Saturday, August 5, 2017

Czer kali ke-2 : Hari ke-18 Berpantang~


Assalamualaikum~

Kalau nak diingatkan pengalaman pertama kena czer berbeza sangat dengan pengalaman kedua ni. Saya rasa kali ni rasa dia lagi sakit dari yang first tu. Orang kata sebab ni dah kali kedua kena operate sebab tu mungkin rasa sakit lagi. Operate pun kat tempat parut yang sama. Jadinya, luka parut baru dengan lama tu macam berlapis. 

Kali pertama parut saya elok je, senang nak jaga. Tapi parut kali ni, agak menakutkan sebab ada certain tempat luka tu macam berlapis. Hari pertama lepas operate tu memang doktor suruh baring je jangan gerak. Malam sikit baru dia suruh try duduk supaya darah mengalir. Kalau dulu, tengah hari nurse dah suruh pergi toilet sendiri mandi...huhu..beza sangat rasa dulu dengan sekarang. Adakah sebab hospital lain atau prosedur dah berubah ?

Nak pergi tengok anak kena tunggu husband datang bawak wheelchair. Tu pun hari kedua baru dapat tengok baby. Kesian kena tinggal sorang-sorang lima hari dalam NICU. Saya hari ketiga lepas bersalin dah boleh discaj, tapi balik tanpa baby la. Ada orang kata duduk je la dalam wad, tapi duk dalam wad pun still tak leh nak gerak tanpa husband sebab operate, lepas tu jauh. Wad level 5, anak kat level 2. Baik saya ikut husband balik rumah je. Tapi hari-hari kena ulang-alik tengok baby dan bagi susu. Sebab banyak sangat gerak kot, luka saya ada yang tertanggal kuping dia sikit dan berair je. Seram rasa. Takut pun ada. Sebab ada dengar kes kena operate balik. Takut ooo. 

Ahad malam NICU call bagitau boleh amik anak. Rushing terus ke hospital sebab kena amik sebelum pukul 10 malam. Lega rasa anak dah boleh keluar. Tak sanggup tengok semua tangan & kaki kena cucuk, Lebam-lebam tangan dia. T_T. Esoknya husband pergi report kat KK yang saya dah bersalin dan pagi tu nurse datang melawat. Nurse suruh datang klinik petang tu cek kuning anak dan luka saya sebab berair. Baby memang ada kuning dalam 107, lepas 5 hari kena datang cek balik. saya pulak doktor kata luka ok, cuma kena buat dressing wound. Lepas doktor cek, nurse tolong buatkan dressing sambil ajar caranya. Nasib baik ada mak mertua, boleh minta tolong buatkan kat rumah nanti. Buat sendiri memang tak boleh, tak nampak. Serius! Time kasih banyak ma sebab duduk tolong jaga dua minggu ni. Baru balik kampung balik dua hari lepas dengan adik ipar.

Eh, lupa nak cerita pengalaman dalam bilik operate. Masa Adam dulu bilik operate sangat-sangat sejuk. Yang kali ni tak berapa nak sejuk sangat, suhu biasa je. Semua pun perempuan yang handle. Hebat jugaklah diorang. Cuma kali ni saya rasa bius spine tu macam tak berkesan sangat. Masa Adam saya sedar 100% dan memang tak rasa apa, cuma masa dia nak keluarkan baby je rasa senak sikit, Yang kali ni, saya siap boleh gerakkan kaki. Terasa sayup-sayup perut kena godek. Sebabkan saya rasa mungkin dia tambah bius gas tu kot. Memang rasa macam mamai sangat. Rasa sakit tu ada, tapi tak boleh nak bagi reaksi. Doktor bius duk kat bahagian kepala cakap apa entah. Sebab saya asyik gerakkan kaki. 

Rasanya operate kali ni trauma kalau nak dibandingkan dengan yang first. Dengar gak diorang cakap belakang rahim dah ada lekatan dari operation sebelum ni, jadi susah sikit. Pastu saya dengar diorang kira-kira apa entah sebab memang tak nampak, tutup dengan selimut jadi macam tirai. Saya doa agar semua selamat je. 

Pukul 4 lebih pagi keluar dari wad operation, husband datang. Dia dah tengok baby dan iqamatkan. Alhamdulillah, tapi masa tu saya masih mamai. Macam orang mabuk pun ada. Minta husband stand by plastik takut muntah sebab masa Adam muntah banyak gak. Dalam setengah jam, baru diorang tolak saya ke wad. Husband tolong pindahkan sekali saya ke katil wad. Lepas tu dia kena keluar sebab bukan waktu melawat. So, memang terbaring je la saya dengan tak tahu keadaan macam apa entah. Tudung pun larat tak larat je main sarung, tak tau apa rupa. Tengah hari baru husband datang time melawat. Tak boleh makan apa-apa lagi hari pertama sebab takut muntah. Nurse bagi makan tapi dia kata roti je dulu. 

Overall, operation kali ni lagi sakit dan trauma dari yang first. Lagi-lagi dengar dia kata spine fail. Wallahualam lah apa maksud dia. Lepas ni memang confirm kalau mengandung kena operate lagi. Cuba hospital lain pulak lah kot? Saya tak mengurut lagi ni. Siapa tahu orang yang boleh urut area Dengkil?

Syukur walau trauma dan sakit , sekarang ni dah semakin baik. Tetiap hari makan selar bakar dengan ulam pegaga je..huhu..semalam baru merasa kuah singgang. Bertahanlah ye sampai habis pantang. Tak lama dah ni. Dah habis pantang nanti pun makan kena jaga sebab baby menyusu kan. huhu~~

Comel sangat baby girl ni. Kulit putih merah, ikut siapalah agaknya. Nurse tanya masa pergi KK haritu..huhu..mentang-mentang saya tak putih kan~ :p 

Monday, July 31, 2017

3rd Pregnancy: Berakhir Sudah~


Assalamualaikum~

Baby kali ni lahir lebih 40 minggu. Adam dulu awal 4 hari. Tapi dua-dua awal pagi. Adam 2 lebih pagi, baby ni pulak 3 lebih pagi. Husband kata baguslah, time macam tu orang tak ramai sangat lalu-lalang, aurat terjaga sikit katanya.  Wallahualam. Tak tahu betul atau just nak sedapkan hati ni je.

Kelahiran kali dimulakan dengan air ketuban leaking. Sama macam masa adam dulu. Air ketuban leaking sebenarnya agak berisiko terkena jangkitan kuman tau. Memang boleh relaks-relaks lagi sebab air keluar sikit-sikit dan rasa sakit masih takde lagi. Pukul 7 pagi hari selasa 18 Julai 2017 bermula leaking. Sempat relaks, makan kit kat pastu hantar Adam kat pengasuh, pastu pergi singgah makan roti canai jap sebab tahu dah bersalin jangan harap dapat makan benda-benda tu dalam masa terdekat kan.

Masa tu fikir, akhirnya nak keluar pun baby ni. Ingatkan kena tunggu tarikh akhir doktor bagi 24 Julai serah diri kalau takde apa-apa tanda. Pukul 10 lebih pagi sampai ke wad bersalin Hospital Serdang. Saya target untuk cuba bersalin kat sini sebab maklumlah hospital baru gak lah kan. Malangnya wad penuh. Pukul 5 lebih nurse panggil tanye nak tak amik second class. Sebab tu je yang ada kosong. Saya pelik jugak kenapa dia offer kat saya. Orang yang tunggu lagi lama dari saya tak dioffer pulak. 

Disebabkan dah lama sangat menunggu kat kerusi dari pagi, saya tanya husband dan dia suruh amik je 2nd class tu. Pukul 7 malam, saya selamat mendapatkan katil dan akhirnya dapat berbaring. Second class ada 4 katil satu bilik dan berhawa dingin. Malangnya saya tak sempat merasa nikmat tidur malam tu sebab contraction dah start datang dengan kerap dan boleh tahan seksa jugak menahan sakit tu. Rasanya satu bilik dengar tercungap-cungap  amik nafas untuk kurangkan sakit kononnya. Tunggu nurse buat round malam tu dan inform dia yang saya rasa sakit sangat dah. 

Diorang check CTG dan VE. VE dah 3 cm dan badan saya dah start nak demam. 37.7 celcius. Demam tu tanda-tanda infection. Tengah malam tu nurse tolak saya dengan wheelchair ke labour room. Katanya contraction kuat, dan dah 3 cm. Dia suruh call husband standby. Nasib baik Adam memang dah standby kat rumah babysitter. Tak tahu nak harap kat siapa time macam ni. Masuk je dalam labour room, tak lama lepas tu husband masuk. Bacaan CTG macam tak elok, doktor kata jantung baby laju, bilangan sel darah putih tinggi. Tak lama pun saya duduk dalam labour room tu. 

Doktor advise emergency ceaser sebab takut effect kat baby. Masa tu tengah sakit, kalau fikirkan memang nak cepat-cepat baby keluar. Tapi sebenarnya saya target nak normal kali ni. Takde rezeki nak anak banyak agaknye. Bila first dan second dah ceaser, third memang kena ceaser jugak lah. Sedih jugak rasa, tapi tu semua rezeki Allah. Fikir positif je. Kalau nak baby selamat, better operate. Husband pun redha je time tu. Dia sendiri tengok sakit macam mana tahan contraction tu. Tak dapat jugak bersalin bertemankan husband T_T

Lepas sign beberapa surat yang saya sendiri tak sempat nak baca, diorang tolak saya ke operation room. Pukul 3 pagi macam tu nak kena bedah. Tengok doktor ramai menguap. Seriau rasa. 

Next entri saya cerita pengalaman kena operate ye. Lain sangat macam yang first operate. Trauma plak bila teringat. Harini baru hari ke-13 bersalin. Doakan saya dapat berpantang dengan baik ye kawan-kawan :)


Sunday, July 16, 2017

3rd Pregnancy: 40 weeks sudah~


Assalamualaikum~


Semalam, 15 Julai 2017 sepatutnya due date baby ni. Tapi baby masih tak nak keluar nampaknya. Best sangat kot duduk dalam perut ni. Scan Khamis baru ni berat dah 3.3kg. Debar pulak rasa. Adam dulu masa keluar 2.65 kg je, tu pun caeser. Baby kali ni macam mana agaknya dia nak keluar. Ikut macam abang dia atau normal ye agaknya. Perut makin besar dah rasa ni. 

Tarikh last adalah 24 Julai 2017. Kalau baby ni masih tak nak keluar, saya kena serah diri sendirilah kat hospital. Tak tahu nak cakap apa perasaan ni. Harap dimudahkan dan semua selamat je lah. Sekarang stand by kat rumah je. Cuti 60 hari bermula 17 Julai 2017 ni..huhu~

Nak pergi ofis pun dah tak larat rasa nak bawak perut ni. Dengan kawasan kerja yang luar, dari parking ke ofis pun dah mengah rasa. Kaki bengkak sebab jalan jauh kot. Hari tu cuti satu hari, surut pulak bengkak sikit. Maknanya memang banyak jalan akan menyebabkan kaki bengkaklah agak nye kot.

Dah kena start google resepi pantang ni, nak mintak husband tolong stand by buatkan nanti..hehe~ :p

Wednesday, July 5, 2017

3rd Pregnancy: 38 minggu sudah~


Assalamualaikum~


Lama cuti raya blog ni ye? Terima kasih E'in yang rajin tegur dan jalan-jalan sini walau tak berupdate lagi..hehe~ :) Hari tu cuti raya seminggu lebih jugak. Isnin baru ni baru masuk kerja balik. Minggu depan kalau baby tak keluar lagi last week kerja la kot, insyaAllah. 

Kerja swasta cuti maternity hanya tepat-tepat 60 hari termasuk Sabtu Ahad dan public holiday. Jadi nak tak nak memang tak boleh cuti awal untuk rehat walau tengah sarat sangat rasa dah sekarang ni. T_T. Boleh tak nak minta MC seminggu sebelum due? huhu

Seminggu lebih sebelum raya kaki memang dah kembang sangat. Sampai sekarang masih tak surut. Serius macam kaki gajah dah tengok. Nak bengkok untuk duduk masa solat pun susah sekarang sebab bengkak sangat. 

Check up sekarang pun seminggu sekali. Harini ada check up lagi kat KK. Nak bersalin kat mana pun masih berbelah bahagi, maklumlah google sana sini, pengalaman orang bermacam-macam. Kalau nak standby kat kampung Melaka, susah jugak sebab mak kerja. Nanti takkan nak kena pergi hospital sorang-sorang. Dengan Adam lagi. So, saya decide better ada husband la di sisi. Dah kawtim dengan pengasuh jugak kalau tetiba malam nak bersalin memang nak mtk tlg dia jagakan Adam. Nak husband teman dalam labour room kan kalau boleh. First kena czer, so memang takde pengalaman pun bersalin berteman. Nangis sorang-sorang jelah dalam operation room dulu..huhu~

Kali ni doktor cakap ada 70-80% chances untuk normal. Kira VBAC la orang panggil. Vaginal birth after caeser. Tapi kalau contraction skala 8 dan lebih certain hours, nak tak nak memang kena czer jugak sebab risiko atas rahim. Sekarang ni saya tawakal je lah. Doa urusan bersalin dimudahkan dan semuanya selamat. Saya tak berani nak berharap yang lain-lain sangat. Syukur sangat dah kalau semua selamat. 

Kalini harap tak lupa bekalan untuk masuk hospitallah. Masa Adam power bank & charger pun tak teringat. Kurma & air pun tak teringat. Sebab tu takde tenaga kot. Debar gak nak tunggu baby ni keluar. Adam dulu seminggu awal. Baby ni tak tahulah lambat ke awal. Doktor bagi delay sampai seminggu kalau masih takde tanda pape. Harap semua selamat dan dimudahkan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA