Tuesday, April 12, 2016

Adam Setahun 8 Bulan: Pandainye dia~

Assalamualaikum~

Semalam rajin nak buat pisang goreng. Walaupun tak menjadi, tapi ok la..lepas tekak nak rasa..hehe~

Sibuk bancuh tepung, budak Adam tu pun sibuk nak tolong. Semalam fefeling mood rajin, jadi bagilah Adam main dengan tepung dalam mangkuk besar. Suka dia dapat main.

Main-main, pastu tumpah. Habis lantai dapur tu. Dapur kecik je pun, habislah satu dapur tu. Dah tumpah pandai pulak dia kibas-kibas karpet kecik tu. Cerdik sangat. Nama pun ada zahin (cerdik)~



Pastu pergi bawak ke depan pulak. Pastu pergi bawak atas toto depan TV plak. Memang ibu dia terus amik simpanla tepung tu. Dah besar sangat kawasan nak kena bersihkan lak nanti~

Nasib baik ayah Adam balik awal, tolong cuci pinggan mangkuk kat dapur. Dapatlah ibu Adam vakum + mop rumah..huhu. Kalau ibu sibuk kat dapur memang tak la nak vakum+mop. Tak larat~~~ :p

Untunglah ada orang tolong kan..Adam bila nak start tolong betul-betul ni.

3 comments:

  1. adoi. x sanggup aida bagi ijat main tepung.
    takut jadi gitu la :)

    ReplyDelete
  2. hehehehe mcm mcm peel anak kan, nk marah pun sbr jelah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA