Tuesday, August 30, 2016

AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY!


Assalamualaikum~

Sebelum berakhirnya bulan ni, saya nak adakan Giveaway sempena bulan August yang penuh dengan tarikh-tarikh bersejarah pada saya:
1. Birthday husband
2. Birthday Adam
3. Anniversary wedding ke-3 


Syarat penyertaan:

1. Buat satu blog entri pasal giveaway ni.

2. Like FB AZRM Enterprise

Sponsor 100% dari AZRM Enterprise!

3. Tu saja!

Simple sangat kan syarat-syarat dia?
Dah buat, letak link entri blog dan nama FB dalam ruang komen ni ya :)

Hadiah-hadiah akan saya update di entri lain. Tapi bilangan hadiah depends pada bilangan penyertaan. Sekarang saya dah setkan 3 hadiah..hehe..kalau penyertaan ramai saya tambah. 

Tarikh tutup: 30 September 2016!

Jom meriahkan GA ni. Rasanya macam first time je buat GA ni...huhu~

Saturday, August 27, 2016

Biar nadiku terhenti demi ke syurga~

Assalamualaikum~

Selamat hari sabtu, moga hari ni lebih baik dari semalam :)

Tadi bukak YouTube , search faizal tahir sebab lagu-lagu dia memang best. Tapi sejak 2 menjak ni lagi best saya rasa. Banyak lirik yang buat kita insaf.

Sebelum ni lagu Assalamualaikum. Pagi tadi dengar lagu sejati. Daripada lirik tu saya faham yang lirik tu adalah pasal seorang insan yang nak mencari cinta sejati pada yang satu, Allah SWT.

Insaf dengar. Serius!

Biar mati ku mencuba untuk bahagia..
Biar nadiku terhenti demi ke syurga..

Saya tak ingat sangat lirik. Tapi lagu tu memang terkesan di hati. Lagi-lagi bila kita semua tahu dia satu family memang aktif dalam aktiviti kemanusiaan. Ayah dia Dr Tahir pun salah satu orang besar dalam satu organisasi NGO ni. Tak sombong orangnya.

Moga kita semua diberi kekuatan dan petunjuk mencari cinta sejati tu. InsyaAllah~


P/s: Saya ada jual Sabun bee venom, berminat bagitau ye~

Thursday, August 18, 2016

3rd Anniversary~

Assalamualaikum~

Pejam celik, pejam celik dah masuk 3 tahun usia perkahwinan saya dan husband. Panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Banyak gak yang ditempuh sebelum akhirnya nikah..huhu. Blog ni ada tertulis banyak kisah-kisah dari zaman sebelum tunang & kahwin. Tapi banyak jugak yang saya dah convert sebagai draft semula. Sebab bila baca balik, macam tak elok pulak. Biasalah karangan masa diri ni tak matang kan. Tak puas hatilah, tak suka lah. Macam-macam~

Kiranya blog ni pun sebenarnya dah 4 tahun kot tak silap? Malas nak tengok balik first publish date..huhu~

Bulan ni sambutan birthday husband, Adam dan anniversary. Banyak tak banyak tu..

Semalam la date anniversary kami. Part tak best, pagi-pagi semalam Adam nangis teruk masa nak hantar pergi pengasuh baru dia. Teruk sangat. Sampai saya pun nangis. Dengan kelam kabut packing bekal dia , dengan sedih tengok dia tak nak pergi pengasuh baru. Husband tak boleh tolong sebab Adam nak kat saya je. Husband pun kena marah gak pagi-pagi sebab tak membantu. Huhu..memang rasa macam tak nak pergi kerja semalam sebab tak sampai hati hantar Adam.

Semalam husband kerja semalaman. Pagi tadi pukul 7 lebih pagi baru sampai rumah. Habis macam tu je hari anniversary kami T_T. Saya memang tak expect apa-apa pun. So, takdelah kecewa sangat. Oklah, ada wish romantik dari husband kat FB. Jarang dia nak sweet2 kat FB. Ok lah tuuu...

T_T


Adam kat babysitter baru muka still macam takut-takut lg...

Thursday, August 11, 2016

Sentap!

Assalamualaikum~

Baru-baru ni sibuk tengok sorang anak sedara ni. Umur baru 6 bulan tak silap. Lama tak pegang baby kecik. Bila pegang baru saya sedar besar dah Adam ni sebenarnya. Baru tersedar. Selama ni anggap Adam baby lagi. Baby ibu & ayah~

Seronok rasa pegang dan tengok baby tu. Tengah syok-syok tengok kat hp, cakap kat husband,'jomlah pergi tengok'.

Jawapan sentap yang saya dapat.

'Sibuk dengan anak orang. Tu Adam tu kurus sangat tu. Gemukkan Adam tu'

T_T

Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Ada ke patut cakap camtu. Adam semalam balik petang tu terus tidur. Memang tak makan malam. Tapi takkan nak paksa dia bangun untuk makan? Confirm ngamuk nanti.

Sentap ok. Macam saya sengaja tak bagi Adam makan. Semalam injection 2 tahun nurse suruh datang lagi 2 bulan sebab berat adam 8kg je. T_T

Adam makan je, cuma dia memilih sikit dan terlampau aktif. Takpelah, nanti nak try cari appeton la. Dengar kata boleh tambahkan berat. Ada jugak cakap jus caliph pun ok. Tengoklah camne...

Monday, August 8, 2016

Pengasuh baru~

Assalamualaikum~

Bermulanya hari ni, Adam terpaksa dihantar ke pengasuh baru. Sedih rasa. Sejak habis pantang Adam 2 bulan sampai umur Adam tepat 2 tahun pengasuh tu jaga. Dah macam anak angkat. Tapi pengasuh tu dapat tender buka kedai pulak. Dapat tau last minute. Petang amik Adam dia bagitau.

Serabut sangat rasa. Dengan kerja kat ofis tengah banyak sebab bos paling besar nak datang dari Korea. Dengan masalah family yang kritikal last week. Satu-satu ujian datang. Rasa nak nangis pun ada.

Balik rumah je saya terus call pengasuh baru. Ada iklan kat kawasan rumah tu. Alhamdulillah dapat. Tapi, saya tak kenal orangnya. Tak tahu Adam akan ok ke tak. Adam ni dahla jenis manja, anak pengasuh lama semua perempuan, sorang je laki. Memang Adam dimanjakan kat sana. Yang baru ni, anak dia semua laki, sorang je perempuan.

Tak tahulah camne Adam hari ni. Astro pun takde tu. Harap ok la..kesian kat Adam T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"TERIMA KASIH DARI YANA & LEONERZ" COPYRIGHT @ LEONERZ TEMPLATE DESIGN BY ARINA