Tuesday, November 27, 2012

Rindu & durian~ :p


Assalamualaikum~

Mahgrib tadi hujan turun kat kawasan rumah sewa ni. Tadi agak lebat, Alhamdulillah sekarang ni dah tak selebat tadi. Risau hati ni. Takut kalau kejadian hari tu berulang lagi.

Semalam tengok durian crepe dalam blog sis Deqla yang kak Nurul bagi tu. Cam terliur lak tengok. Tapi saya pelik macam mana durian crepe tu. Apa kandungannya? Jadi, saya pun google lah pasal durian crepe ni. Rupa-rupanya luar dia hanya gunakan tepung dan pewarna.Isi dalam dia pulak letak cream ngan isi durian.

Bila tengok isi dia tu cam pelik je. Durian makan dengan cream? Tak pelik ke rasa? huhu~

Petang tadi lak saya teringin nak makan durian. Dah macam orang mengidam pulak. Mesej ngan leonerz. Rupa-rupanya dia semalam lagi dah makan durian. Tak bagitau pun. Senyap-senyap je kan~~~

Disebabkan keinginan untuk makan durian tu sangat tinggi, jadi dalam perjalanan balik ke rumah sewa, saya singgah kedai tepi jalan. Banyak orang jual durian tepi-tepi jalan sekarang ni. Saya singgah & beli 1 biji durian dengan harga RM3 sebiji. 

Sorry, gambar takde sebab dah tak dapat tahan nak merasa durian tu..huhu~ :p

tetiba teringat pasal kisah ni~ :p

Rindu rasa. 






Siapa nak beli?? hehe~ :)




Thursday, November 22, 2012

Pesanan untuk leonerz~ :p


Assalamualaikum~



Sayang apa khabar dengan mu
disini ku merindukan kamu
ku harap cinta mu takkan berubah
kerna disini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
cobalah kamu telepon diriku
ku rindu dengar suara indahmu
kerana dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
jangan ragu kan cintaku
sayang percayalah apa kataku
kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
kerana ku sayang kamu



Dah lama tak jumpa leonerz. Dah lama jugak tak melawat semua blog kawan-kawan. Ampun maaf dipinta. Saya balik keje je bila ngadap laptop ni akan automatik jadi mengantuk. Tak tau lah nape. Mungkin satu hari dapat pergi 2,3 blog je. Tak larat..huhu~ :(

Nak kata kerja kuat sangat, biasa je kot. Kerja sekarang ni lebih relaks daripada kerja sebelum ni. Cuma strict sikit lah. Lagi satu, nak ke bangunan production dia tu memang jauh kena jalan. Sebab tu penat sangat kot?

Kadang-kadang rasa macam bosan sebab rindukan kerja lama dulu. Dulu banyak belajar pasal bidang saya ni. Sekarang ni, lari jugak lah. Hari tu saya ada tanya dia, ada kaitan ke dengan bidang saya dan dia jawab ada. Saya tunggu jugak ni bilalah saya nak jumpa tugasan tu~

Walau apa pun bersyukur je lah kan. Kerja dah senang pun nak merungut lagi kan?? Ishk3~~~

Harap korang semua sihat selalu dan bahagia di samping orang yang tersayang~~ :)





p/s: Nak g berjalan, tp tak tau jalan..huhu..kat Putrajaya pun boleh sesat, camne tu?? Nampak banguanan Bahagian Pinjaman Perumahan..tu bangunan tempat sis Deqla ngan Kak Nurul kerja ke?  :p

Sunday, November 18, 2012

Happy Birthday Mrs Velentine~~ :)


Assalamualaikum~

Dah lama tak bukak blog, baru perasan tadi yang hari ni besday salah seorang GSF, Mrs Velentine atau nama penuh dia Kak Suzyanna Yap. Pemilik blog ALL About Love~ :)


Selamat hari jadi. Moga berjaya dunia dan akhirat. :)







p/s:Moga Allah SWT melindungi dan membantu semua umat Islam di dunia ni.. :(

Tuesday, November 13, 2012

Kerja baru~


Assalamualaikum~

Selamat bercuti pada semua yang bercuti pada hari ni~ :)

Baru ada kesempatan untuk menulis betul-betul hari ni. Jap lagi kena keluar cari peti ais pulak. Susah nak masak kalau peti ais takde lagi..huhu :(

Macam yang korang semua dah tau, Isnin minggu lepas saya dah pun start kerja di tempat baru. Tempat kerja baru saya ni sangat lain dari sebelum ni sebab company sekarang ni adalah kilang. Sebagai civil engineering graduates, adalah agak pelik kalau kerja kat kilang-kilang ni. Jarang kot kilang nak amik civil. Biasanya diorang nak mekanikal ngan elektrikal. Tak pun chemical je~

Sebab tu masa saya diterima masuk tu saya terkejut sangat. Tak expect langsung pun. Masa saya mula-mula start kerja pun, banyak betul benda yang saya tak tahu sebab saya ni memang tak pernah kerja kat kilang-kilang.

Department saya pulak memang semuanya lelaki rupa-rupanya. Ingatkan diorang memain. Nasib baik semalam ada lagi sorang perempuan masuk. Ada lah geng lepas ni~ :)

Kerja kat sini pun macam lagi senang kalau nak dibandingkan dengan company lama. Benefits dia pun lagi banyak walaupun gaji xdelah beza sangat daripada yang dulu tu~

Rumah sewa pun tak jauh sangat dengan tempat kerja. Setengah jam perjalanan je. Nasib baiklah. Kalau tak leceh jugak~

Yang tak bestnye sekarang ni musim hujan. Air naik sampai ke lutut. Nasib baiklah duk kat bangunan bertingkat-tingkat ~ :(




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA