Wednesday, December 9, 2015

Weekend di Pantai Morib~


Assalamualaikum~

Sabtu baru-baru ni, saya dan husband bawak anak dan adik-adik dia pergi menghabiskan masa terluang di Pantai Morib. Dah seminggu adik-adik dia ada kat rumah. Kitorang kerja asyik terperap je dalam rumah. Kesian memang kesian, tapi sekali keluar....amik kau. Beratus sehari habis. Dah berapa hari dah keluar bawak jenjalan. Sepuluh hari mau habis RM1000++ gak tu..huhu. Dahlah akhir-akhir tahun ni banyak pulak hutang nak dibayar. 

Nak buat camne, redhoooo je lah. Budak-budak. Manalah nak faham krisis kewangan zaman sekarang. Dengan Malaysia dah jadi macam apa entah skang ni. Geram pulak rasa dengan semua kenaikan harga barang. Stress!

So, Sabtu hari tu fikir lah nak bawak pergi mana yang boleh bajet-bajet...huhu. Kitorang decide pergi Pantai Morib. Sejam jugak rasanya nak pergi sana. On the way tu singgah tengok Tadom Hills sekejap. Nanti saya share yang tu ye :)

Sampai Pantai Morib dalam tengah hari. Memang ada karnival weekend tu. Banyaklah booth-booth jualan kat sana. Meriah jugak tengok. Ada jugak roller blade RM10. Lama dah cari yang tu. Area Putrajaya dah takde benda tu. Berapa malam dah pusing Putrajaya tak jumpa-jumpa. Kenapa ye?

Memang puaslah adik ipar yang dah lama mengidam nak main tu. Sampai petang duk melepak kat Pantai Morib, nasib baik ada surau kat sana. Adik ipar lagi sorang main layang-layang. Adam pulak dapatlah mainan kapal terbang yang  tolak ada bunyi tu. Semua dapat bahagian masing-masing. 




Banyak sangat mainan jual. Adam sampai merengek-rengek nak mainan lain. Kena pujuk lagi. Nasib baik ada belon besar ni. Agak mahal jugak, RM5 untuk satu mangkuk kecil dengan pemegang untuk keluarkan belon tu. Tu yang paling murahlah kitorang amik. Ada tu sampai RM15. Telan air liur dengar..huhu..untunglah meniaga belon ni. Modal kena tukar air sabun je lah. Lain-lain dia sewa je tu semua.










Seronok tengok diorang seronok. Ingat nak puas dah. Esoknye tanya nak pergi mana pulak...huhu..telan liur lagilah. Nak jawab pe kat budak-budak ni. Maklumlah cuti sekolah kan. Nak enjoy je lah yang diorang fikir. Kena cari kedai roller blades yang murah lah kot. Hari cuti bawak pergi taman, mainlah puas-puas kan..huhu..mana nak cari kedai murah tu ye??  Tapi tak nak lah barang-barang seludup kan. Banyak kesan-kesan buruk barang seludup ni >>Kesan buruk barang  seludup pada kita<<


11 comments:

  1. kan..kan...mahal jugak...
    Next time kita bawak sabun je dr umah..hihi

    ReplyDelete
  2. best pulak tengok layang2 tuh. zaman kecik2 je main.

    ReplyDelete
  3. Seronok bawak anak2 berjalan tapi yang tak syoknya berlaku ketirisan pada dompet.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  4. Yelah....dah namanya pun budak budak mesti diaorang nak berjalan, gitulah kalau jadi abang atau kakak ipar YL hihi....
    Tulah mmg stress tengok semua barang pun naik.... Yg tukang naikkan tu sensng jer kan huhu

    ReplyDelete
  5. Yelah....dah namanya pun budak budak mesti diaorang nak berjalan, gitulah kalau jadi abang atau kakak ipar YL hihi....
    Tulah mmg stress tengok semua barang pun naik.... Yg tukang naikkan tu sensng jer kan huhu

    ReplyDelete
  6. pernah smpai sini sekali je dlu hikhik sbb pegi gold coast morib tu tp akk pusing naik kete ke..tak turun pun hihi

    ReplyDelete
  7. zaman sekarang semua mahal.. jual buih sabun pun boleh hidup. Sebab semua benda jadi ada harga

    ReplyDelete
  8. makan angin mcm ni memang best
    suka tengok layang2 tu

    ReplyDelete
  9. Tak pernah sampai lagi pantai morid ni..nampak cantik nyaman damai je..

    ReplyDelete
  10. aida pernah sampai sini tau yana :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA