Friday, April 7, 2017

Adam 2 tahun 8 bulan~


Assalamualaikum~

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 3 tahun dah Adam ni. Belum start potty training lagi, jangan tanya kenapa T_T. Penyakit malas memang sangat hebat  melanda...huhu~

Potty training equipment untuk duduk di toilet seat dah lama beli, tapi Adam masih tak tahu nak gunakan benda tu. Bila duduk kat situ dia masih ingat nak mandi. Sebab dulu suruh dia buang air, tapi lama sangat tunggu saya terus mandikan je dia. Sekali dua je pun buat camtu dulu, tapi tu yang dia ingat sampai sekarang T_T.

Kelmarin, lepas membuang dalam pampers dia lambat baru nak pergi cuci sebab dia sibuk nak main HP. Gaya dia kalau nak membuang, dia akan baring tengah rumah atas lantai. Pastu suruh orang jangan datang dekat. Tahu ye busuk..hehe. 

Al-kisahnya semalam lepas dah cuci, bau macam ada lagi. Masa tu belum pakai baju semua, dia lari-lari keliling husband. Husband tegur bau busuk lagi. Saya check, memang masih ada bau. So, ajaklah Adam masuk toilet balik. Masa tu dah malam, badan pun cam malas kot. Tapi rasa macam dah sental habis dah masa first cuci tu. 

Masuk dalam toilet, Adam pergi kat baldi amik gayung mandi. Basuh kepala dia. Agaknya sebab dia dengar ayah dia cakap dia busuk, terasa kot? Sebab dari cara dia nampak cam dia betul-betul nak hilangkan busuk tu. Dia fikir kena mandilah kot baru wangi. Boleh tahan sensitif jugak Adam ni. Kelakar pulak tengok. 

Semalam ada terbaca pasal kisah omputih kehilangan anak lelaki 4 tahun sebab kanser. Sayu bila teringat anak sendiri. Jangan terlalu busy untuk melayan anak sebab kalau satu hari nanti anak kita takde, kita akan menyesal sangat. T_T

So, memang set minda dari sekarang. Kat rumah kurangkan HP dan lebihkan layan anak-anak. Adam pun memang suka dapat perhatian. Rasanya kalau adik dah keluar, adik yang kena mengalah kot. :p

Saja bagi try aiskrim biskut. Tapi dia tak minat, siap minta belikan aiskim lain. Memang takla nak layan ye~~~ :p

4 comments:

  1. Bagus Adam ni, kocik2 dah pentingkan kebersihan. Lepas dengar ayah dia cakap pasal busuk tu, terus dia mandi. Kihkihkih, lawak juga Adam ni :p

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Good luck for your Adam ya ;) tips pt, mak ayah kena banyak bersabar hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak byk sabarlah tak start lg ni..hehe

      Delete
  3. Semoga berjaya dengan potty training.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA