Wednesday, March 19, 2014

Sabah~


Assalamualaikum~

Awal bulan 2 hari tu saya dengan leonerz pergi Sabah. Kitorang pergi tak lama pun, 3 hari 2 malam je. Hari terakhir pun flight kul 11 pagi. Semuanya dalam keadaan rushing. Nama pun ekspress kan, jadinya memang tak sempat langsung nak jumpa Kak Aima dengan MV..huhu..menjawab pertanyaan sis Deqla..hehe~

Bertolak hari Jumaat, flight jam 7.40 pagi kot tak silap. Gerak dari Putrajaya lepas Subuh, ERL jam 6.30 ke 6.45 pagi baru ada, memang kelam kabut. Sampai-sampai je KLIA, dah dekat jam 7.30 pagi. Beg dah tak boleh check in. Nasib baik beg kecik je, sumbat dalam kabin atas tempat duduk tu je..huhu~

Nak pergi ke Gate pun rushing. Kalau boleh rasa nak lari je. Dahlah jauh nak kena pergi ke gate tu. Leonerz boleh relaks-relaks lagi masa tu. Saya dah membebel dah, tak naklah tiket flight burn. Risau betul masa tu.Nasib baik dah dekat pintu gate, dia bagi announcement gate tu akan ditutup lagi 5-10 minit. Nasib baik gak gate yang betul. Haru je rase..huhu~

Sampai KK dekat-dekat pukul 11 pagi. Terus call orang kereta sewa untuk ambil kereta sewa. Semuanya kena rushing sebab kitorang plan untuk ke Kundasang terus. Masa memang sangat-sangat suntuk. Pergi Kundasang pun guna Waze je..huhu..nasib baik sampai. Tapi tak jumpa lak rumah terbalik on the way ke Kinabalu Pine Resort tu..huhu~

Gambar masa hari pertama takde la pulak. Tepek gambar hari ke-2 kat Kinabalu Pine Resort aje lah okay? Malam pertama kat sana sebenarnya leonerz ajak makan candle light dinner. Betul-betul nak mood honeymoon tu. Saya ingat dia memain je..huhu~

Malangnya, petang tu masuk bilik, baring2 terus tertidur sampai ke jam 10 malam. Restoran dia dah tutup. Terlepas peluang saya untuk rasa candle light dinner tu..huhu..tak pernah lagi rase~

Last-last pergi cari kedai makan kat luar je untuk isi perut yang kelaparan~


Bilik kitorang & kereta sewa~

Gunung Kinabalu di sebalik awan~

Overall, duduk kat Kinabalu Pine Resort ni memang best. Tapi, sayangnya dapat duk sana 1 malam je. Esoknya dah rushing nak ke KK semula sebab flight pagi Ahad..huhu. Rasa macam nak pergi lagi je, tapi nak duk lama  sikit. Tenang je rasa kat sana, dengan cuaca yang nyamannya lagi. Memang best!


Tepi jalan sepanjang Kundasang tu banyak gerai-gerai jual makanan, buah dan bunga. Saya memain je dengan leonerz cakap nak bunga. Sekali dia bagi betul-betul. Masa tu kononnya dia suruh saya tunggu kat kereta sebab nak pergi beli keropok ikan lagi. Kat area situ banyak habuk, jadi dia paksa saya tunggu dalam kereta je.

Balik-balik, tengok dia bawak balik keropok dengan bunga sekuntum..hehe..cam romantik lak. Bukan selalu nak dapat bunga ni..hehe~

Tempat lain yang kitorang pergi sambung next entri je la eh~ :)




11 comments:

  1. eh eh. tetiba Tedi rasa mcm nak citer pasal KK juga... Tedi tidur Kundasang kira sehari.. dapatla tengok gunung Kinabalu xde awan, kena tengok awal2 pagi.

    ReplyDelete
  2. syoknye..de planning jugak gi sabah, tp belum sampai masanye lagi. Ujung tahun lepas gi holiday ke penang je dulu. :)

    ReplyDelete
  3. beshhnyaaa Yana..umah penginapan tu area mana tu yana..cantik!

    umah tebalik sblm smp kundasang yana..x jauh dr area tamparuli..alah kat jambatan gantung tu :)

    ReplyDelete
  4. hahhhh..bile la dpt gi sabah nih...jelly je tgk org pergi sabah

    ReplyDelete
  5. ni mmg short vacation ni.. nanti pergi lagi tp bertiga ye yana.. hihi..

    ReplyDelete
  6. wahhh..jenjalan ke negeri YM...hehehe...

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnyaaa...apapon take care ya yana :)

    ReplyDelete
  8. amboi.. bestnye dpt bunga.. jeles tau laki ai pun tak suke bg ai bunga. ahaks

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum awak. bestnya g Sabah! hehe singgah menabung libresse sini~~~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA