Sunday, April 27, 2014

Pureen Clearance Stock at Shah Alam~


Assalamualaikum~

Hari ni baru dapat  peluang untuk buka blog. Nasib baik internet kat rumah hari ni okay aje.Sekarang ni kat ofis memang dah tak boleh nak buka blog dah. Bahagian IT dah semakin strict, semua website yang kite buka dia boleh detect. Wifi ofis sekarang ni dah block macam-macam. Whatsapp pun dah tak leh nak guna wifi dah skang ni. Komen kat blog pun tak tak boleh. Sebelum ni facebook aje kena block..huhu..redha je la sekarang ni. Pemerintahan kuku besi dari management..huhu~

Berbalik pada tajuk kali ni, untuk pengetahuan ibu-ibu dan bakal ibu-ibu kat luar sana, semalam dan hari ni ada Pureen warehouse sale di Shah Alam. Siapa yang rasa nak borong barang Pureen banyak-banyak tu pergilah ye, jangan lepaskan peluang ni. Sampai pukul 6 petang aje kalau tak silap saya. 


Saya dan leonerz memang dah lama plan nak pergi tengok clearance sale ni. Maklumlah, selama ni memang tak pernah pun pergi ke warehouse sale. Ni first time kot. Dia buka pukul 10 pagi, tapi masa kitorang sampai semalam dah pukul 10 lebih. Rasa 10 lebih tu macam awal aje lagi, tapi bila sampai aje sana kereta berderet-deret. Jem teruk. Nak parking pun kena parking jauh..huhu~

Rasanya kalau nak pergi sale macam ni kena tunggu depan pintu sebelum dia buka lagi kot. Sampai-sampai sana aje, orang bersesak-sesak. Mula-mula masuk, rasa orang berhimpit-himpit. Laki perempuan semua berebut-rebut nak beli barang. Tak sampai 5 minit, leonerz suruh keluar balik. Kitorang duk luar pagar jap makan aiskrim. Bila tengok orang dah kurang sikit, leonerz pun masuklah. Dia suruh saya tunggu luar aje, tak nak saya berhimpit-himpit dengan orang ramai kat dalam tu.

Rasa tak puas hati pun ada sebab tak dapat nak pilih barang-barang yang saya nak. Tapi, nak buat macam mana, terpaksalah mengikut arahan. Lepas dah amik macam-macam barang, dia pergi kat saya dan bagi saya bakul tu suruh pilih nak yang mana. Banyak baju newborn yang dah takde. Saya tengok kiri kanan, ramai akak-akak yang amik satu bundle baju terus pastu pilih kat tepi. Sambil tunggu leonerz pergi shopping lagi, saya pun joinlah akak-akak tu. Tengok baju mana yang dia tak nak tu, saya amiklah. Banyak sangat baju-baju yang diorang amik, tapi last-last letak tepi je. Kesian orang-orang macam saya yang tak jumpa baju. Semua dah habis diangkut oleh diorang. 

Agaknya macam ni lah cara untuk beli belah di warehouse sale ni kot. Cuaca masa tu dah la panas, takde aircond. Kipas pun tak banyak. Orang bersesak-sesak. Rasa macam tak berbaloi je pergi. Seksa rasa..huhu. Kitorang tak amik banyak sebab tak leh nak jalan sangat dalam tu. Oleh sebab leonerz pun dah malas nak merempuh orang ramai, dia ajak pergi bayar barang-barang yang kami dah amik. 

Dalam pukul 12 kot kitorang beratur, pukul 2 gak baru dapat bayar. Sejam lebih beratur untuk bayar sahaja. Masa beratur tu pun orang bersesak-sesak. Line pun tak nampak. Rasa macam nak pengsan pun ada, nasib baik kitorang line tepi. Saya dah duduk atas bakul dah masa tu. Rasa macam nak pitam aje. 

Total yang kitorang kena agak mahal gak lah. Maklumlah main amik je semua benda, tak leh nak fikir sangat dalam keadaan bersesak-sesak tu. Rasa rugilah pulak tak survey harga betul-betul, main amik aje. Tapi, dalam keadaan macam tu memang tak leh nak fikir dah. 

Lepas ni tak tahulah larat lagi ke tak nak pergi warehouse sale ni. Seksa sangat rasa. Petang tu dapat tahu kat SACC pun ada expo mom and baby, alang-alang kat sana kitorang pun pergi lah. Sini bersesak-sesak gak, tapi ok lagilah sebab dalam aircond..huhu. Bagi saya barang kat SACC ni macam lebih kurang harga kat luar aje. Sape yang nak pergi terjah tu, pergilah hari ni ye. Tak pastilah dia buka sampai pukul berapa.

Itulah pengalaman pertama saya dan leonerz tempuh untuk baby kami ni..huhu..tak tahulah sanggup ke tak nak pergi lagi sale camni. Basah baju dengan peluh aje kot. Tak selesa langsung. Next time tengok lah mood camne, lagi2 mood leonerz yang tak suka bersesak-sesak tu..huhu~

Pasni kena survey breast pump la pulak. Nak beli semalam macam awal sangat je~






Tuesday, April 15, 2014

Desa Dairy Farm, Sabah~


Assalamualaikum~

Lama dah tinggal cerita pasal Sabah. Dah tak ingat dah nak cerita apa..hehe. Layan gambar je la~

Pintu gerbang masuk~

Bayaran yang dikenakan~

Laluan sepanjang nak ke sana~

Jalan kurang elok~

Produk-produk yang dijual kat sana~

Beli 2 susu je..hehe~

Padang yang cantik~

Bunga~

Anak kambing untuk diberikan susu~

Kat sana tak banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat. Bagi kambing dengan lembu makan rumput dan minum susu aje. Kesian tengok diorang kelaparan. Memang sengaja kot management buat macam tu supaya orang yang datang kesian dan keluar duit banyak-banyak untuk beli rumput dan susu untuk bagi kat kambing dengan lembu tu..huhu~

Kundasang memang best sebab cuasa dia memang nyaman. Sejuk aje. Tenang je rasa. Udara pun tak tercemar sangat~

Kalau ada peluang pergi sana lagi, memang takkan lepas lah..hehe~

Monday, April 14, 2014

Scan 4D @ 23 weeks~


Assalamualaikum~

Orang kata masa 20 minggu ke atas ni dah sesuai sangat dah nak buat scan 4D. Lagi clear nampak sebab baby still dapat pusing-pusing dan bergerak bebas dalam perut ni. Tapi masa saya pergi 3 minggu lepas, doktor tu suruh buat masa 28 weeks aje. Rasa down pulak masa tu..huhu~

Bila baca-baca blog orang lain, diorang tulis sesuai aje masa sekarang ni. Ada jugak doktor yang bagitau 20 minggu masa terbaik untuk tengok 4D baby ni. Kiranya lepas dah buat survey, satu klinik ni aje yang tak suggest buat 4D scan masa 20 minggu. 

Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi untuk tahu macam mana rupa baby kami, selepas survey bermacam-macam tempat, akhirnya kami pergi klinik An-Nur di Durian Tunggal, Melaka. Caj yang dikenakan adalah RM90 termasuk gambar dan CD. Dalam CD ada banyak gambar dan video baby semasa tengah scan~

Klinik tu tak perlu buat tempahan. Hanya perlu datang dan daftar aje. Memang senang. Tunggu pun tak lama. Doktor perempuan melayu. Memang sesuai sangat. Sebelum tu ada gak survey tempat lain area Melaka, tapi hampa je sebab satu ni takde doktor, satu lagi klinik doktor cina lelaki.

Seronok dapat tengok muka baby dan pergerakan dia. Tapi, yang tak bestnye tak nampak muka dari depan. Dia malu la nak tunjuk muka. Last-last dia tutup muka dengan dua-dua tangan..huhu. Takpelah, next time kita cuba tengok lagi ok baby~

Masa mula-mula tengok tu, kaki dia macam buat gimnastik. Dua-dua lurus ke kepala. Risau lak saya tengok sebab fleksible sangat dia ni. Doktor kata semuanya ok. Perkembangan memang ikut weeks. Minggu 23 ni lemak masih kurang lagi pada baby, jadi muka dia nampak cengkung sikitlah. 



Baby dah cukup semua sifat, cuma masih kecik lagi aje sekarang ni. Harap semuanya berjalan lancar dan baby sentiasa dalam keadaan sihat~ :)

Thursday, April 10, 2014

Interview SPA~


Assalamualaikum~

Sekejap je rasa dah nak masuk enam bulan dah baby dalam perut ni. Perut still tak nampak besar sangat lagi. Orang kata anak first, biasanya memang lambat nampak perut ni. Tak tahu lah betul ke tak tu~

Sekarang ni kat ofis, rasa malas sangat untuk bekerja. Kerja pun sekarang ni kurang sikit, buatkan saya lagi malass. Bahaya betul penyakit M ni. Rasa macam nak tukar kerja baru je. Tapi, siapalah yang nak amik orang mengandung kerja kan. Nak jadi suri rumah tak leh, rasanya kewangan masih tak stabil..huhu~

Sekarang ni kena bertahan. Bertahan sampai cuti bersalin, baru dapat cuti 2 bulan. Leh duduk lama sikit dengan leonerz..hehe. Bulan lepas ada pergi interview SPA. Harap sangat dapat. Itu dah kira 3 kali dah saya pernah pergi interview SPA. Exam pun dah 3 kali kot tak silap. Belum ada rezeki lagi. Don't give up~


Saya harap sangat dapat cepat-cepat duduk sama dengan leonerz. Duk jauh dengan cuti weekend yang tak sama ni memang sangat memenatkan dan membazirkan masa dan duit. Rasa-rasanya sebulan boleh habis lebih RM500 untuk jumpa je. Seksa rasa~

Apalah leonerz tgh buat skang ni~

Bercerita pasal interview SPA hari tu. Saya dapat ketua panel namanya Tuan Haji Sumali. Sesiapa yang dapat dengan dia, kena bersiap sedialah dengan pengetahuan ilmu agama yang tinggi okay. Antara soalan yang beliau tanya; dalam ayat mana ada disebut pasal etika kerja yang baik?, Ayat mana ada sebut pasal sabar?, Apa kaitan bidang saya minta ni dengan ayat dalam Quran? huhu..mencabar tak soklan-soklan tu? Ada satu masa tu, dia suruh terjemah lak surah yang demi masa tu. Masa tu kan tengah gelabah, manalah nak ingat sangat..huhu~

Pastu satu lagi, beliau ni akan tengok semua subjek yang kita amik dalam tanskrip tu dan kaitkan dengan penggunaan dalam kehidupan. Masa tu saya kena tanya pasal Pengenalan Kaunseling. Nasib leh jawab. Dah berapa tahun dah kot tinggal subjek tu. Saya grad pun dah dekat 4 tahun..huhu~

Ada jugak orang sebelum saya ni kena soal pasal sifat-sifat nabi. Saya masa tu orang second last masuk untuk sesi tu, setiap kali orang keluar je saya tanya soklan cepu mas ape yang ditanya. Soklan diorang macam agak susah jugak lah. Bila turn saya, saya rasa soklan teknikal masih okay lagi. Cuma sayang betul saya boleh blur pasal generasi x dengan generasi y. Tak teringat langsung pe tu..huhu. Sayang sangat. 

Untuk pengetahuan korang yang nak diinterview oleh Tuan Haji Sumali ni, masa saya diinterview oleh beliau, takde langsung soklan kenegaraan. Nasib baik..huhu..saya memang ada hafal macam-macam, tapi takde keyakinan gak kalau ditanya soklan-soklan tu~

So, sesiapa yang nak pergi interview tu, Good Luck!Doakan saya jugak okay :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA