanpa sebab. Bos yang suka tunjuk kuasa veto. Setakat bos kecik je kot, tak payah nak tunjuk lagak sangat..huhu~

Selama tiga tahun kerja, semalam first time saya rasa stress sangat dengan bos kecik ni. Stress yang amat sampai lelah yang dah bertahun tak pernah kena datang balik. Nasib baik dapat ketua yang memahami, bagi saya balik lepas lunch semalam. 

Jadi semalam saya pergi klinik dan first time juga kena guna gas. Asyik menangis je semalam sebab stress. Bila fikir balik macam kelakar aje saya boleh stress macam ni. Tapi, saya memang dah tak leh tahanlah dengan orang macam tu. Orang yang fikir, dengan duit dan kuasa yang tak seberapa tu dapat membuatkan dia rasa berkuasa.

Memang tak leh tahanlah saya. Kalau stress kerja saya boleh tahan lagi, tapi kalau stress dengan orang?? Rasa macam nak sambung blajalah. Teringin nak jadi tenaga pengajar. Dari kecik memang cita-cita nak jadi cikgu, tapi dah besar jadi engineer pulak..huhu~

Jumpa doktor semalam, cakap kat doktor tu nak mintak MC 2 hari. Rasa tak bersedia sangat nak tengok muka bos kecik tu. Mula-mula doktor tak nak bagi sebab dia bukan jenis suka-suka bagi MC. Tapi, bila dia tahu saya tak pernah MC selama ni, dia bagi la jugak. Kesian kot tengok muka sedih saya. 

Nasib baik dapat doktor yang memahami. Dapatlah ubat lelah, sakit kepala dengan ubat buang angin semalam..huhu~

Saya tak bersedia nak datang ofis hari ni, stress tengok muka bos kecik, takut meleleh lagi air mata sebab bengang yang teramat pada dia. Serius, 3 tahun kerja ni pertama kali saya rasa macam ni. Tak tahu lah kenapa.

Sabtu ni saya ada exam PTD. Ni kali ke-3 saya amik exam ni. Malas nak amik lagi sebab asyik gagal je. Tapi, dah alang-alang hari Sabtu dan kat Melaka. Mak pun suruh cuba aje, bukan kena bayar pun. Jadi, saya akan cuba yang terbaik Sabtu ni.

Dua hari MC ni akan digunakan sengan sebaik-baiknya untuk study exam ni. Tolong doakan saya ye kawan-kawan semua. Insya'Allah, bila keadaan dah semakin tenang saya akan melawat korang sikit demi sikit. 

Tolong doakan yang terbaik untuk saya~ :)

18 comments:

  1. sabar yana..jgn stress sgt... darah tinggi nnti...huhu... biasa la tak smua bos kita akn jumpa yg baik2 je.. smua peel lain2.. apapun good luck utk exam PTD tu.. ;)

    ReplyDelete
  2. alahai ciannya yana, tp mmg kalau stress dgn org ni lain mcm sikit.. kalau blh xmoo dgr.. xmoo pandang muka org yg buat kt stress tu kan...

    ReplyDelete
  3. jgn stress2 sgt.byk an bersabar.and good luck tuk exam nnti..

    ReplyDelete
  4. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete
  5. alahai..jgn le stess2 sangat...rileks2 aje ye...semoga berjaya..:)

    ReplyDelete
  6. zaza kerap dapat bos yg sporting tp stressnya ada pekerja yg suka buli..sakit hati

    ReplyDelete
  7. Banyakkan bersabaq ye Yana..do the best for the exam..akak pun dapat gak tapi takpi kot amik exam ptd tu..

    ReplyDelete
  8. Yana, jgn stress...Yana darah manis..biasalah mcm2 dugaan kan..

    Sabar ye yana...Nur doakan Yana lulus exam tu...

    ReplyDelete
  9. sabar banyak2 k. takyah ambik pot sgt org mcm tu. good luck utk exam nanti. ;)

    ReplyDelete
  10. Gudluck 4 ur exam.. Jangan stress2 sangat.. Take care of your health too k.. =)

    ReplyDelete
  11. Insya-Allah sys, u can do it. Nanti wt yg terbaik ye untuk exam tu. Don't be stress alot.

    ReplyDelete
  12. betul tu.. stress kerja biasa je.. stress dengan orang memang buat hati tak leh tahan.. kena kuatkan mental ye..

    ReplyDelete
  13. nampak sgt stress nya tuh.. baik2 aja tau.. hmmm

    ReplyDelete
  14. yana dah ok ke..hope yana dah sihat. Jgn stress sgt dear, awk tu dah la nk kawin. linda pun bnci kalo dgn manusia mcm tu kat opis.sibuk cri slh org

    ReplyDelete
  15. jangan stress2..exam PTd pegilah..good luck baca buku malaysia kita..sejarah dan ketatanegaraan...

    ReplyDelete
  16. best of luck yana. bkn sng jugak nak dpt pluang exam ptd tu. :)

    ReplyDelete
  17. keje ptd tu lagi stress kan, btw take care moga bos kecik tu lembut hati dan berubah jadi lebih baik..amin

    ReplyDelete
  18. wah wish u luck..adik akak pn amik xm ptd last weekend :)

    dan get well soon

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA