Friday, January 29, 2016

Menang GA wak~


Assalamualaikum~

Hari tu cuba nasib join satu GA ni. Selama join benda-benda ni memang jarang sangat nak dapat menang apa-apa. Walaupun secara rawak..huhu..tetiba masa join GA wak ni dapat pulak memang. Rezeki~ :)

Hadiahnya kalender yang mempunyai banyak gambar-gambar tangkapan wak sendiri. Hebat jugak ye skill fotografi wak ni. Banyak jugak dapat memang awards tu, jangan memain~

Cantik-cantik gambar pemandangan dalam kalendar ni. Terima kasih banyak-banyak ye wak. Sejuk mata memandang. Gambar family wak pun ada ye dalam tu? huhu~





Baru tau ada blue lake kat Masai, Johor. Nak kena terjah ni next time pergi Johor..huhu~




Tiga Lalat
klik banner ni untuk usha-usha wak~

A Postcard I Want
klik banner atas ni pulak untuk usha koleksi poskad-poskad wak dari seluruh dunia~


Kesimpulannya, terima kasih banyak-banyak untuk wak kerana sudi memilih saya untuk memenangi kalender wak ni ye. Moga dimurahkan rezeki untuk tahun ni dan akan datang. Amin~~~



12 Things That Are A Hundred Times Better With Wasabi All Over It


Wednesday, January 27, 2016

Jengka~


Assalamualaikum~

Entri sebelum ni kan saya citer saya tak tengok AJL sebab layan filem jengka kat astro..huhu. Ni nak ceritakan pulak pasal apa cerita Jengka ni. Tak kisahlah cerita ni dah lama ke kan. Saya baru tengok, so barulah boleh review...hehe~

Kalau nak tengok cerita seram kat wayang memang terima kasih je lah. Tak suka menakutkan diri sendiri. Ni tengok kat rumah pun tutup-tutup mata. Sound bagi slow..huhu. Lagi pun dengan kehadiran Adam ni, memang bye bye je lah nak tengok wayang. Tak dapatnya~

Filem ni kononnya diambil daripada pengalaman sebenar. Video rakaman pun yang sebenar punya rakaman. Cuma saya musykil kenapa rakaman sebenar watak suami isteri tu macam pelakon aje ye? Malam-malam pun memang bermekap yang si isteri. Lepas tu setiap masa boleh pegang video cam. Hmm...tak mustahil lah kot..cuma saya musykil je la sepanjang tengok cerita tu.

Kalau memang betullah video sebenar, memang seramlah. Part kena rasuk pun ada. Siap terbang kot. Yang lagi heran, last sekali 'benda' tu pulak yang pegang video cam tu. Memang celik IT ~

Filem ni pasal sorang perempuan yang lari merajuk masuk ladang kelapa sawit tengah malam. Pastu bersalin dalam tu, anak dia kena culik benda ghaib tu. So, ustaz-ustaz pun datang bantu. Bagi saya cerita menarik. Benda ghaib tu lebih kepada orang bunian kot sebab kelibat macam orang je tengok. Memang dalam video sebenar nampak gak.

Last skali dapat jumpa balik baby dia, tapi husband dia mati sebab cabar benda tu. Tak kisah sangat kot sebab husband dia main kayu tiga..huhu~

Sekarang cerita ni banyak main kat astro. Tengoklah ye~








Tuesday, January 26, 2016

Excited sangat~


Assalamualaikum~

Semalam cuti Thaipusam, tapi saya dan Adam duk melepak kat rumah je sebab husband keluar. Petang tu husband cakap, pukul 8 nanti kita keluar beli barang dapur dengan bawak Adam jenjalan. Kesian tengok Adam asyik terperap kat rumah aje. Saya nak bawak pergi taman mainan pun tak boleh, bahaya katanya. Sekarang ni macam-macam orang kat luar tu. Ikut je laaa~

Tapi, tunggu punya tunggu kul 8 lebih sikit baru husband balik rumah. Petang tu pukul 6 call tak leh nak jawab sebab busy la kononnya. Terus hilang mood nak keluar. Balik tu husband terus siapkan Adam. Suruh Adam pujuk ibu ikutlah. Macam-macamlah. Tapi saya nekad tak nak! Mogok! huhu~

Last-last, diorang dah gerak. Saya call husband. Buat-buatlah tanya kat mana dah. Dia patah balik amik saya :p

Tengah siap-siap husband wassap gambar Adam dengan caption 'ibu poyo' T_T




Kemain seronok lagi Adam senyum lebar. Habis semua gigi dia tunjuk, Suka sangatlah tu dapat keluar. Dalam kereta dah excited, pastu terus tertidur dalam kereta sebelum sampai destinasi. Dapatlah ibu dengan ayah makan dengan tenang. Adam tidur sampai ke rumah. huhu~

Rasa bersalah sangat tengok bila Adam excited sangat-sangat bila dapat keluar rumah. Tengok gambar dia senyum camtu buat lagi rasa bersalah. Kesian kat Adam T_T

Sebenarnya kalau boleh tak nak ajar sangat Adam keluar rumah. Tapi kesianlah bila tengok muka dia hepi sangat dapat jalan. Kannn??


Akhirnya rezeki sampai~


Assalamualaikum~

Saya ni dah banyak gak kot join GA, tapi rezeki selalu jauh...huhu..akhirnya selepas lama menunggu dapat gak merasa hadiah GA. Ni pun sebab takde orang yang tuntut, dengan muka tak malu mintaklah kat kak Amy Hilmirda ni..huhu~~





Dapatlah alas gelas 6 bijik dan sampel herbaplus. Dapat gak barang Ikea. Nak pergi husband selalu ngelat..huhu. Terima kasih banyak-banyak ye kak. Merasalah jugak saya. :)

AmyHilmirda
Jom terjah reramai~


Last week pun dapat tahu yang saya dapat jadi pemenang utama Wak 3 lalat gak. Waaa, rezeki datang bergolek ni. Alhamdulillah :) Dah dapat kalender tu nanti saya review ye.



9 Important Things We May Have Overlooked And Should Start Caring About In 2016






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA