Wednesday, August 23, 2017

Antara bersalin normal dan czer~


Assalamualaikum~

Saje terasa nak mengulas pasal cara bersalin ni. Tapi saya takde pengalaman bersalin normal dan tak akan dapat merasa normal dah. Sebabnya dah 2 kali czer. So, maknanya anak  saya adalah terhad. Tak tahu nak rasa apa. Mungkin saya tak mampu kot nak ada ramai anak. Adik beradik saya 6 orang, jadi rasa cam tak best sikitlah kan bila kena rancang..hehe

Ada orang kata setiap orang lain-lain sakit dia. Mungkin betullah kan. ada orang tu senang je bersalin. Saya first kena induce, 3 cm pun dah macam apa dah sakit dia. Tak tertahannn. Yang ke-2 ni tak kena induce, tapi sakit contraction dia memang tak leh tahan walaupun baru 3cm T_T. Kalau czer kejap je, setel. Cuma nak menjaga lepas tu lah sakit sikit.Lagi-lagi bila dah kali ke-2 kena potong kat tempat yang sama. Parut dia jadi berlapis. 

Perbezaan antara Hospital Melaka (3 tahun lepas) dan Serdang (tahun ni):

Bilik operation: 
Hospital Melaka sangat sejuk sampai mengigil. Tekanan darah pun asyik tak dapat detect sebab gigil teruk..huhu.
Hospital Serdang pulak tak rasa macam ada air cond pun. Suam-suam bilik dia.
p/s: Setahu saya bilik operation kena suhu sejuk. Hmm...

Bilik bersalin:
Hospital Melaka ada TV dalam bilik bersalin. Walaupun hospital lama, fasiliti masih ok lagi.
Hospital Serdang fasiliti lagi baru, tapi takde TV.

Dewan Bersalin:
Dua-dua sama je, kena tunggu lama. Lebih kuranglah sebab hospital kerajaan. Cuma hospital serdang saya terpaksa ambil second class sebab tersangat full & katil kosong kat third class takde langsung T_T. Czer kotttt...agak mahal jugaklah. RM 600++ untuk dari Selasa malam sampai Jumaat. Baby pulak kena tahan 5 hari kat NICU kena RM50++.
Dulu hospital Melaka, 3rd class czer dalam RM 200++.

Wad:
Tak boleh nak compare sebab duk lain kelas. Hospital Melaka walaupun 3rd class, ok je. Selesa. Boleh borak-borak sebab ramai. Husband boleh datang masa melawat je. 2nd class pun sama je waktu melawat je husband boleh datang.
Cuma 2nd class ada aircond. 3rd class di Serdang macam agak sesak lagi kalau nak dibandingkan dengan Melaka.

Walaupun gap bersalin czer hanya 3 tahun, prosedur berubah. Dulu kena tahan 5 hari kat wad sebab kena cucuk ubat cair darah 5 hari. Sekarang 3 hari je kat wad, tapi kena bawak balik ubat cair darah cucuk sendiri untuk 10 hari. Baby dulu 3 hari je kena on antibiotik, kali ni kena 5 hari antibiotik. Terbalik pulak kan..

Saya selalu doa urusan bersalin dimudahkan, agaknya bagi saya czerlah yang terbaik dan mudah kot..huhu..sekarang please on family planning..hehe~ Nak amik apa? injection ke IUD??

Cuba advise sikit. Dulu saya pernah amik suntikan. Oklah cuma period panjangggg....hmm..

4 comments:

  1. setiap cara bersalin tu sama ada normal atau czer tetap ada kelebihan tersendirikan tak boleh nak dibandingkan, bagi akak yang dah biasa normal ni memang takutlah kalau nak kena czer memang setiap kali pun berdoa nak normal je walaupun sakit contraction tu memang tak dapat nak digambarkan macamamana rasa sakitnya tu kan

    akak pakai implan je ni ha untuk 3 tahun sebab malas nak makan ubat dan suntikan tu pulak malas sebab nak pergi cucuk setiap 3 bulan hehehe

    ReplyDelete
  2. implan tu dia toreh sikit je kulit dekat bawah lengan nih lepas tu masukkan implan tu, rupa dan panjang implan tu macam putik kapas yang korek telinga tu je, sekejap je proses masukkan implan tu tak rasa sakit pun sebab dokte bius dulu. kalau nak boleh pergi lppkn buat dekat situ murah sikit kalau hospital biasa akak tak pasti pulak macammana

    akak belum keluarkan lagi tahun depan baru keluarkan.

    ReplyDelete
  3. Hospital Melaka walaupun hospital lama tapi not bad juga Kan.. mama x penah guna planning so kena Tanya org lain lah hihii

    ReplyDelete
  4. is pun takut dengaq czer ni, doa normal ja setiap kali, tapi lain orang lain pandangan dia, yang penting selamat keduanya, dipermudahkan urusan - in syaa Allah =)

    is amik implan jugak untuk 3tahun =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA