Wednesday, July 27, 2016

Ibu = Tarzan ... ?

Assalamualaikum~

Sekarang busy sikit, nak update dan bw pun masih takde kesempatan sangat. Banyak pulak kerja minggu ni. Dengan ada 2 potluck lagi kat ofis ni. Makan je keje, sibuk makan je kot..huhu..bahaya ni!!!

Seminggu dua ni rasa macam Adam betul-betul menguji kesabaran. Tak dapat apa dia nak melalak je keje. Kelmarin memang saya tak sabar. Marah-marah macam tarzan dah. Hilang rasa malu pulak marah-marah, rumah flat kan. Mesti jiran-jiran dengar.

Semalam saya cuba sabar. Dia melalak jugak sebab saya tak nak bagi apa dia nak. Dia nak makan vit c banyak-banyak. Kan bahaya? So, saya tak bagilah, meleleh air mata nangis meraung bagai. Saya senyap je, buat tak tahu. Banyak kali dah cakap sehari sekali. Tak nak faham jugak. Daripada marah-marah jadi Tarzan baik saya buat tak tau je kan?

Bising gak la melalak. Tapi kalau saya jadi Tarzan lagi bising kan? Kalau bagi ape dia nak, nanti tak dapat je asyik nangis. Huhu..betul kan? Banyak gak baca teori pasal didik anak ni, tapi bila sampai praktikal semua teori dalam kepala lenyap T_T

Sabar, sabar dan sabarlah ye ibu-ibu sekalian.

Haritu pelik tengok Adam tetiba ketawa. Rupa-rupanya dia kelakar tengok kartun kat TV.. ;p Pandai dah ye dia~

Friday, July 22, 2016

Salam 17 Syawal~


Assalamualaikum~


Sejak sehari dua ni, awal lak saya tidur. Mungkin sebab puasa. Maklumlah banyak hari nak mengganti ni..huhu~

Pagi tadi bangun tidur, terkejut tengok rumah macam tongkang pecah. Series! Buku Grolier Adam bersepah satu rumah. Koleksi ensiklopedia dia satu tempat berselerak, Logico primo dia kat satu tempat lain pulak dengan kad-kad dalam tu bersepah dah keluar. Rajin betul adam study malam-malam T_T

Ada lebihan muruku yang saya pernah cerita dulu pun habis satu badan saya Adam tabur. Ni mesti tak puas hati punya pasal. Tak puas hati ibu tidur awal sangat. Ibu pulak tidur mati, tak sedar apa-apa langsung T_T

Ayah dia balik tengah malam, ibu dia pulak tidur. Mendapatlah kejutan bila bangun tidur. Macam manalah nak buat ibu Adam ni rajin sikit mengajar Adam malam-malam. Beli set-set buku mahal dah, tapi malasss..huuhuu..adoii..tolonglah rajin sikit. Anak pun baru sorang camne ni? Kalau dapat kembar camne lak gayanya pulak. Anak sorang pun balik kerja terbongkang macam penat sangat. :p

Tapi semalam memang banyak jalan tengah panaslah (2 kali je pun..huhu :p). Balik masak untuk buka pulak, walaupun masak macaroni simple je kan..hehe..sampai rumah lambat sebab borak dulu dengan pengasuhnya pasal. Sampai rumah pun lambatlah, tak sempat nak masak lauk2 T_T

Macam mana nak jadikan diri ni rajin??


P/S: Saya ada jual Dianz Vitamin ye. Kalau nak bagitau~
P/S: Akan datang saya akan jual stoking mesir jenama Sandy pulak. Tengah tunggu stok, kalau nak tinggalkan email ye :)

Thursday, July 21, 2016

Amalan agar dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan~

Assalamualaikum~

Harini belek-belek FB terjumpa satu post ni. Lebih kurang citer pasal menjemput rezeki:




Saya berfikir kenapa zikir Wahhab tu sangat bagus untuk menjemput rezeki. Saya Google dan jumpa maksudnya.

Ya Wahhab = Maha Pemberi
Banyak kebaikan mengamalkan zikir ni. Antaranya:
1. Menjadi kaya & terminal
2. Permintaan dimakbulkan
3. Mudah mencari pekerjaan
4. Bayar hutang dimudahkan
5. Menjauhi kelaparan
6. Dimakbulkan DOA
7. Bebaskan diri dari masalah

Sumber: SINI

Saya jugak terfikir kenapa surah Al-Waqiah tu bagus. Dari sumber SINI, ada menceritakan bahawa surah tu sangat sarat dengan hikmah.

Keistimewaan Al-Waqiah:
1. Terhindar dari sifat lalai.
2. Dijauhkan dari kekafiran
3. Mendapat cinta Allah
4. Melihat sifat penghuni syurga
5. Banyak lagi..tengok SINI.

Jadi, jom ramai-ramai amalkan. Moga kita semua dipermudahkan urusan dan dimudahkan rezeki :)

Tuesday, July 19, 2016

Kadar parking naik di KL?


Assalamualaikum~

Scroll FB, tengok blog-blog orang. Dengarnya kadar parking di KL naik sampai 150%? Betul kah?
Salah satu sumber rujukan di SINI. Menurut sumber tu, harga tu akan bermula bulan depan. Astagfirullahalazim..istigfar banyak-banyak ye sesiapa yang kerja KL tu. Saya rasa bukan sikit, ramaiii yang tak boleh menahan kemarahan bila baca kenyataan tu kan?

Alhamdulillah saya bekerja di luar KL. Boleh pergi kerja naik kereta. Pagi-pagi boleh hantar anak ke babysitter dengan tenang. Macam mana kalau saya kerja KL? Kena angkut anak naik LRT, KTM, ERL tu semua ke? Dengan anak tak cukup tidur, kena bersesak-sesak naik train pulak? Dengan beg kita, beg anak, beg bekal lagi? Fuhhhhh....saya tak tahu nak kata apa. 

Macam mana dengan orang yang kena hantar 2,3 anak ke sekolah?

Serius orang yang buat kenyataan tu tak fikir kot? Atau orang kaya yang memang ada driver hantar?

Kesian kat orang-orang yang keje KL. Tambang train pun nak >50% gak baru-baru ni kan? Macam-macam hal~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA