Thursday, November 5, 2015

E-book: Tips Mendidik Anak.

Assalamualaikum~



Perhatian Kepada Ibu-Bapa Yang Mempunyai Anak-Anak Yang Berumur Dibawah 6 Tahun...

Adakah Anak Anda Sukar Untuk Mendengar Arahan Anda?
Sering Mengusik Adik yang Lebih Kecil?
Sentiasa Marah-Marah Apabila Bercakap? dan Terlampau-lampau Aktif?

Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda SeorangAnak Yang Sihat, Ceria & Mendengar Kata!

Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?Apabila ditanyakan soalan ini kepada ibu-bapa, ramai juga yang teragak-agak untuk memberikan jawapan. Ini kerana, ramai ibu-bapa yang kurang jelas tentang kaedah mendidik anak yang sebenar. Hasil dari pemerhatian dan survey ringkas yang saya jalankan, saya dapati, ramai juga ibu-bapa yang mendidik anak mereka dengan kaedah"sesuka hati" dan "sambil lewa" sahaja. Hanya main agak-agak sahaja tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku terhadap anak-anak mereka di dalam jangkamasa yang panjang.Contohnya seperti...."Diam sikit boleh tak? Bising lah!"... Itulah perkataan yang sering dikeluarkan oleh ibu-bapa apabila si anak terlampau banyak mengajukan soalan tentang sesuatu perkara!..

Perkara ini sebenarnya, secara tidak langsung akan membantutkan daya pemahaman anak-anak terhadap sesuatu perkara. Sedangkan pada peringkat umur 3-5 tahun, sememangnya, itu adalah peringkat di mana si anak-anak akan mula banyak mengajukan soalan "kenapa?" &"mengapa?", kerana pada peringkat ini, fikiran mereka akan mula berkembang dan ingin mengetahui dan memahami tentang sesuatu perkara.Contoh lain....Sering juga kita dengar, si ibu atau bapa akan berkata.."Habiskan nasi dalam pinggan tu.. kalau tidak, tak boleh pergi main!"... ujar si bapa setiap kali melihat masih ada baki makanan di dalam pinggan si anak. Jika dilihat dari perspektif ibu-bapa, ianya adalah sesuatu yang baik, kerana ia akan mengajar si anak untuk tidak membazir. Tetapi, tanpa disedari, ianya boleh menyebabkan masalah obesiti pada si anak apabila mereka besar nanti.

Ini kerana, tanpa disedari, satu "mindset" akan tertanam di dalam minda mereka, bahawasanya.. "apabila makan, mesti kena habiskan!"Jadi, cuba fikir-fikirkan semula... adakah anda benar-benar melakukan perkara yang betul di dalam mendidik anak anda?

Bagaimana Karenah Anak Anda?

Melihat keletah anak-anak kadangkala memang menghiburkan hati. Namun begitu, seringkali juga, ada beberapa tingkah-laku anak-anak ini yang membuatkan si ibu-bapa sakit hati dan naik geram.Karenah anak-anak seperti :-*.Tidak Mahu Mendengar Arahan..*.Asyik Bergaduh Dengan Si Adik..*.Tidak Mahu Makan*.Terlalu Aktif dan Sering Hilang Di Pasaraya..*.Mengeluarkan Kata-kata Yang Kurang Elok Depan Tetamu & Orang Ramai..*.Suka Membuat Sepah Sememangnya amat memeningkan kepala, ditambah lagi dengan kepenatan si ibu-bapa yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Pastinya, ianya akan menaikkan lagi tahap "kepanasan" andasebagai ke"tension"an anda sebagai ibu & bapa..Jadi...

Apakah Yang Boleh Anda Lakukan? Mengapa Anak-anak Anda Bersikap Demikian? Adakah Ianya Berpunca dari Kesilapan Anda Mendidik Mereka?Ianya Bukan Silap Anda!Sememangnya, dari sekolah rendah hingga ke universiti, kita tidak pernah diajar tentang "Bagaimana Untuk Mendidik Anak?", kebanyakkan dari kita hanya belajar mendidik anak secara tidak langsung, hasil daripada pemerhatian terhadap ibu-bapa kita , yang memelihara kita pada suatu ketika dahulu.Sedangkan, zaman kita sewaktu kanak-kanak adalah sangat berbeza dengan zaman anak-anak kita pada waktu ini. Sudah pastinya, cara didikannya juga adalah berbeza.Persoalannya.. dimanakah anda boleh belajar, cara-cara mendidik anak yang betul?

Inilah Peluang Untuk Anda Belajar Mendidik AnakDengan Cara Yang Betul Dan Sebenar!

Menarikkan?? Info lebih lanjut boleh klik banner. Harga hanya RM30 sahaja!!


Wednesday, November 4, 2015

Resepi bubur cha cha paling simple!

Assalamualaikum~

Minggu lepas ada officemate bagi bubur cha cha. Masa makan tu pelik sebab tepung tu macam besar-besar. Rupa-rupanya dia buat sendiri. Barulah saya tahu rupanya senang je nak buat. Makan suka, buat tak tau..he he

Saya google-google resepi. Bubur cha cha gandum home made. Senang sangat!

Cara buat tepung tu:
1. Campurkan tepung gandum dengan air suam.
2. Gaul sampai sebati dan jadi macam doh.
3. Buat bulat-bulat doh tu.
4. Pastu jadikan doh tu macam tali. Ikutlah korang nak besar mana.
5. Siap!

Untuk buat bubur tu:
1. Masukkan santan dengan air. Masak atas dapur gas. Daun pandan nak letak boleh, tak letak pun boleh.
2. Campurkan gula melaka. Gula pasir sekali. Ikut selera memasing.
3. Saya masukkan sagu sekali. Tak letak pun takpe.
4. Masukkan lobak & tepung yang dah siap tadi.
5. Biarkan masak. Agak-agak je.
6. Siap!





Boleh makan sejuk atau panas. Dua-dua sedap! Boleh bawak ke ofis untuk makan time lapar sebelum atau selepas lunch time. Masa memasak dan prepare dalam setengah jam je. Senang kan? :)

Tuesday, November 3, 2015

Adam & Straw~

Assalamualaikum~

Tengok-tengok phone gallery, jumpa gambar-gambar bawah ni;








Adam ni suka sangat kalau nampak straw. Tak tahulah kenapa. Pantang! Tapi bila bagi air susu Dutch lady plain atau coklat tak nak. Nak strawberry je. Kalau bagi air dia tak suka buat main aje lah.

Hari tu kat alamanda bagi dia minum vitagen. Dia sukalah. Suka sangat air manis! Tapi bila dah puas minum, jadi mainanlah air tu. Habis dia terbalikkan, masa tu dalam Watson. Tumpah atas lantai. Malunyeeee ibuuuuu. Sorry pekerja Watson. Huhu...

Yang gambar atas tu air chatime tu habis dah. Tinggal 2 pearl. Ingatkan dia takkan dapat. Tapi punyalah dia usaha. Last-last dapat sebijik. Gambar last tu reaksi dia bila dapat. Muka pelik...hehe..

Mula-mula tak perasan pun dia dapat. Terkejut tgk pearl tinggal satu. Pandai dah dia~~

#Adam nak masuk 15 bulan~
#Still fully bf

Monday, November 2, 2015

Kecoh awal pagi!

Assalamualaikum~

Sejak sebulan dua ni saya dan husband bawak bekal je dari rumah. Sejak kena food poisoning hari tu husband cadangkan gitu lah. Jimatkan duit katanya. Sekarang ni kan barang semua mahal dah. Beras pun dah takde subsidi dengarnya. Berapa harga beras lepas ni agaknya ye??

Berbalik pada tajuk. Oleh kerana nak buat bekal saya sekarang ni kena bangun 530 pagi. Tapi pagi tadi Adam pukul 520 dah bangun. Bangun-bangun terus senyum-senyum, ketawa kacau ibu ayah dia tidur. Nasib baik comel. Bolehlah dimaafkan..he he..

Alang-alang dah bangun, pergilah saya ke dapur. Macam biasa assistant ada sebab dah bangun. Adam duk main barang-barang bawah sinki.

Tetiba bila saya tengok bawah Adam dah tumpahkan kordial ribena. Banyak! Aduh. Stress ibu gini Adam! Dah tumpah tu dia boleh main tepuk-tepuk pulak! Terpercik semua. Dengan yang kena karpetnya lagi..huhu..sabar je la~

Nak tak nak kena minta tolong husband jugak. Kena lap balik, mandikan Adam sebab dah bermandikan ribena awal pagi. Pakai baju tu serah kat ayah dia pulak. Sambung masak, hangit.sikit dah lauk saya..huhu:(

Pagi-pagi dah kelam kabut. Pas masak mandi solat. Kena keluar pukul 7 nak hantar Adam lagi ke pengasuh. Mencabar sungguh jadi ibu isteri bekerja ni ye. Ni baru anak sorang. Kalau anak ramai nanti tak tahulah macam mana. Nasib baik makanan Adam Pengasuh buat skali utk semua anak yang dia jaga. Selamat~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA